Monday, 7 May 2012

0 ikhlas cinta dan suka



aku percaya ramai pembaca pernah melalui zaman bercinta
betapa seronok dan asyiknya dengan pasangan masing masing
mesti mendahulukan atau akan dapatkan apa sahaja yang kekasih hati mahu
walau pun kadang kadang kita tidak mampu sebenarnya

tetapi demi cinta
kita pasti akan dahulukan kehendak orang yang kita cintai

mungkin itu juga erti cinta  dan suka kepada sesuatu
kita pasti akan mendahulukan atau kita pasti akan buat walaupun
dah tak mampu ataupun keletihan

begitu juga dengan keikhlasan
kerana apa yang aku lalui sekarang ini
aku seringkali mendahulukan kehendak diri aku dahulu
selepas itu barulah aku tunaikan kehendak ALLAH swt
kedudukkan ALLAH swt di dalam hati aku yang sepatutnya paling tinggi
telah jatuh dek kerana aku mula mencintai diri aku sendiri dan
aku semakin mencintai dunia

cintai diri sendiri
aku selalu mengikut kehendak diri daripada mengutamakan kehendak ALLAH swt
yang sepatutnya aku selaraskan kehendak diri aku mengikut kehendak ALLAH swt
malangnya aku dah mula tidak selaraskannya
aku mula kuat menentang perintah perintah ALLAH swt
kerana sepatutnya aku mesti tidak sabar untuk menunaikan solat apabila telah masuknya waktu dan walaupun keletihan aku pasti akan tunaikan juga solat malam hanya dengan witir satu rakaat
sekarang aku selalu melengah lengahkan untuk menunaikan solat fardu apa lagi nak cerita dengan solat malam ,sudah pasti berterabur tidak istiqomah
hendak mengutamakan dan menunaikan hak hak ALLAH swt menjadi berat  
semua itu mesti diusahakan semula

akibat selalu melayan kehendak diri yang tidak selaras dengan kehendak ALLAH swt
jadi hati menjadi semakin jauh dengan ALLAH swt
di mana sepatutnya aku sentiasa mengingati ALLAH swt di dalam hati dengan zikrullah atau solat dengan ikhlas
jadi perasaan cinta itu mula pudar dan minat untuk beribadah pun akan semakin hilang
solat atau zikrullah hanya akan menjadi rutin sahaja dan tidak akan memberi kesan lagi pada kehidupan seharian

cinta dunia mungkin ramai yang dah tahu
jika pada diri aku aku mula memanjangkan angan angan
untuk memiliki komputer yang lebih canggih dan sebagainya
walaupun sekarang ini aku dah mempunyai set komputer yang agak memuaskan hati
oleh kerana pendapatan aku mula bertambah
aku mula suka 'survey' barang barang yang aku tidak perlu pun sebenarnya
sepatutnya aku menginfakkan sedikit daripada lebihan pendapat aku atau pun bersedekah atau pun simpan dalam akaun tabung haji
tetapi kerana lemahnya hati dan iman aku yang masih dikuasai oleh umarah
aku merosakkan solat aku dengan memasukkan segala yang aku 'survey' kedalam solat
solat aku dah mula tak kyusuk
ingatan aku banyak kepada benda benda yang aku 'survey' daripada
mengingati ALLAH swt

jadi marilah sama sama kita perbanyakkan mengingati ALLAH swt di dalam hati dengan zikrullah atau solat dengan ikhlas
supaya kita sentiasa terpelihara daripada tipudaya syaitan yang tidak pernah letih menghasut kita supaya mengengkari perintah perintah ALLAH swt dan kekasihnya muhammad saw

wallahhualam

inshaallah  ...


0 comments:

Post a Comment

Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Al-Israa' 17:44)

aku adalah sepertimana sangkaan hambaku dan aku bersama denganya ketika ia mengingati aku .jika ia ingat kepada aku di dalam hatinya ,aku ingat kepadanya di dalam hati ku .dan jika ia ingat kepada ku di khalayak ramai ,nescaya aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai yang lebih baik .dan jika ia mendekati kepada ku sejengkal ,aku pun mendekatinya sehasta .dan jika ia mendekati ku sehasta ,nescaya aku mendekatinya sedepa .dan jika ia datang kepada ku berjalan ,maka aku datang kepadanya sambil berlari
(hadis qudsi riwayat syaikhan dan tarmizi dari abu hurairah ra)

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.(Ar-Ra'd 13:28)

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).(Al-Baqarah 2:152)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts

 

mencari kebenaran Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates