Friday, 9 September 2011

0 idola





sejak dari dulu aku meminati aktiviti lasak seperti
'snorkling' 'wall climbing' 'travelling' 'cycling'
dan idola aku tentulah dari barat tak lain dan tak bukan lagi yang banyak mempelopori arena tersebut
itulah kita ni bila dah dangkal agama
semuanya kita nak ikut hingga lah cara mereka berpakaian
mesti lah mereka tidak memikirkan pasal aurat
sebab pada mereka itu semua tak menjadi masalah

yang masalahnya ialah kita yang mengikut semberono
bukanlah islam melarang kita untuk menceburi sukan sukan yang kita minat
tetapi biarlah lah kena dengan tatasusila nya dan mengikut piawaian cara islam
begitu juga berpakaian
jangan lah kita memakai seluar pendek pulak
siap warna kan rambut lagi
macam mana nak solat tu ...
kalau yang berseluar pendek
mungkin dia akan tukar pakai kain pelikat jika nak solat
tetapi bagi yang warna kan rambut
macam mana pulak kisahnya ...

sebenarnya aku menceritakan pasal diri aku la yang melakukan pekara tu semua
malah aku dulu terus tak solat
tetapi aku tak pulak sampai warnakan rambut
cuma aku berambut panjang

berseluar pendek ni memang dah jadi kebiasaan pada aku jika nak pergi 'travelling'
pernah sekali tu aku pergi ke satu pulau di terengganu dengan menaiki bas
masa nak balik tu hari dah petang
jadi aku tak sempat nak menaiki bas untuk berlepas seawal malam nya
terpaksa lah aku menunggu di stesen bas kuala besut hingga malam
dan bas akan bertolak sekitar jam 9malam

jadi masa masuk waktu magrib aku melepak ja lah kat stesen bas tu hingga lah ke isya
lepas ja waktu isya mulalah ramai ibu bapa menghantar anak anak mereka ke stesen bas tersebut
mungkin mereka pun nak pulang ke tempat kerja masing masing sebab hari tu hari ahad
maka ramai lah pakcik pakcik dan makcik makcik yang tengok aku lain macam

pada mulanya aku aku buat tak reti aja
kerana aku beranggapan mereka semua orang tua mana la reti fesyen yang 'in' sekarang ni
lepas tu pulak tentu la aku tak solat dengan pakaian yang tak tutup aurat
bukannya sorang dua aja yang melihat aku masalahnya
boleh dikatakan setiap pakcik dan makcik yang menghantar anak anak mereka pasti akan melihat aku dengan muka yang pelik
tapi aku tetap rasa bangga kerana menjadi tumpuan dan baru mereka tau bahawa anak melayu juga boleh jadi macam orang barat
yalah dengan kelengkapan barang barang selam skuba dengan 'haversack'
fuh pada aku memang 'in' habis la

bila sampai kl aku siap cerita kan hal itu kepada kawan kawan dan awek aku (sekarang isteri) pasal kejadian di stesen bas kuala besut
dan mereka pun kata 'alah kampung ma'
kita kan orang bandar ...

sekarang baru aku dapat jawapan kenapa pakcik pakcik dan makcik makcik melihat aku semasa di stesen bas tersebut
rupanya rupanya benarlah firman ALLAH swt
solat yang sempurna mencegah kamu daripada fahsyak dan mungkar

0 comments:

Post a Comment

Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Al-Israa' 17:44)

aku adalah sepertimana sangkaan hambaku dan aku bersama denganya ketika ia mengingati aku .jika ia ingat kepada aku di dalam hatinya ,aku ingat kepadanya di dalam hati ku .dan jika ia ingat kepada ku di khalayak ramai ,nescaya aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai yang lebih baik .dan jika ia mendekati kepada ku sejengkal ,aku pun mendekatinya sehasta .dan jika ia mendekati ku sehasta ,nescaya aku mendekatinya sedepa .dan jika ia datang kepada ku berjalan ,maka aku datang kepadanya sambil berlari
(hadis qudsi riwayat syaikhan dan tarmizi dari abu hurairah ra)

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.(Ar-Ra'd 13:28)

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).(Al-Baqarah 2:152)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts

 

mencari kebenaran Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates