Thursday, 5 January 2012

0 pekara teramat mustahak didalam hidup kita

"kelak pada hari kiamat akan didatangkan beberapa buku yang telah dimeterai lalu dihadapkan kepada ALLAH swt (pada waktu itu) ALLAH berfirman : buangkanlah semuanya ini ,malaikat berkata : demi kekuasaan engkau ,kami tidak melihat di dalamnya melainkan yang baik baik sahaja .selanjutnya ALLAH berfirman : sesungguhnya isinya ini dilakukan bukan keranaKU ,dan sesungguhnya Aku tidak akan menerima kecuali apa apa yang dilaksanakan kerana mencari keredhaanKU"


(hadis qudsi riwayat Bazaar dan Tabrani ,dengan sanad atau diantara perawinya termasuk perawi al Jami'ush sahih)

diberitakan kepada kita dalam hadis qudsi tersebut bahawa diantara buku catatan harian yang sudah dicatatkan itu yang baik isi kandungannya (yang akan menempatkannya pada tempat yang tinggi kelak) ternyata setelah diletakkan di hadapan ALLAH  swt  ditolak kerana tidak dilakukan dengan ikhlas kerana ALLAH

ALLAH berfirman kepada malaikatnya : turunkan buku itu kerana ia tidak berhak diangkat  atau diterima .oleh itu buang sahajalah

para malaikat membuat catatan sebagaimana adanya ,sesuai dengan pengetahuan ,namun ALLAH memberitahu kepada para malaikat hakikat buku tersebut ,bahawa amalan yang dilakukan oleh mereka ,zahirnya baik dan bagus ,tetapi pada hakikatnya tidak baik ,buruk dan busuk .amalan tersebut menurut penilaian ALLAH dilakukan bukan kerana ALLAH .ALLAH maha mengetahui apa apa yang tersirat di sebalik amalan perbuatan yang dilakukan oleh seseorang .ALLAH swt mengetahui bahawa orang yang bersangkutan melakukan amal baik itu bukan kerana ALLAH akan tetapi kerana riak ,kerana ingin dipuji dan disanjung ,kerana ingin mendapat kehormatan dan lain lain sebagainya .ALLAH tidak akan menerima amalan perbuatan yang dilakukan bukan kerana ALLAH ,tidak menerima segala sesuatu yang dilaksankan dengan tidak ikhlas keranaNYA

berkenaan dengan hadis qudsi di atas terdapat beberapa ayat tentang ikhlas

A003
Ingatlah! (Hak yang wajib dipersembahkan) kepada Allah ialah segala ibadat dan bawaan yang suci bersih (dari segala rupa syirik). Dan orang-orang musyrik yang mengambil selain dari Allah untuk menjadi pelindung dan penolong (sambil berkata): "Kami tidak menyembah atau memujanya melainkan supaya mereka mendampingkan kami kepada Allah sehampir-hampirnya", - sesungguhnya Allah akan menghukum di antara mereka (dengan orang-orang yang tidak melakukan syirik) tentang apa yang mereka berselisihan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang tetap berdusta (mengatakan yang bukan-bukan), lagi sentiasa kufur (dengan melakukan syirik).
(Az-Zumar 39:3)


A014
Katakanlah lagi: "Allah jualah yang aku sembah dengan mengikhlaskan amalan agamaku kepadaNya.
(Az-Zumar 39:14)


A146
Kecuali orang-orang yang bertaubat (dari perbuatan munafik itu) dan memperbaiki amalan mereka (yang salah), dan mereka pula berpegang teguh kepada (agama) Allah, serta mengerjakan agama mereka dengan ikhlas kerana Allah, maka mereka yang demikian itu ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman (di dalam Syurga); dan Allah akan memberikan orang-orang yang beriman itu pahala yang amat besar.
(An-Nisaa' 4:146)


A029
Katakanlah: "Tuhanku menyuruh berlaku adil (pada segala perkara), dan (menyuruh supaya kamu) hadapkan muka (dan hati) kamu (kepada Allah) dengan betul pada tiap-tiap kali mengerjakan sembahyang, dan beribadatlah dengan mengikhlaskan amal agama kamu kepadaNya semata-mata; (kerana) sebagaimana Ia telah menjadikan kamu pada mulanya, (demikian pula) kamu akan kembali (kepadaNya).
(Al-A'raaf 7:29)


A005
Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah Agama yang benar.
(Al-Bayyinah 98:5)


A110
Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya".
(Al-Kahfi 18:110)


dalam hadis qudsi yang lain nabi saw pernah menyebutkan sebagai berikut 


"ALLAH swt berfirman : barang siapa yang beramal untutkKU tetapi dalam amalannya menyekutukan AKU dengan selainKU ,maka amalan itu adalah untuk dirinya (menjadi tanggungjawabnya sendiri) aku berlepas diri daripadanya dan AKU tidak memerlukan persekutuan"


khalifah umar bin khattab ra berkata tentang ikhlas ini sebagai berikut 


"amalan yang paling utama ialah menunaikan apa yang telah difardukan ALLAH swt dan melakukan warak (menjaga diri) dari apa apa yang telah diharamkan ALLAH swt serta meluruskan niat dalam beribadat kepada ALLAH swt"


sumber dari hadis qudsi bab 9 Amalan Ikhlas Kerana ALLAH ms 71-75

0 comments:

Post a Comment

Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Al-Israa' 17:44)

aku adalah sepertimana sangkaan hambaku dan aku bersama denganya ketika ia mengingati aku .jika ia ingat kepada aku di dalam hatinya ,aku ingat kepadanya di dalam hati ku .dan jika ia ingat kepada ku di khalayak ramai ,nescaya aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai yang lebih baik .dan jika ia mendekati kepada ku sejengkal ,aku pun mendekatinya sehasta .dan jika ia mendekati ku sehasta ,nescaya aku mendekatinya sedepa .dan jika ia datang kepada ku berjalan ,maka aku datang kepadanya sambil berlari
(hadis qudsi riwayat syaikhan dan tarmizi dari abu hurairah ra)

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.(Ar-Ra'd 13:28)

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).(Al-Baqarah 2:152)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts

 

mencari kebenaran Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates