Thursday, 12 January 2012

0 apabila dangkal tapi sombong

aku bukan mat rempit tapi aku minat 'riding' terutamanya motorsikal berkuasa tinggi
pernah dulu ketika menunggang motorsikal aku terlibat dalam kemalangan jalanraya
terok boleh tahan jugak la keadaan aku
muka aku retak sebelah alhamdulilah syukur aku masih hidup

ekoran daripada kemalangan itu aku dapat wang perlindungan daripada syarikat insuran yang di beli
ada la dalam 10k lebih kurang
jadi berbekalkan wang tersebut aku memulakan perniagaan kecil kecilan dikampung

perniagaan aku meningkat naik sedikit demi sedikit
kebetulan pula pada masa itu aku dah mula menjinakkan diri dengan solat
jadi aku rasa seronok sangat kerana walaupun aku tak pernah berniaga dan tak ada pengalaman
tetapi rezeki aku murah

ku sangka panas hingga ke petang
rupanya hujan ditengah hari

rupanya rupanya semua itu tidak berkekalan
rezeki aku sedikit demi sedikit di tarik
perniagaan semakin merosot
bahan bahan mentah untuk di jual banyak di buang
makin lama makin banyak modal kena di keluarkan daripada memperolehi untung

aku dah mula hilang pertimbangan
jadi lepas berniaga aku berbual dengan seorang kawan yang sama sama berniaga dikawasan itu
kawan aku tu latarbelakangnya islamik berbeza dengan aku yang jahil agama
jadi aku menyuarakan ketidakpuasan hati aku mengenai keadaan perniagaan aku pada kawan aku tu
memang jahil sungguh sungguh aku ni bukan main main punya jahil agama
hinggakan aku sanggup salahkan ALLAH swt kerana menarik rezeki aku
alasan aku kenapa sekarang bila aku dah mula jaga solat rezeki aku di tarik pula
macam macam kawan aku tu nasihatkan aku
tetapi aku tak boleh terima kerana kesal yang amat sangat terhadap ALLAH swt

lalu aku mengambil keputusan untuk berjumpa dengan tok bomoh
kerana aku beranggapan pada masa itu bahawa aku dah terkena buatan orang yang iri hati dengan perniagaan aku yang meningkat maju
dan macam biasa lah tok bomoh pun kata aku dah terkena buatan orang
tok bomoh itu pun beri lah air ,garam apa lagi tah aku tak ingat untuk di tabur sebagai pagar didepan gerai aku
aku pun dengan bangangnya dalam kesyirikkan menurut sahaja apa yang di perintahkan oleh tok bomoh
dalam seminggu juga la aku buat pekara tak senonoh tu
dan keputusannya perniagaan aku tak juga bertambah maju selepas itu

selang dua tiga bulan selepas menuruti arahan tok bomoh
akhirnya aku tak mampu lagi nak menanggung rugi dan akhirnya aku tamatkan perniagaan dalam keadaan aku masih tidak sedarkan diri bahawa sebenarnya aku berputus harap dengan ALLAH swt

dan sekarang apabila aku terkenangkan pekara itu aku rasa teramat malu dengan ALLAH swt terutamanya dan dengan kawan aku yang nasihat kerana betapa dangkalnya ilmu agama aku ketika itu
hingga sekarang jika aku jumpa kawan aku tu dia akan sindir aku 'masih marah pada ALLAH ?'

itulah akibatnyakan jika dangkal agama lepas tu sombong pulak tak mahu terima teguran
mana dengan menyukutukan ALLAH swt lagi pergi jumpa bomoh
bukannya nak solat hajat mintak bantuan daripada ALLAH swt
siap dengan sifat kecewa putus asa semua cukup

itulah akibatnya apabila hati tidak pernah mengingati ALLAH swt
jika solat pun sekadar rutin bukannya kerana hendak merendahkan diri dihadapan ALLAH swt
oleh itu marilah kita sama sama perbanyakkan mengingati ALLAH swt dengan zikrullah dan pekara pekara sunat disamping sentiasa memelihara niat lilahhi ta'ala dalam setiap perbuatan

wallahhualam

insyallah ...

jangan segan jika ingin memberi komen

0 comments:

Post a Comment

Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Al-Israa' 17:44)

aku adalah sepertimana sangkaan hambaku dan aku bersama denganya ketika ia mengingati aku .jika ia ingat kepada aku di dalam hatinya ,aku ingat kepadanya di dalam hati ku .dan jika ia ingat kepada ku di khalayak ramai ,nescaya aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai yang lebih baik .dan jika ia mendekati kepada ku sejengkal ,aku pun mendekatinya sehasta .dan jika ia mendekati ku sehasta ,nescaya aku mendekatinya sedepa .dan jika ia datang kepada ku berjalan ,maka aku datang kepadanya sambil berlari
(hadis qudsi riwayat syaikhan dan tarmizi dari abu hurairah ra)

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.(Ar-Ra'd 13:28)

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).(Al-Baqarah 2:152)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts

 

mencari kebenaran Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates