Friday, 4 May 2012

0 Niat+Amal+Dunia+Ikhlas [hadis]



Dalam sebuah hadith, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada Abu Dzar Al-Ghifari :

"Wahai Abu Dzar,
1. Perbaharuilah perahumu, kerana lautan itu sangat dalam;
2. Carilah bekalan yang lengkap, karena perjalanan itu sangat jauh;
3. Kurangilah beban, kerana rintangan itu amatlah sukar diatasi; dan
4. Ikhlaslah dalam beramal, kerana yang menilai baik dan buruk adalah Dzat Yang Maha Melihat."


1-Perbaharui perahumu maksudnya perbaikilah niatmu dalam setiap amalan agar engkau memperoleh pahala dan selamat dari siksa ALLAH swt .Hanya dengan Niat yang ikhlas dapat menghubung setiap perbuatan kita kepada keredhaan ALLAH .Diserupakannya akhirat dengan lautan yang dalam ,perjalanan yang jauh ,dan rintangan yang amat sulit untuk diatasi ,kerana banyaknya kesulitan dan rintangan yang mesti dilewati untuk sampai kepada kebahagian akhirat .


2-Bekalan adalah Amal yang soleh ,kerana tiada apapun yang diadakan di dunia ini yang mendatangkan manfaat (sebagai bekal) kelak di akhirat ,selain perbuatan yang tidak melanggar hak orang lain dan bertujuan hanya kepada ALLAH swt semata mata  

3-Kurangilah beban ,yang bermaksud janganlah mengambil dunia dengan sebanyaknya .Semua hal tentang dunia itu tidak bermenafaat bagimu (kita) ,kecuali hanya akan menjadi beban di akhirat kelak ,kerana semua itu akan ditanya a-dari mana ? ; b-bagaimana ? ; c-untuk apa ? .Ibaratnya sebiji paku yang kita miliki ,kelak akan diminta pertanggung jawaban kita dari mana paku itu kita dapat ,bagaimana kita mendapatkan paku itu dan untuk apa paku itu kita pergunakan .Dan itu bererti ,semakin banyak kita mengumpul dunia ,semakin banyak pula pertanggung jawaban yang harus kita tanggung kelak .

4-Ikhlaslah dalam beramal .Dunia ini dihuni oleh sekumpulan makhluk yang tidak sempurna .Yang mempunyai pancaindra yakni penglihatan ,melihat jernihnya warna air laut tampak seperti biru ,yang mempunyai pancaindra yakni pendengaran dari suara pada ambang batas frekuensi hanya mulai dari 20 hertz hingga 20000 hertz sahaja ,yang hanya mampu membaca hikmah sebatas ilmu yang dimilikinya sahaja .Haruskah kita mencari penilaian bagi segala amal kita kepada mereka (manusia) yang terbatas ? Dan apakah penilaian mereka (manusia) akan menentukan baik buruknya kita di akhirat kelak ?

Anas meriwayatkan bahwa :


"Pada suatu hari  Rasullallah saw keluar rumah ,sambil memegang tangan Abu Dzar dan baginda bersabda :
"Wahai Abu Dzar ,tahukah engkau bahawa di hadapan kita ada rintangan yang amat sukar untuk diatasi ,yang tidak akan mampu untuk melewatinya ,kecuali orang yang ringan ?" Lantas ada seorang lelaki berkata : :Ya Rasullallah ,apakah aku termasuk orang yang ringan atau orang berat ?" Maka Rasullallah saw bertanya : "Apakah engkau punya makanan untuk esok ?" Lelaki itu menjawab : Punya !" Rasullallah saw bertanya lagi : "Apakah engkau punya makanan untuk lusa ?" Lelaki itu menjawab : Tidak !" Baginda lantas bersabda  : "Apabila engkau mamiliki makanan buat jatah sampai tiga hari ,maka engkau termasuk orang orang yang berat ."

Di malam jumaat ini marilah sama sama kita perbanyakkan berselawat ke atas baginda junjungan besar kita nabi muhammad saw

Firman Allah Ta’ala yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.” (Surah Al-Ahzaab 33:56)


Nabi s.a.w bersabda: “Orang yang lebih berhak mendapat syafaatku pada hari kiamat ialah oarang yang lebih banyak selawatnya kepadaku.” (Ibn Mas’ud r.a)



0 comments:

Post a Comment

Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Al-Israa' 17:44)

aku adalah sepertimana sangkaan hambaku dan aku bersama denganya ketika ia mengingati aku .jika ia ingat kepada aku di dalam hatinya ,aku ingat kepadanya di dalam hati ku .dan jika ia ingat kepada ku di khalayak ramai ,nescaya aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai yang lebih baik .dan jika ia mendekati kepada ku sejengkal ,aku pun mendekatinya sehasta .dan jika ia mendekati ku sehasta ,nescaya aku mendekatinya sedepa .dan jika ia datang kepada ku berjalan ,maka aku datang kepadanya sambil berlari
(hadis qudsi riwayat syaikhan dan tarmizi dari abu hurairah ra)

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.(Ar-Ra'd 13:28)

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).(Al-Baqarah 2:152)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts

 

mencari kebenaran Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates