Thursday, 18 August 2011

0 yakin kpd ALLAH dan yakin kpd diri






satu ketika dulu aku seorang yg bekerja ,isteri aku masih belum mendapat kerja
ada seorang anak yg masih kecil pada masa tu
bila tiba penghujung ramadhan biasa la semua orang nak beli pakaian baru dan balik kampung untuk menyambut perayaan
tetapi aku pada masa tu hanya ada rm100
mana nak beli pakaian nak beli tiket bas dan sebagainya
hari semakin dekat nak tiba untuk beraya
aku pun menjadi semakin resah dan gelabah macam mana nak selesaikan masalah

dimana aku dalam keadaan serabut aku terus terlupa pada ALLAH swt
bila tiba 27ramadhan org dah mula balik kampung
aku baru nak pergi cari tiket bas
dah habis katanya
tanya pulak keretapi
pun dah habis
aku terus tenggelam punca
nak 'call' isteri pun dah tak sanggup nak cakap yg tiket tak ada

dalam keadaan aku kecewa dan hati gundah gulana
tetiba aku teringat
kenapa aku berhenti mengingati ALLAH didalam hati
kenapa aku tak mengadu pada ALLAH swt pasal masalah aku kesempitan duit dan nak balik kampung
bila aku sambung semula mengingati ALLAH swt didalam hati
pertama sekali aku terus rasa lapang yg teramat sangat walaupun masalah belum selesai
tetiba ja opis aku call bagitau yg bonus dah masuk dlm akaun
subhanallah aku macam tak percaya ...
terus aku call isteri bagitau apa yg terjadi dan bos aku bagi pinjam kereta dia untuk balik kampung beraya
jadi disini aku nak berkongsi supaya kita jangan lah yakin pada diri sendiri ,yakinlah pada ALLAH swt
wallahualam ...

0 comments:

Post a Comment

Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Al-Israa' 17:44)

aku adalah sepertimana sangkaan hambaku dan aku bersama denganya ketika ia mengingati aku .jika ia ingat kepada aku di dalam hatinya ,aku ingat kepadanya di dalam hati ku .dan jika ia ingat kepada ku di khalayak ramai ,nescaya aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai yang lebih baik .dan jika ia mendekati kepada ku sejengkal ,aku pun mendekatinya sehasta .dan jika ia mendekati ku sehasta ,nescaya aku mendekatinya sedepa .dan jika ia datang kepada ku berjalan ,maka aku datang kepadanya sambil berlari
(hadis qudsi riwayat syaikhan dan tarmizi dari abu hurairah ra)

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.(Ar-Ra'd 13:28)

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).(Al-Baqarah 2:152)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts

 

mencari kebenaran Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates