Tuesday, 21 February 2012

1 ghairah



biasanya aku bila dapat sesuatu benda yang baru
aku akan membelek beleknya dalam jangka masa yang panjang
hinggalah aku bosan atau aku dah habis 'explore' selok belok mengenainya



begitu juga dalam beragama
kerana sememangnya dulu aku buta agama
aku tidak pernah isitqomah solat fardu yang lima waktu
aku tidak tahu pasal solat sunat tahajud iaitu
solat sunat taubat
solat sunat hajat
solat sunat tasbih
solat sunat istikarah dan
solat sunat witir

jadi apabila aku mula mengetahui pasal solat solat sunat tersebut
aku mula melakukannya tiap tiap malam
hinggakan aku boleh melakukan solat sunat tasbih tiap tiap minggu pada malam jumaat
(jika sesiapa mengetahui solat sunat tasbih ,ianya agak panjang kerana setiap kali selepas pergerakkan rukuk atau iktidal atau sujud kita mesti membaca tasbih sebanyak sembilan kali dan lima belas kali selepas bacaan surah sebelum rukuk)
aku mampu melakukan kesemuanya ketika itu

termasuk juga di siang hari solat sunat dhuha
tak ketinggalan dengan puasa isnin kamis tiap tiap minggu

malangnya aku tak dapat kekal istiqomah dengan amalan sebegitu
kerana aku lakukan bukan atas dasar ikhlas kerana ALLAH swt
aku beribadah ketika itu kerana aku ghairah
aku didorong oleh nafsu seronok sendiri
kerana terpedaya dengan tipudaya syaitan
sepatutnya aku beribadah kerana mengharapkan rahmat dan redha dari ALLAH swt

jadinya sekarang ini aku hendak solat sunat witir pada malam hari pun kadang kadang terbabas
dah tak ada kekuatan walaupun witir satu rakaat
aku hanya dapat istiqomah solat fardu sahaja
alhamdulillah ...aku bersyukur kerana masih juga dapat solat
puasa !
berteraburlah jawabnya sekarang ini
solat sunat dhuha pun aku dah mula tertinggal

jadi kesimpulan yang aku dapat dari apa yang aku lalui ini
kita beribadah ikhlaslah kerana ALLAH swt
beramal mengikut kemampuan dan istiqomah
bukannya mengejar kuantiti tapi kualiti tiada
dan yang paling penting sekali ialah
jangan sesekali lupa daripada mengingati ALLAH swt di dalam hati
dengan zikrullah atau solat



 A152

Kerana itu ,ingatlah kamu kepadaKU niscaya AKU ingat (pula) kepadamu ,dan bersyukurlah kepadaKU ,dan janganlah kamu mengingkari (nikmat) KU
(Al-Baqarah 2:152)

A153
Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar
(Al-Baqarah 2:153)







Rasulullah SAW bersabda: “Sebaik-baik amal di sisi Allah ialah yang istiqamah, sekalipun sedikit.” 
(HR Bukhari dan Muslim).
Ingatlah, sedikit amal yang tetap adalah lebih utama daripada banyak amal yang terputus-putus…
wallah hualam 

inshaallah ...


1 comments:

  1. di luar solat pun mesti zikrullah..walaupun dalam jamban pun mesti zikrullah...dalam hati.

    ReplyDelete

Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Al-Israa' 17:44)

aku adalah sepertimana sangkaan hambaku dan aku bersama denganya ketika ia mengingati aku .jika ia ingat kepada aku di dalam hatinya ,aku ingat kepadanya di dalam hati ku .dan jika ia ingat kepada ku di khalayak ramai ,nescaya aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai yang lebih baik .dan jika ia mendekati kepada ku sejengkal ,aku pun mendekatinya sehasta .dan jika ia mendekati ku sehasta ,nescaya aku mendekatinya sedepa .dan jika ia datang kepada ku berjalan ,maka aku datang kepadanya sambil berlari
(hadis qudsi riwayat syaikhan dan tarmizi dari abu hurairah ra)

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.(Ar-Ra'd 13:28)

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).(Al-Baqarah 2:152)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts

 

mencari kebenaran Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates