Friday, 31 May 2013

0 hakikatnya apa ?

SOALAN Bagaimana pandangan Imam al-Ghazali berkenaan dengan hakikat tauhid? JAWAPAN Dalam kitab al-Ihya’, Imam al-Ghazali telah menghuraikan hakikat tauhid (Ibid. Jil. 4, hal. 212) dan telah mengemukakan pendapatnya dalam masalah ini. Beliau telah membahagikan tauhid kepada empat peringkat:  1. Mengucapkan “Lailahaillallah” dengan lidahnya, tetapi hatinya lalai daripada memahami maknanya. Ini adalah tauhid orang munafik.2. Ia mempercayai makna lafaz seperti yang dipercayai oleh orang Islam. Ini adalah kepercayaan orang awam.3. Menyaksikan yang demikian itu dengan cara kasyaf dengan perantaraan cahaya kebenaran. Ini adalah...

Sunday, 26 May 2013

0 siapa yang kuat ni

الحمد لله الذي خلقنا وجعلنا من المسلمين. وجعل لنا الإيمان وزينها فى قلوبنا كره إلينا الكفر والعصيان . والصلاة والسلام على سيد الأنبياء والمرسلين وخاتمهم عليهم الصلاة والسلام وأصحابه اللذين جاءوا معه بالإسلام والإيمان منتشرين إلى العالم وتابعيهم وتابع التابعين بإحسان إلى يوم الدين . أما بعد :   Bahawa manusia telah diciptakan lemah dan pelupa. Akan tetapi ramai manusia menyangka diri mereka kuat dan berkuasa. Oleh kerana manusia adalah ciptaan Allah yang paling lemah, maka Allah sendiri suka untuk membantu mereka yang merasai lemah dan memang manusia itu makhluk yang paling lemah pada hakikatnya. Firman Allah...

Friday, 24 May 2013

0 mari kita hayati sejenak

Dan (ingatlah), hari (kiamat yang padanya) Kami himpunkan mereka semua, kemudian Kami berfirman kepada orang-orang musyrik: "Manakah orang-orang dan benda-benda yang dahulu kamu sifatkan (menjadi sekutu Allah):?" Kemudian tidaklah ada akidah kufur mereka selain dari mereka menjawab dengan dusta: "Demi Allah Tuhan kami, kami tidak pernah menjadi orang-orang yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain)". Lihatlah bagaimana mereka berdusta terhadap diri mereka sendiri, dan bagaimana hilang lenyapnya dari mereka apa yang telah mereka ada-adakan (sebagai sekutu Allah) itu. Dan di antara mereka ada yang mendengarkanmu (membaca Al-Quran),...

Sunday, 19 May 2013

0 satu masej ! [wajib baca]

Satu mesej Para nabi dan rasul diturunkan untuk membawa satu mesej sahaja. Ya, satu mesej sahaja dan mesej ini tidak berubah-rubah sepanjang perubahan sejarah, masa dan geografi manusia. Tamadun boleh berubah. Masa boleh berubah. Tempat boleh berubah. Tetapi mesej ini tidak pernah berubah. Mesej ini di akhiri oleh Muhammad bin Abdullah yang mengambil masa 13 tahun menanam mesej tersebut ke dalam hati penduduk mekah dan para sahabat. Al-Quran mengulang-ulang mesej ini dalam kaedah bahasa yang berbeza tetapi berkisar pada persoalan yang sama. Mesej ini tidak lain adalah kalimah la illah haillah, hakikat mengenal Allah, menjawab persoalan...

Friday, 17 May 2013

0 jalan ke syurga

"Sesungguhnya Akulah ALLAH ,tiada Tuhan yang sebenarnya berhak disembah kecuali Aku .Rahmat (kasih sayang)Ku mendahului kemurkaanKu .Barang siapa yang naik saksi bahawa tiada Tuhan sebenarnya berhak disembah kecuali ALLAH dan Nabi Muhammad adalah hamba dan utusanNya ,nescaya ia berhak mendapat syurga." (hadis qudsi riwayat ad-Dailami dari ibnu Abbas r.a) Erti rahman dalam perkataan 'rahmati' adalah kasih sayang . Rahman atau rahmat manusia berbeza dari Rahmah ALLAH. Pada manusia rahmah bererti kasih sayang yang mendorong seseorang untuk melakukan kebaikkan atau kebajikan kepada orang yang dikasihi . Ianya kadang kadang digunakan...

Wednesday, 15 May 2013

0 biar gambar berbicara

Kata Imam Ghazali, beza antara orang yang berzikir dengan orang yang tidak berzikir, ialah umpama orang yang mati dengan orang hidup di sisi ALLAH SWT . Sudah tentu ada beza antara mayat dengan manusia. Besar sekali bezanya! Maka, begitu jugalah besarnya beza antara manusia yang berzikir dengan yang tidak, kerana zikir ialah oksigen kepada hati. Oleh itu, orang yang tidak memberi hatinya bekalan oksigen, maka tidak hairanlah hatinya mati. Mati hati, sebenarnya itu adalah kematian yang paling ngeri. Marilah sama sama kita perbanyakkan mengingati ALLAH SWT di dalam hati dengan IKHLAS samada dengan zikrullah atau solat   wallahualam...

Monday, 13 May 2013

0 Dan Tuhanmu memberi ilham kepada ...

Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: “Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia.Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu”. (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.[Al-Nahl 68-69] Bagaimana...
Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Al-Israa' 17:44)

aku adalah sepertimana sangkaan hambaku dan aku bersama denganya ketika ia mengingati aku .jika ia ingat kepada aku di dalam hatinya ,aku ingat kepadanya di dalam hati ku .dan jika ia ingat kepada ku di khalayak ramai ,nescaya aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai yang lebih baik .dan jika ia mendekati kepada ku sejengkal ,aku pun mendekatinya sehasta .dan jika ia mendekati ku sehasta ,nescaya aku mendekatinya sedepa .dan jika ia datang kepada ku berjalan ,maka aku datang kepadanya sambil berlari
(hadis qudsi riwayat syaikhan dan tarmizi dari abu hurairah ra)

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.(Ar-Ra'd 13:28)

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).(Al-Baqarah 2:152)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts

 

mencari kebenaran Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates