Tuesday, 6 November 2012

0 'stagnant'



alhamdulilah aku bersyukur kerana kehidupan duniawi aku bertambah baik dari semasa ke semasa
mahupun dari aspek pengurusan kekeluargaan
zuriat
kewangan sedikit sebanyak
begitu juga di dalam pekerjaan

tetapi
aku harus kuatirkan satu perkara yang amat penting sebenarnya
iaitu kelancaran aku di dalam beribadah atau perjalanan ukhrawi aku
adakah penigkatan dalam beribadah aku seiring dengan penigkatan duniawi aku
ertinya jika dahulu aku serba kekurangan dalam kehidupan duniawi
tetapi bila tiba bab akidah atau mentauhidkan ALLAH atau
dalam mengutamakan hak ALLAH dan RASUL
aku pasti mengutamakan hak ALLAH dan RASUL dahulu

dan sekarang apabila semakin senang
sepatutnya aku semakin kuat mengutamakan hak ALLAH dan RASUL
dan aku sepatutnya semakin tunduk kepada segala perintah ALLAH dan RASUL
sifat sombong pasti akan terhakis sedikit demi sedikit pada diri aku
malah semakin aku faham sedikit sebanyak mengenai agama
semakin aku berat untuk melaksanakannya

rupa-rupanya sifat sombong semakin menebal di dalam diri aku tanpa aku sedari
sombong kepada makhluk tidak mengapa lagi
ini aku sombong kepada pencipta aku sendiri iaitu ALLAH SWT
aku tidak mahu tunduk kepada segala perintah ALAH dan RASUL
aku mengambil yang mana baik untuk diri aku sahaja
yang mana aku tidak berkenan aku abaikan
atau aku tidak akan laksanakan kerana aku lebih mengutamakan diri aku sendiri
daripada mengutamakan hak ALLAH dan RASUL
ini menunjukkan bahawa aku lebih menyembah diri aku sendiri daripada aku menyembah ALLAH SWT

sepatutnya aku lebih bersyukur
kerana diberikan penigkatan di dalam kehidupan
bersyukur juga mesti disertakan dengan perbuatan
bukan sekadar ucapan 'alhamdulilah'
disertakan dengan perbuatan bererti aku harus mengikut segala perintah ALLAH dan RASUL
untuk mengikut segala perintah ALLAH dan RASUL aku haruslah pula tunduk atau merendah diri kepada ALLAH SWT

barulah ibadah aku tidak 'stagnant'
barulah akan ada kemajuan di dalam beribadah
barulah keyakinan kepada ALLAH SWT akan bertambah
barulah keseronokkan di dalam solat akan mula dirasai

wallahhualam

inshaallah ...

0 comments:

Post a Comment

Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Al-Israa' 17:44)

aku adalah sepertimana sangkaan hambaku dan aku bersama denganya ketika ia mengingati aku .jika ia ingat kepada aku di dalam hatinya ,aku ingat kepadanya di dalam hati ku .dan jika ia ingat kepada ku di khalayak ramai ,nescaya aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai yang lebih baik .dan jika ia mendekati kepada ku sejengkal ,aku pun mendekatinya sehasta .dan jika ia mendekati ku sehasta ,nescaya aku mendekatinya sedepa .dan jika ia datang kepada ku berjalan ,maka aku datang kepadanya sambil berlari
(hadis qudsi riwayat syaikhan dan tarmizi dari abu hurairah ra)

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.(Ar-Ra'd 13:28)

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).(Al-Baqarah 2:152)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts

 

mencari kebenaran Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates