"Siapa sahaja dari hamba hambaKu yang menunaikan jihad pada jalanKu kerana mengharap dan mencari keredhaanKu ,Aku jamin untuk mengambalikannya (jika ia Aku kembalikan) dengan segala apa yang didapatinya berupa pahala atau harta rampasan .Dan jika ia Aku matikan (dalam perang itu) ia akan Aku ampuni ,Aku beri rahmat dan Aku masukkan ke dalam syurga."
(hadis riwayat Tarmizi dan Tabrani dari Ibnu Umar)
Asal perkataan 'al jihad' ialah mengeluarkan segala kesungguhan ,kekuatan dan kesanggupan pada jalan yang diIKTIKADkan oleh manusia bahawa jalan itulah yang hak dan benar .Namun demikian perkataan 'al jihad' itu telah sering digunakan untuk makna perang sabil ,seumpama memerangi musuh musuh dan membela diri dari serangan dan ganguan mereka .
Ibnu Atsir (seorang ahli bahasa yang terkenal) telah menerenagkan dalam kitabnya ,An Nihayah bahawa : 'al jihad' ialah memerangi orang orang kafir dengan bersungguh sungguh ,menghabiskan daya dan tenaga dalam menghadapi mereka ,baik dengan perkataan mahupun perbuatan .
Al Ashfihani dalam kitabnya Mufradatul Quran menyebutkan makna yang lebih kurang demikian juga .
Ada pun cara cara jihad itu berbagai bagai ,kadang kadang dengan ucapan dalam usaha menyampaikan kata kata yang benar ,dengan harta dan kekayaan ,dan adakalanya juga dengan senjata dan jiwa .
Kerana itu nabi saw bersabda :
"Lakukanlah jihad terhadap orang orang kafir dengan lidah ,harta benda dan jiwa kamu"
Yang dimaksudkan dengan 'jalan ALLAH' (sabillillah) ialah jalan yang telah digariskan ALLAH dan disyariatkan kepada hambaNya untuk dijalankan dan beribadat dalam batas batas yang telah ditentukan olehNya itu ialah perintah perintah dan larangan laranganNya .Antara 'jihad' dengan 'fisabilillah' terdapat hubungan yang sangat erat .
Adapun jihad ada dua iaitu :
1-Jihad asghar (kecil) ,iaitu memerangi orang orang kafir .Jihad memerangi orang orang kafir ini
disebut jihad kecil meskipun terjadi pertempuran dan pertumpahan darah yang begitu dasyat
dalam pandangan mata manusia .Orang yang gugur dalam jihad asghar tergolong dalam mereka
yang mati syahid .
2-Jihad akhbar ,iaitu memerangi hawa nafsu .pengertian ini didasarkankepada hadis nabi saw :
"Kita sekarang kembali dari jihad asghar (jihad kecil) (kembali dari perang Badar/Uhud)
kepada jihad akhbar (jihad besar) ,iaitu jihad memerangi hawa nafsu."
Di dalam al quran dikemukakan berbagai bagai jenis nafsu yang disebut :
1-An nafsu Amarah bisu' yang selalunya mendorong seseorang untuk melakukan dosa dan kejahatan .
2-An nafsu Lawwamah ,iaitu hawa nafsu yang sering menyesali diri
3-An nafsu Sawwalah ,iaitu hawa nafsu yang seringkali menggambarkan dan menghiaskan sesuatu
maksiat atau kejahatan menjadi indah dalam pandangan manusia atau khayalannya .
4-An nafsu Mulhamah ,iaitu hawa nafsu yang sering mendorong tingkah laku kederhakaan
dan ketakwaan .
Di samping itu di dalam al quran dikemukakan juga tiga jenis nafsu lain yang disebut :
5-An nafsu Muthmainnah
6-An nafsu Radhiah
7-An nafsu Mardhiyah
Ketiga jenis nafsu yang disebut terakhir ini ialah An nafsu Muthmainnah ,An nafsu Radhiah dan An nafsu Mardhiyah diharap agar dipelihara ,dan hendaklah berusaha agar terhindar dari empat jenis nafsu yang disebutkan terdahulu iaitu An nafsu Amarah bisu' ,An nafsu Lawwamah ,An nafsu Sawwlaah dan An nafsu Mulhamah .
sumber hadis qudsi bab 2 Berjihad Di Jalan ALLAH ms9-12

0 comments:
Post a Comment