Tuesday, 3 January 2012

0 bisikan jembalang

sambutan tahun baru dah tak beri makna pada aku sekarang ini
di awal tahun baru hijrah aku lebih pentingkan kualiti dah berapa banyak perubahan aku laksanakan supaya kehendak aku sentiasa selaras dengan kehendak ALLAH swt dan RASUL

aku yakin hanya berapa kerat sahaja daripada kita yang menyedari bahawa kalender islam dah pun masuk bulan safar atau bulan ke dua dalam tahun 1433 hjrah

dahulu aku pun sama juga mesti tak ketinggalan untuk menyambut tahun baru pada setiap hujung tahun
dan yang paling penting pada aku pada masa itu ialah bekalan bahan bahan khayal mesti cukup
aku tidak ada arah tujuan pada masa itu
hanya sentiasa memenuhi kehendak nafsu yang selalu membisik bisik di dalam diri yang aku sendiri tak kenal
aku hanya ikut arus sosial semasa yang tidak pentingkan agama di dalam kehidupan
yang penting ialah setiap pekara sesuai dengan akal logik fikiran sendiri
nak ikut al quran dan al hadis jauh sekali lah pada masa itu

aku akan mengikut bulat bulat apa yang bisikan dalaman aku bisikan menyuruh aku buat
jadi kerana dah terbiasa mengikut sahaja bisikan dalaman tanpa menilai bisikan itu baik atau buruk
sikap itu terbawa bawa  hinggalah sekarang

kerana perjalanan balik ke rumah aku sekarang ini agak gelap sedikit
aku terpaksa menempuh beberapa kawasan yang agak gelap
jadi ada la satu kawasan tu agak menyeramkan aku
hingga meremang bulu roma aku apabila melalui kawsan itu tetapi itulah jalan yang paling dekat
oleh kerana sekarang ini aku dah yakin kepada ALLAH swt kononnya ...
jadi aku memberanikan diri untuk melalui juga kawasan itu walaupun ada terasa takut dek kerana dalaman aku yang membisik bisikan bahawa di kawasan itu ada jembalang

yang aku heran sebenarnya aku belum sampai lagi kawasan tersebut
aku baru sahaja hendak menaiki motorsikal
akan tetapi dalaman aku dah bisik bisik bahawa kat kawasan itu ada jembalang
aku buat kesimpulan begini
yang membisik bisik itu hanyalah suara yang aku tidak kenal pun di dalam diri aku
dan kenapa aku harus takut pada jembalang
adakah jembalang boleh mencabut nyawa aku
hanya ALLAH swt sahaja yang boleh mematikan aku
oleh itu aku harus ada perasaan lebih takut kepada ALLAH swt daripada percaya kepada bisikan dalaman yang aku sendiri tak kenal yang hendak menakut nakutkan aku supaya aku syirik kepada ALLAH swt

lagi pun cuba kita fikirkan
yang membisik bisik itu hanyalah suara ja
suara yang selalu menyuruh kita supaya mengengkari perintah ALLAH swt
dia hanya suara sahaja bukanya kita akan di kenakan hukuman pancung pun jika kita tidak menuruti bisikanya yang jahat itu
dan sebenarnya dengan suara pun kita tewas
belum lagi pergi berjihad macam zaman para sahabat rasullallah saw dahulu

lalu aku redah juga melalui kawasan itu kerana aku hendak cuba buangkan sifat buruk aku yang suka mengikut bisikan dalaman
kerana bisikan itu bukanlah berlandaskan al quran dah al hadis dan bukan juga bisikan yang baik
jadi jangan sesekali kita mengikut bisikan bisikan yang jahat yang selalu mengajak kita supaya kufur kepada ALLAH swt
tapi bukan semudah itu jika kita hendak mengekang atau melawan bisikan bisikan yang jahat jika kita tidak perbanyakan mengingati ALLAH swt di dalam hati

oleh itu marilah sama sama kita cuba mengenali bisikan bisikan di dalam diri kita yang kita sendiri tidak kenal supaya kita tidak terpedaya dan kufur kepada ALLAH swt
ada juga bisikan bisikan yang baik iaitu bisikan yang selaras dengan al quran dan al hadis jika kita perasan dan bisikan inilah yang mesti kita ikuti dan laksanakan dengan segera jangan di tangguh
yang lagi penting ialah kita melaksankanya dengan penuh keikhlasan lilah hi ta'ala

wallahualam

inshaallah ...




0 comments:

Post a Comment

Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Al-Israa' 17:44)

aku adalah sepertimana sangkaan hambaku dan aku bersama denganya ketika ia mengingati aku .jika ia ingat kepada aku di dalam hatinya ,aku ingat kepadanya di dalam hati ku .dan jika ia ingat kepada ku di khalayak ramai ,nescaya aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai yang lebih baik .dan jika ia mendekati kepada ku sejengkal ,aku pun mendekatinya sehasta .dan jika ia mendekati ku sehasta ,nescaya aku mendekatinya sedepa .dan jika ia datang kepada ku berjalan ,maka aku datang kepadanya sambil berlari
(hadis qudsi riwayat syaikhan dan tarmizi dari abu hurairah ra)

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.(Ar-Ra'd 13:28)

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).(Al-Baqarah 2:152)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts

 

mencari kebenaran Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates