Tuesday, 29 May 2012

0 jalan sebenar ...




di akhir akhir zaman ini
masih adakah di kalangan kita merujuk kepada al quran dan hadis
apabila berdepan dengan masalah di dalam kehidupan seharian
tak kiralah samada masalah kecil atau pun masalah besar
atau masih adakah yang mencari petunjuk untuk menempuh kehidupan seharian yang semakin mencabar dengan pelbagai masalah

kerana aku sendiri pun dahulu tidak pernah yakin kepada firman firman ALLAH swt
yang diwahyukan kepada junjungan besar kita nabi muhammad saw
aku mengharungi kehidupan seharian hanya berlandaskan akal logik fikiran aku yang dikuasai oleh nafsu umarah
apa yang aku rasa patut atau sesuai aku akan lakukan
aku tidak pernah tahu bahawa aku mesti selaraskan setiap tindak tanduk aku selaras dengan kehendak ALLAH swt
dan keyakinan tidak  akan datang tanpa usaha yang berterusan mencari rahmat dan redha ALLAH swt dengan kembali kepada al quran dan hadis dalam erti kata yang sebenar seperti yang dilakukan oleh rasullallah saw

para sahabat pernah bertanyakan kepada Aisyah r.ha mengenai akhlak rasullallah saw .lalu Aisyah r.ha menjawab :"akhlak rasullallah adalah al quran".
                                                                                                                       (riwayat ahmad)


kerana sudah menjadi kebiasaan aku akan merujuk kepada diri sendiri dahulu apabila berdepan dengan masalah
jika aku gagal menanganinya barulah aku akan merujuk kepada kawan kawan terdekat
masalahnya tidak juga aku merujuk kepada alim ulamak
jika aku tidak dapat memahami firman firman ALLAH swt di dalam al quran
hidup aku umpama tiada arah tujuan kerana menjalani kehidupan seharian tanpa panduan daripada pencipta (ALLAH swt) dan sunah daripada rasullallah saw

kerana sebenarnya setiap permasalahan yang kita hadapi
jawapannya terdapat di dalam al quran nur karim
hanya terpulang kepada kita bagaimana hendak kembali kepada ajaran rasullallah saw 1400 tahun dahulu
iaitu menghayati ayat ayat al quran
cuba mengamalkan di dalam kehidupan seharian semampu yang mungkin
dan semampu yang mungkin juga mengamalkan sunah sunah rasullallah saw

sabda rasullallah saw :"Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang jika kamu berpegang padanya kamu tidak akan sesat ,iaitu kitab ALLAH (al quran) dan sunah rasulnya (hadis)" .
                                                                                                                         (riwayat malek)

marilah kita mula menghayati firman firman ALLAH swt (usrah/tadabbur)
hanya tiga empat ayat seminggu
akan tetapi cubalah kita sedaya upaya dengan bersungguh sungguh bermohon kepada ALLAH swt supaya memberi kefahaman kepada kita ,apakah kehendak ALLAH yang sebenar terhadap diri kita pada ayat yang kita hayati tu .lebih baik jika bermunajat pada malam hari ketika solat malam
dan apabila kita dapat kefahaman
marilah sama sama kita cuba mengamalkannya di dalam kehidupan seharian kita
dan cubalah berterusan setiap minggu menghayati ayat ayat ALLAH swt yang berlainan atau kita boleh mengikut urutan daripada surah

wallahualam

inshaallah ...




0 comments:

Post a Comment

Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Al-Israa' 17:44)

aku adalah sepertimana sangkaan hambaku dan aku bersama denganya ketika ia mengingati aku .jika ia ingat kepada aku di dalam hatinya ,aku ingat kepadanya di dalam hati ku .dan jika ia ingat kepada ku di khalayak ramai ,nescaya aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai yang lebih baik .dan jika ia mendekati kepada ku sejengkal ,aku pun mendekatinya sehasta .dan jika ia mendekati ku sehasta ,nescaya aku mendekatinya sedepa .dan jika ia datang kepada ku berjalan ,maka aku datang kepadanya sambil berlari
(hadis qudsi riwayat syaikhan dan tarmizi dari abu hurairah ra)

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.(Ar-Ra'd 13:28)

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).(Al-Baqarah 2:152)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts

 

mencari kebenaran Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates