Tuesday, 10 January 2012

0 masalah sekarang

"ALLAH swt mewahyukan kepada Nabi Daud as : katakanlah kepada orang orang yang melakukan kezaliman .janganlah kamu mengingati Aku (kecuali setelah bertaubat atau dalam usaha untuk bertaubat) kerana Aku selalu mengingati orang yang mengingati Aku .tetapi ingatanKu terhadap orang (yang melakukan kezaliman) berupa laknat kepada mereka"
(hadis qudsi riwayat hakim dalam kitab sejarahnya ,dan dailami dan ibnu 'asakir yang dari ibnu abbas ra)

Asal makna 'kezaliman" ialah ainaya dan melampaui batas yang telah ditentukan .Erti zalim menurut ahli bahasa dari kebanyakan ulama ialah : meletakkan sesuatu bukan pada tempat yang semestinya .Samada mengurangi menambah atau mengubah waktu ,tempat atau kedudukannya .Oeh kerana itu perkataan kezaliman diertikan sebagai penyimpangan dari ketentuan ,baik besar ataupun kecil .Dikatakan orang itu zalim apabila ia melakukan dosa sekalipun kecil ,apalagi dosa besar

Sebahagian Hukama membahagi kezaliman itu kepada tiga

1-Kezaliman manusia terhadap ALLAH swt
   Kezaliman yang terbesar dari jenis ini ialah kufur (mengingkari ALLAH) syirik
   (menyukutukan ALLAH)
   dan nifak (mengaku beriman dengan lidahnya akan tetapi batinnya menolak)

   A013

Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:" Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar".
(Luqman 31:13)

   A032

(Apabila berlaku yang demikian), maka nyatalah bahawa tidak ada yang lebih zalim daripada orang yang mereka-reka perkara-perkara yang dusta terhadap Allah, dan mendustakan kebenaran sebaik-baik sahaja kebenaran itu disampaikan kepadanya. Bukankah (telah diketahui bahawa) dalam neraka Jahannam disediakan tempat tinggal bagi orang-orang yang kafir?
(Az-Zumar 39:32


2-Kezaliman manusia dengan sesamanya ,iaitu berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain rugi kerana perbuatannya 
   ,seperti  melanggar janji ,takabur membuat keburukan dan sebagainya

    Kezaliman inilah yang dimaksudkan dengan firman ALLAH 

 A040

Dan (jika kamu hendak membalas maka) balasan sesuatu kejahatan ialah kejahatan yang bersamaan dengannya; dalam pada itu sesiapa yang memaafkan (kejahatan orang) dan berbuat baik (kepadanya), maka pahalanya tetap dijamin oleh Allah (dengan diberi balasan yang sebaik-baiknya). Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berlaku zalim.
(Asy-Syuura 42:40)

3-Kezaliman terhadap dirinya sendiri ,iaitu berbuat maksiat dan derhaka seperti 
   berzina ,minum minuman keras dan melanggar larangan ALLAH ,mengurangi atau 
   menambah ketentuan yang ditetapkan ALLAH swt dan sebagainya 

   Inilah yang dimaksudkan dalam ayat berikut 

   A032

Kemudian Kami jadikan Al- Quran itu diwarisi oleh orang-orang yang Kami pilih dari kalangan hamba-hamba Kami;maka di antara mereka ada yang berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan tidak mengindahkan ajaran Al-Quran), dan di antaranya ada yang bersikap sederhana, dan di antaranya pula ada yang mendahului (orang lain) dalam berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu ialah limpah kurnia yang besar (dari Allah semata-mata).
(Faatir 35:32)

Ketiga tiga jenis kezaliman itu ,apabila hakikatnya bertitik tolak daripada satu ,yakni kezaliman
terhadap diri sendiri .Oorang yang hendak melakukan kezaliman terhadap orang lain ,sebenarnya telah menzaliminya dirinya sendiri .Si penzalim itulah yang pertama kali menderita 
akibat perbuatan zalimnya ,sedang orang lain hanya sebagai akibat sekunder dari perbuatan zalim orang itu .sebab itu ALLAH berfirman dengan jelas dalam al quran 


A231
Dan apabila kamu menceraikan isteri-isteri (kamu) kemudian mereka (hampir) habis tempoh idahnya maka bolehlah kamu pegang mereka (rujuk) dengan cara yang baik atau lepaskan mereka dengan cara yang baik. Dan janganlah kamu pegang mereka (rujuk semula dengan maksud memberi mudarat, kerana kamu hendak melakukan kezaliman (terhadap mereka); dan sesiapa yang melakukan demikian maka sesungguhnya dia menganiaya dirinya sendiri. danjanganlah kamu menjadikan ayat-ayat hukum Allah itu sebagai ejek-ejekan (dan permainan). Dan kenanglah nikmat Allah yang diberikan kepada kamu, (dan kenanglah) apa yang diturunkan kepada kamu iaitu Kitab (Al-Quran) dan ilmu hikmat, untuk memberi pengajaran kepada kamu dengannya. Dan bertaqwalah kepada Allah serta ketahuilah: sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
(Al-Baqarah 2:231)

A057
Dan Kami telah menaungi kamu dengan awan (dari panas matahari di padang pasir) dan Kami turunkan kepada kamu "Mann" dan "Salwa", (serta Kami berfirman): "Makanlah dari makanan-makanan yang baik yang Kami telah kurniakan kepada kamu". Dan tidaklah mereka menganiaya Kami (sebab mereka kufurkan nikmat itu), tetapi sebenarnya mereka adalah menganiaya diri sendiri.
(Al-Baqarah 2:57)

ALLAH swt telah mewahyukan kepada nabi dan rasulNya Nabi Daud as agar melarang orang yang sedang melakukan kezaliman menamakan perbuatan itu atas nama ALLAH atau menyebut nyebut salah satu sifat dari sifat sifatNya .seringkali orang yang melakukan kezaliman ,berpura pura zikir kepada ALLAH seolah olah hendak menipu ALLAH .Padahal orang yang melakukan zikir dengan sesungguhnya pasti akan menghentikan kezaliman dan mereka merasa enggan atau ngeri melakukan kezaliman .Orang yang berpura pura berzikir itulah yang telah menipu diri sendiri tanpa disedarinya 

ALLAH berjanji akan selalu mengingati orang yang berzikir kepadanya dengan melimpahkan rahmat kurnia dan keampunanNya .Akan tetapi bagi orang yang berpura pura berzikir kepada ALLAH di saat melakukan kezaliman ALLAH akan ingat pula dengan melaknat atau mengutuknya ,sesuai dengan perbuatan yang tidak diredhaiNya itu 

Melaknat atau mengutuk bererti mengusir dan menjauhkan orang tersebut dari rahmatNya serta menurunkan azab seksaan terhadap penzalim itu .Tegasnya ALLAH tidak pernah menzalimi manusia namun merekalah yang menzalimi dirinya sendiri  

sumber hadis qudsi bab 23 akibat kezaliman ms 199-203




0 comments:

Post a Comment

Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Al-Israa' 17:44)

aku adalah sepertimana sangkaan hambaku dan aku bersama denganya ketika ia mengingati aku .jika ia ingat kepada aku di dalam hatinya ,aku ingat kepadanya di dalam hati ku .dan jika ia ingat kepada ku di khalayak ramai ,nescaya aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai yang lebih baik .dan jika ia mendekati kepada ku sejengkal ,aku pun mendekatinya sehasta .dan jika ia mendekati ku sehasta ,nescaya aku mendekatinya sedepa .dan jika ia datang kepada ku berjalan ,maka aku datang kepadanya sambil berlari
(hadis qudsi riwayat syaikhan dan tarmizi dari abu hurairah ra)

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.(Ar-Ra'd 13:28)

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).(Al-Baqarah 2:152)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts

 

mencari kebenaran Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates