Monday, 30 January 2012

0 mesti sampaikan

Saat anak mampu berbicara, kenalkanlah pada kalimat tauhid La Ilaaha Illallah, Muhammad Rasulullah, ajari cara mengucapkannya dengan talqin yaitu dengan cara orang tua mengucapkan kalimat tauhid lalu anak menirukannya. Biasakan anak mendengar kalimat thayyibah ( La ilaaha illallah). Dengan sering memperdengarkan kalimat tersebut diharap memudahkan anak untuk menirukannya.

Ajari juga anak mengenal Allah Ta’ala, seperti mengajari bahwa Allah Ta’ala berada diatas langit, Allah Maha Melihat, Allah Maha Mendengar apa saja yang dibicarakan manusia. Dengan ilmu Allah, Dia senantiasa mengawasi makhluk-Nya. Demikian dijelaskan Ibnu Qayyim Al-Jauziyah dalam Tuhfatul wadud bi Ahkamil Maulud.

Dalam hadits Mu’awiyyah bin Hakam As-Sulaimi radhiyallahu ‘anhu, melalui metode dialog, Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam mengajari seorang budak anak wanita berkenaan tentang tauhid. Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam bertanya kepada anak wanita tersebut, “Dimana Allah?”. Anak wanita itu pun menjawab “Allah di atas langit”. Kemudian beliau bertanya lagi, “Siapa saya?” Jawab gadis belia, “Engkau Rasulullah (utusan Allah).” Kemudian Rasulullah memerintahkan agar anak wanita itu dibebaskan dari status budaknya, “Dia seorang mukminah”(HR: Abu Daud No.930) di shahihkan Asy Syaikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani rahimahullah).

Begitulah metode belajar yang di contohkan Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam, ringan, mengalir dan tidak terkesan kaku. Metode demikian akan mampu menggugah rasa keingin tahuan anak yang lebih luas dan dalam. Anak dibawa untuk berfikir secara ramah dan tidak terkesan memaksa.

Mengajari tauhid merupakan metode para Nabi dan Rasul Allah. Para Nabi dan Rasul Allah menyampaikan kepada ummat tentang tauhid. Bahkan, menyampaikan masalah tauhid adalah perkara yang pertama dan utama, karena dengan memahami dan meyakini perkara tauhid akan menjauhkan diri dari kesyirikan.

Nabi Hud yang diutus kepada kaum ‘Ad, Nabi Shalih yang diutus kepada kaum Tsamud, dan Nabi Syu’aib yang diutus kepada penduduk Madyan, mereka semua para Nabi menyampaikan pesan dakwah tauhid,

أُعْبُدُ اللَّهَ مَا لَكُمْ مِنْ إِلآهٍ غَيْرُهُ

“Sembahlah Allah, sekali-kali tidak ada ilah (sesembahan) bagimu (yang berhak diibadahi) selain-Nya.”(Al-A’raf: 65, 78, 85).



Demikian sunnah para nabi dan rasul, bersemangat dalam menyampaikan dakwah tauhid. Tentu saja, anak yang merupakan buah hati jangan sampai terlupakan untuk diajari tentang tauhid. Tanamkan iman didalam dadanya, semoga sang anak tumbuh menjadi insan yang shalih serta senantiasa mentauhidkan Rabb-nya. Amiin…


Oleh: Al Ustadz Ayip Syafruddin

Sunday, 29 January 2012

0 sedarilah ...

Agama adalah perjalanan sebuah kehidupan. Setiap hari kita menjalani apa yang telah sedia diterangkan di dalam Al-Quran. Samada kita menjadi lebih baik atau tidak semuanya sedia dijelaskan oleh Allah di dalam Al-Quran. Lalu pilihlah golongan mana yang kita ingin digolongkan. Kerana balasannya telah siap disediakan Allah samada baik atau buruk. Menunggu waktunya sahaja.
Percakapan kita adalah agama, berpakaian kita adalah agama, pergerakan kita adalah agama, berfikir kita adalah agama, tingkahlaku kita adalah agama, pemerhatian kita adalah agama, pendengaran kita adalah agama…. semuanya adalah agama. Agama bukan sahaja aturan atau jalan hidup tetapi agama ini adalah hidup kita ini. Setiap nafas kita ini adalah agama.
Hidup ini mempunyai proses. Proses inilah agama. Unit ukurannya adalah iman. Hasilnya adalah taqwa di mana ketika kita memiliki taqwa, bermakna jiwa dituntun Allah untuk sentiasa melakukan kebaikan.
Seandainya iman hilang entah ke mana, kita tidak memiliki taqwa lalu dinamakan fujur. lalu kita memiliki keburukan dan jiwa dituntun Allah dengan kegelisahan dan kesempitan sehingga kita sentiasa ingin melakukan kejahatan.
Masalah umat islam sekarang ini memahami agama ini sekadar aturan dan hukum hakam agama. Berpisah daripada kehidupan. Dianggap hidup yang mengikut kehendak Allah adalah hidup beragama tetapi hidup jauh dari perintah Allah adalah hidup tidak beragama.
Sedangkan apa sahaja kita lakukan, itulah agama. Baik buruk yang kita lakukan semuanya siap sedia dijelaskan Allah dalam Al-Quran.
Selagi kita menganggap agama ini sekadar aturan Allah bukannya seluruh kehidupan kita ini bersama semua makhluk yang Allah ciptakan, maka kita akan berasa agama itu terpisah. Samada kita ingin mengambilnya atau tidak.
Sedangkan agama ini tidak boleh dipisahkan dari kita walau siapapun kita samada beriman atau tidak. Namun setiap apa yang kita lakukan ada balasan yang dijanjikan oleh Allah kepada kita.
Oleh kerana perjalanan hidup ini yang merupakan satu proses kehidupan iaitu dikenali sebagai agama, maka pastikan setiap hari kita menjadi orang yang sentiasa memiliki iman bersama iman yang telah lalu.
Orang kristian menjalani hidup kristian. Mereka melalui proses kehidupan kristian. Beragama kristian. Begitu juga hindu, buddha dan lain-lain. Kerana itu cara hidup kita berbeza dengan mereka.
Pastikan agama yang kita jalankan adalah agama yang diredhai Allah iaitu agama Islam. Selain dari Islam, proses hidup tidak akan diredhai.
Walaupun agama kita islam, namun kita BELUM BENAR menjadi orang yang beragama selagi tidak menjalani hidup ini seperti yang diperintahkan Allah SWT.
Ketika kita melakukan apa yang Allah SWT perintahkan, ketika itu benarlah agama kita adalah agama Islam di mana kita menjalani hidup Islam.
Lalu sentiasalah berada dalam kehidupan Islam. Melalui proses kehidupan yang berlandaskan Islam. Sentiasa berada dalam proses agar memiliki Iman yang lebih baik dan lebih baik dari hari ke hari.
Kekadang kita melakukan kesalahan dan kesilapan. Mohonlah keampunan dari Allah SWT. Inilah proses dan proses hidup cara Islam adalah sentiasa kembali kepada Allah SWT… memohon maaf… memohon petunjuk dan kekuatan.
Kita tidak akan pernah belajar sesuatu seandainya kita tidak pernah salah dan silap.
Kita tidak pernah melalui proses hidup yang lebih baik dari hari ke sehari seandainya kita tidak pernah gagal. Jadikan semalam pengajaran, hari depan adalah misi dan yang UTAMA ADALAH HARI INI kerana tindakan hanya mampu dilakukan hari ini… saat ini.. NOW.
Fahamilah… kita setiap saat sedang beragama dan pastikan kita benar-benar beragama Islam.
Artikel : www.fuadlatip.com

Wednesday, 25 January 2012

0 cakap senang ,cuba ...

Ayat 13 Surah Al Ahqaf bermaksud, "Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata, Tuhan kami ialah Allah. Kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul (dengan pengakuan iman dan tauhid-nya itu), maka tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita". Ayat ini menerangkan keadaan golongan yang benar-benar beriman kepada Allah Taala, iaitu orang-orang yang mengakui dan mengatakan, "Tuhan kami adalah Allah", kemudian mereka istiqomah.
Di dalam kitab Ahkam Al Quran, Ibnu Al Arabi menyatakan bahawa istiqomah adalah sentiasa dan berterusan berdiri di atas prinsip kalimah - La ilaha illallah - sehinggalah mati masih di atas kalimah itu tidak sekali-kali berubah dan bertukar serta tetap teguh dalam melaksanakan segala kewajipan yang difardhukan [Ahkam Al Quran, Ibnu Al Arabi, Juzu':7, M/S:69].
Pengakuan dan pendirian mereka tidak dicampuri sedikitpun dengan perbuatan-perbuatan syirik. Mereka menetapi dan mengikuti garis-garis yang telah ditentukan agama, mengikuti perintah-perintah Allah dengan sebenar-benarnya dan menghentikan larangan-laranganNya. Maka golongan ini tidak ada suatu ketakutan pun terhadap nasib mereka di hari Kiamat nanti kerana Allah menjamin keselamatan mereka. Mereka tidak rasa bersedih hati terhadap apa yang mereka tinggalkan di dunia setelah mereka mati kelak, begitu juga terhadap sesuatu yang luput dan hilang selama hidup di dunia itu serta tidak ada penyesalan sedikitpun pada diri mereka.

Apa Erti Pengakuan “Tuhan Kami Ialah Allah”

Dr. Hamka telah menafsirkan bahawa orang-orang yang telah mengatakan “Tuhan kami ialah Allah” ialah bererti yang berkata itu adalah mulutnya, hatinya, seluruh gerak gerinya juga ‘sepak terajangnya’. Walaupun mungkin lidahnya tidak terbuka namun sikap hidupnya telah menyatakan kalimah tersebut.

“Tuhan kami ialah Allah” terbukti dalam ibadahnya, tujuan hidupnya, pandangan hidupnya, tempat dia menaruh harapan, tempat dia merasa takut dan dalam ia menjelaskan tujuan hidupnya. “Tuhan kami ialah Allah” bererti tidak ada tempat tunduk yang lain dan tidak ada rasa takut menghadapi yang lain. Dengan pengakuan “Tuhan Kami Ialah Allah”, maka segala kegiatan segala aktiviti, segala jalan fikiran, segala pertimbangan tertuju kepada Allah dan memandangnya dari segi keredhaan Allah.

“Tuhan kami ialah Allah”, maka yang berlaku ialah hukumNya Yang Maha Kuasa Sejati. “Tuhan kami ialah Allah” bermakna tidak ada undang-undang yang tahan uji melainkan undang-undang syariatNya dan tidak ada pimpinan melainkan pimpinanNya, tidak ada petunjuk melainkan petunjukNya.

“Tuhan kami ialah Allah”! Maka segala yang ada dan segala apa jua pun yang berhubung dan bersangkut paut dengan yang ada, semuanya bergantung kepadaNya. “Tuhan kami ialah Allah”!, Terbukti dapat dilihat, dapat dirasakan dalam segala gerak walaupun mulut tidak berkata-kata, walaupun kaki dan tangan terbelenggu. [Tafsir Al Azhar, Hamka, Juzu':26, M/S:20-21]

Kemudian mereka teguh pada pendiriannya tidak berganjak, tidak ragu-ragu dan tidak berpaling lagi. Itulah istiqomah!

Istiqomah

Apakah istiqomah itu? Para ulama Al Amilin dalam mendefinasikan istiqamah ini ada berbagai-bagai pengertian nama ia tetap menjurus kepada petunjuk yang satu. Di dalam kitab Madarij As Salikin, Ibnu Al Jauzi telah menukilkan pendapat-pendapat mereka sebagaimana berikut [Madarij As Salikin, Ibnu Jauzi, Juzu':2 M/S:104] :

Saidina Abu Bakar R.A ketika ditanya tentang istiqomah beliau mengatakan, “Janganlah engkau mempersekutukan Allah dengan sesuatu apa pun”.

Berkata Kata Saidina Umar Al Khattab, “Istiqomah itu kamu berdiri terus mematuhi suruhan dan larangan Allah tanpa berubah-ubah seperti musang”.

Saidina Uthman R.A pula mengatakan istiqomah ialah, "Ikhlas beramal kerana Allah semata-mata".

Saidina Ali R.A dan Ibnu Abbas R.A berkata, “Berterusan dalam menunaikan kewajipan yang difardhukan”.

Hasan Al Basri R.H berkata, “Berpegang teguhlah kepada perintah Allah, lakukan dengan ketaatan padaNya dan jauhilah maksiat dan kederhakaan kepadaNya”.

Ibnu Taimiyah R.H mengatakan bahawa istiqomah itu ialah, "Menyintai Allah dan mengabdi kepadaNya tanpa berpaling kiri dan kanan".

Memburu Kejayaan & Kebahagiaan Abadi Dengan Istiqomah
Istiqomah adalah antara sifat unggul Islam yang akan menjamin kejayaan di dunia dan akhirat. Walau amat sukar dalam hidup ini untuk istiqamah atas kebenaran, berdiri teguh sepanjang masa, berada di atas kebenaran dan petunjuk, tanpa berpaling ke kiri atau ke kanan namun ia adalah asas untuk hidup beragama dan jalan keselamatan kerana dia merupakan sebesar-besar karamah (kemuliaan) di dunia dalam menuju karamah yang abadi iaitu syurga. Rasulullah S.A.W pernah bersabda, "Surah Hud menyebabkan rambutku beruban" [Tafsir Ibnu Katsir, Ibnu Katsir, Juzu':4, M/S:302].

Sabda baginda ini merujuk kepada ayat berkaitan dengan istiqamah di dalam surah Hud. Ia menggambarkan betapa penting dan sukarnya untuk istiqamah.

Ibnu Qayyim Al Jauziyyah pernah mendengar Ibnu Taimiyah menyatakan, “Sehebat-hebat karamah ialah melazimi (sesuatu perkara dengan) istiqomah" [Madarij As Salikin, Ibnu Al Jauzi, Juzu':2, M/S:106]. Justeru itu, jika seseorang boleh berjalan di atas air atau boleh terbang di udara, ia bukanlah bukti bahawa Allah memuliakannya dengan karamah melainkan setelah dapat berpegang teguh dengan kebenaran yang berupa segala perintah mahupun larangan Allah kerana istiqomah adalah satu-satunya syarat untuk mendapatkan karamah.

Dalam hadis yang diriwayatkan Imam Muslim, Sufyan bin Abdillah R.A pernah bertanya Rasulullah S.A.W, “Wahai RasulAllah, beritahuku dalam Islam ini satu perkataan yang aku tidak perlu bertanya sesiapa lagi selepas ini”. Jawab Nabi S.A.W, “Katakan aku beriman kepada Allah, kemudian kamu beristiqamahlah” [Riwayat Muslim No:58].

Perjalanan hidup Para Nabi dan Rasul adalah contoh terbaik dalam menterjemahkan makna istiqomah. Mereka sangat terkemuka di tengah-tengah masyarakat manusia malah di depan Allah Taala, bukan kerana mereka beriman dan beramal saleh semata-mata, lebih dari itu Para Nabi dan Rasul ini adalah orang-orang pilihan yang memiliki “keteguhan” dalam iman dan amal saleh mereka.

Betapa istiqomah dan teguhnya prinsip dakwah Rasulullah S.A.W ketika dipujuk oleh bapa saudaranya Abu Talib supaya berhenti berdakwah, Baginda lalu berkata, “Sekalipun jika diletakkan bulan di tangan kiri ku dan matahari di tangan kanan ku, namun untuk aku memberhentikan usaha dakwah ini tidak sama sekali. Aku akan teruskan sama ada aku berjaya atau mati dalam usaha ku ini”[Hadith Riwayat Al Baihaqi No:522].

Itulah keteguhan yang yang bernyala-nyala, yang ada dalam diri Rasulullah S.A.W sehingga Baginda berhasil merealisasikan impiannya untuk mengislamkan manusia. Istiqamah tidak mengenal jemu, payah, ugutan dan bujukan dalam perjuangannya. Lihatlah bagaimana Rasulullah S.A.W memulakan perjuangannya di Makkah tetapi terhalang. Tidak putus asa, Baginda bergerak mencari sinar di Taif, masih ditolak. Kemudian hijrah sebilangan Sahabat-nya memohon “suaka politik” di Habsyah. Dan akhirnya menemui cahaya kemenangan di Kota Madinah dan kembali semula “membuka” kota Makkah. Baginda tidak mengenal undur, kerana hanya dengan istiqomah ia boleh membawa kejayaan.

Kejayaan Rasulullah S.A.W terpaksa “mengorbankan” deretan Para Sahabat yang sangat disayanginya bermula dengan syahidnya Sumayyah, Yassir, Saidina Hamzah, Saad bin Muaz, Hanzalah, Mus’ab dan lain-lain. Mereka juga golongan yang sangat istiqomah. Bahkan sekian lama Baginda sendiri telah mengorbankan segala kesenangan, kerehatan, keselesaan dan kecintaannya demi sebuah kalimah La Ilaha IllaLlah.

Nabi Ibrahim AS dengan jiwanya yang sangat istiqomah itu telah berkali-kali diuji oleh Allah. Ibrahim berputus arang dengan bapanya (Azar) kerana Allah demi menzahirkan prinsip keimanannya. Dia juga tetap teguh ketika dicampakkan ke dalam api besar yang membara oleh Raja Namrud kerana kejituan imannya terhadapa Allah. Baginda juga dengan tulus ikhlas sanggup mengorbankan puteranya Ismail. Sebagai orang tua, Ibrahim sangat sayang kepada puteranya. Tetapi walau bagaimana sayang sekalipun kepada anaknya, Baginda terus menggengam dengan penuh keteguhan bahawa Allah Taala tetap nombor satu.

Inilah istiqomah. Dengan terbuktinya keteguhan Baginda S.A.W, Allah mengambil Ibrahim sebagai hamba kesayanganNya sehingga digelar khaliluLlah sebagaimana firman Allah Taala yang bermaksud, “Siapakah yang lebih baik agamanya daripada orang yang menyerahkan dirinya kepada Allah, ia berbuat kebaikan dan mengikuti agama Ibrahim yang lurus (benar). Dan Allah telah menjadikan Ibrahim (Nabi) kesayang-Nya”. [An Nisa':125]

Begitulah hebatnya dan besarnya pengertian istiqomah. Itulah jalan Para Nabi sepanjang zaman. Para pengikut Nabi juga, wajib menyelusuri jalan ini. Di sini kita lihat, besarnya peranan istiqomah dan tidak hairanlah mengapa Allah Taala menjanjikan balasan yang besar kepada mereka yang beristiqomah. Allah Taala menjanjikan kebahagiaan kepada golongan yang berpegang teguh dan istiqomah dalam perjuangan dan kebenaran. Kebahagiaan itu adalah syurga di mana di sana tiada lagi hati-hati yang merasa kebimbangan, ketakutan dan kesedihan, mereka kekal di dalamnya. Kenyataan ini tergambar dalam firman Allah di dalam Al Quran, "Merekalah ahli syurga, tetap kekallah mereka di dalamnya sebagai balasan bagi amal-amal soleh yang mereka telah kerjakan". [Al Ahqaf:14]

Sebaliknya orang yang goyah pendiriannya seperti lalang ditiup angin, tidak konsisten dan tidak teguh prinsipnya dalam aqidah, iman, Islam dan termasuk beramal saleh tidak disebut menjadi penghuni syurga apalagi kekal di dalamnya. Semua ini menjelaskan kepada kita bahawa istiqomah (teguh pendirian dan amalan) mesti kita miliki, kerana dengan istiqamah manusia akan menjadi mulia di khalayak ramai dan di depan Allah Taala.

Sesiapa yang memilikinya pasti dijanjikan balasan syurga, tiada ketakutan dan dukacita. Para Malaikat akan turun kepada mereka ketika hampirnya ajal untuk menenangkan dan meneguhkan jiwa golongan ini. Dalam dunia yang dipenuhi kefasadan ini, untuk istiqamah bukanlah perkara mudah tapi sewajibnya melalui tarbiah jiwa yang sarat dengan mujahadah dan tazkiah (penyucian).

Saturday, 21 January 2012

2 tips berdoa mengikut rabiatul adawiyah

Rabiatul Adawiyah adalah seorang wali Allah yang mengabdikan dirinya kepada Allah Ta'ala. Kesabaran dan perjuangan harus dicontohi oleh wanita islam hari ini. Walaupun sejarah hidupnya bermula dari seorang wanita yang tidak mentaati Allah, akhirnya di memilih jalan sufi dalam mencari ketenangan hidup.


Kisah bermula pada zaman dahulu di mana kejahilan menyelebungi masyarakat arab kebanyakan sekolah agama telah ditutup. Ayah Rabiatul Adawiyah adalah guru agama tapi terpaksa menjadi pendayung sampan. Untuk menarik minat orang menaiki sampannya dia akan mendendangkan lagu yang merdu ketika mendayung sampan. Rabiatul Adawiyah sentiasa disamping ayahnya hinggalah dia dewasa, apabila ayahnya meninggal dunia. Dia menggantikan tempat ayah sebagai pendayung sampan dan mendendangkan lagu yang merdu. Mendengarkan suaranya yang merdu itu menarik hati seorang lelaki untuk membawanya untuk dipersembahkan kepada raja dan dia terpaksa berkhidmat untuk raja. Setiap hari dia menyanyi dan menuang arak kepada raja dan tetamu raja.


Suatu hari timbul kesedaran di hatinya merasa insaf dengan segala perbuatannya kerana kejahilannya itu sedangkan bapanya adalah seorang guru agama. Dari hari itu Rabiatul Adawiyah tidak mahu lagi menyanyi dan menuang arak. Dia sering duduk bersendirian berzikir kepada Allah. Dia juga diseksa oleh raja dengan kerja yang berat. Pernah suatu hari pengawal raja disuruh melepaskan ular dan kala jengking ke dalam bilik Rabiatul Adawiyah kerana raja tidak senang melihat dia sentiasa berzikir. Tetapi akhirnya ular tersebut menerkam pengawal raja. Rabiatul Adawiyah tetap tenang, walaupun dia tidak diberi makan dia tetap mampu menjalankan ibadat kepada Allah. Apabila raja mengintainya di dalam bilik, kelihatan dia sedang munajat memohn doa kepada Allah. di dalam kegelapan biliknya kelihatancahaya yang menyuluh ke arahnya. Pada suatu malam raja bermimpi seorang tua datang dan mengatakan supaya melepaskan Rabiatul Adawiyah dan jangan lagi menyiksanya kemudia raja melihat Rabiatul Adawiyah berpakaian serba putih naik ke atas langit. Beliau terus ke bilik Rabiatul Adawiyah untuk melihat sama ada Rabiatul Adawiyah masih ada atau sudah pergi. Kelihatan Rabiatul Adawiyah masih berzikir dan berdoa.


Sampai habis tempoh masa Rabiatul berkhidmat dengan raja, akhirnya dia dilepaskan oleh raja. Rabiatul Adawiyah berterima kasih kepada raja dan tidak meminta apa-apa daripada raja walaupun raja memberi peluang kepadanya untuk meminta apa saja sebelum dia pergi. Apabila dia pulang ke kampungnya, rumah telah roboh dan penduduk kampungnya juga ramai yang telah berpindah. Dia meminta orang menyediakan sebuah pondok kecil untuknya. Pada suatu malam, seorang pencuri terpandang pondok Rabiatul Adawiyah lalu dia ingin pergi mencuri di situ. Ketika itu Rabiatul Adawiyah sedang solat. Dia tidak menjumpai apa-apa di dalam rumah Rabiatul Adawiyah melainkan sebiji tempayan. Lalu dia merasa kecewa dan ingin bunuh Rabiatul Adawiyah. Apabila dia mengeluarkan pisau dan ingin menikam Rabiatul Adawiyah tiba-tiba dia menjadi keras dan pisaunya terjatuh. Rabiatul Adawiyah terkejut. Rabiatul mengatakan pada pencuri itu ambillah apa yang dia inginkan jika dia seorang pencuri tetapi mengapa ingin membunuhnya. Lalu dia menyuruh pencuri itu mengambil wudhuk dan bersolat serta memohon pada Allah apa yang dia inginkan. Lalu pencuri itu bersolat dan meinta pada Allah agar mendapat rezeki yang banyak supaya dia tidak perlu menjadi pencuri lagi.


Pada masa yang sama diluar kelihatan kereta kuda yang membawa banyak harta yang menuju ke arah pondok Rabiatul Adawiyah. Raja menghantar orang untuk memberi Rabiatul Adawiyah harta yang banyak. Apabila orang itu datang menemui Rabiatul Adawiyah kerana ingin menyerahkan harta itu, Rabiatul Adawiyah mengatakan dia tidak pernah meminta harta dari Allah tetapi orang disebelahnya yang memohon kepada Allah jadi berikanlah harta itu kepada orang yang memintanya. Pencuri itu gembira kerana mendapat harta dan dia membuat sebuah mahligai yang indah. Pada suatu hari ada seorang lelaki menemui pencuri itu dan bertanya bagaimana dia mendapat harta yang begitu banyak dalam sekelip mata. Dia pun menceritakan kisahnya kepada lelaki itu. Lelaki itu menjelaskan kepadanya bahawa wanita yang ditenuinya itu adalah wali Allah. Dia berasa terkejut dan menyesal kerana tidak berterima kasih kepada Rabiatul Adawiyah lalu dia ke pondok rabiatul Adawiyah untuk menemuinya. Ketika itu Rabiatul Adawiyah sedang nazak. Akhirnya Rabiatul Adawiyah pergi menemui kekasihnya.


Doa agung Rabi'ah Al-Adawiyah

" YA ALLAH DEMI KASIH MU KEPADA KU ,AKU YANG LEMAH BERMOHON KEPADA MU... Ya Allah, jika aku menyembah-Mu kerana takut kepada neraka, bakarlah aku di dalam neraka-Mu, dan jika aku menyembah-Mu kerana mengharapkan syurga -Mu, campakkanlah aku dari dalam syurga; tetapi jika aku menyembah -Mu demi Engkau semata, janganlah enggan memperlihatkan keindahan wajah-Mu yang abadi kepadaku" "Ya Allah, segala jerih payahku dan semua hasratku di antara segala kesenangan dunia adalah untuk mengingati Engkau. Dan di akhirat nanti, di antara segala kesenangan akhirat, adalah untuk berjumpa dengan-Mu"



p/s mulakan berdoa dengan yang berhuruf besar dan yang lain lain tu mohon lah apa yang kita hajatkan 
      inshaallah ...

Friday, 20 January 2012

0 moga timbul keinsafan hendaknya ,inshaallah

Dari Anas bin Malik RA berkata: "Jibrail datang kepada Nabi SAW pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh Nabi SAW "Mengapa aku melihat kau berubah muka?"

Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah SWT menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah SWT itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman daripadanya."



Lalu Nabi SAW bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam."

Jawabnya: "Ya. Ketika Allah SWT menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama 1,000 tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan 1,000 tahun sehingga putih, kemudian 1,000 tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah SWT yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah SWT yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah SWT yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Qur'an itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke 7. Demi Allah SWT yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada 7 pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."

Nabi SAW bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?"

Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda."

Tanya Rasulullah SAW: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?"

Jawab Jibrail: "Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa AS serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah. Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim, pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar. Pintu keempat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha, pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah. Pintu keenam tempat orang nasara bernama Sa’ir."

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah SAW sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ketujuh?"

Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat."

Maka Nabi SAW jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala Nabi SAW di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar Nabi SAW bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?"

Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu."

Kemudian Nabi SAW menangis, Jibrail juga menangis, kemudian Nabi SAW masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah SWT.

Dari Hadith Qudsi: "Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku. Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu, Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah, setiap daerah mempunyai 70,000 kampung, setiap kampung mempunyai 70,000 rumah, setiap rumah mempunyai 70,000 bilik, setiap bilik mempunyai 70,000 kotak, setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum, di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular, di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai, setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat."

Thursday, 19 January 2012

0 ketahuilah walaupun ianya hanya solat sunat

Shalat sunat termasuk amalan yang mesti kita jaga dan rutinkan. Di antara keutamaannya, shalat sunat akan menutupi kekurangan pada shalat wajib. Kita tahu dengan pasti bahwa tidak ada yang yakin shalat lima waktunya dikerjakan sempurna. Kadang kita tidak konsentrasi, tidak khusyu’ (menghadirkan hati) , juga kadang tidak tawadhu’ (tenang) dalam shalat. Moga dengan memahami entri berikut ini semakin menyemangat kita untuk terus menjaga shalat sunat .


Pertama: Akan Menutupi Kekurangan pada Shalat Wajib

Dari Abu Hurairah, ia berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
« إِنَّ أَوَّلَ مَا يُحَاسَبُ النَّاسُ بِهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ أَعْمَالِهِمُ الصَّلاَةُ قَالَ يَقُولُ رَبُّنَا جَلَّ وَعَزَّ لِمَلاَئِكَتِهِ وَهُوَ أَعْلَمُ انْظُرُوا فِى صَلاَةِ عَبْدِى أَتَمَّهَا أَمْ نَقَصَهَا فَإِنْ كَانَتْ تَامَّةً كُتِبَتْ لَهُ تَامَّةً وَإِنْ كَانَ انْتَقَصَ مِنْهَا شَيْئًا قَالَ انْظُرُوا هَلْ لِعَبْدِى مِنْ تَطَوُّعٍ فَإِنْ كَانَ لَهُ تَطَوُّعٌ قَالَ أَتِمُّوا لِعَبْدِى فَرِيضَتَهُ مِنْ تَطَوُّعِهِ ثُمَّ تُؤْخَذُ الأَعْمَالُ عَلَى ذَاكُمْ ».
Sesungguhnya amalan yang pertama kali dihisab pada manusia di hari kiamat nanti adalah shalat. Allah ‘azza wa jalla berkata kepada malaikat-Nya dan Dia-lah yang lebih tahu, “Lihatlah pada shalat hamba-Ku. Apakah shalatnya sempurna ataukah tidak? Jika shalatnya sempurna, maka akan dicatat baginya pahala yang sempurna. Namun jika dalam shalatnya ada sedikit kekurangan, maka Allah berfirman: Lihatlah, apakah hamba-Ku memiliki amalan sunnah. Jika hamba-Ku memiliki amalan sunnah, Allah berfirman: sempurnakanlah kekurangan yang  ada pada amalan wajib dengan amalan sunnahnya.” Kemudian amalan lainnya akan diperlakukan seperti ini.” (HR. Abu Daud no. 864, Ibnu Majah no. 1426 dan Ahmad 2: 425. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shahih)
Kedua: Dihapuskan dosa dan ditinggikan derajat
Ma’dan bin Abi Tholhah Al Ya’mariy, ia berkata, “Aku pernah bertemu Tsauban –bekas budak Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam-,  lalu aku berkata padanya, ‘Beritahukanlah padaku suatu amalan yang karenanya Allah memasukkanku ke dalam surga’.” Atau Ma’dan berkata, “Aku berkata pada Tsauban, ‘Beritahukan padaku suatu amalan yang dicintai Allah’.” Ketika ditanya, Tsauban malah diam.
Kemudian ditanya kedua kalinya, ia pun masih diam. Sampai ketiga kalinya, Tsauban berkata, ‘Aku pernah menanyakan hal yang ditanyakan tadi pada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Beliau bersabda,
عَلَيْكَ بِكَثْرَةِ السُّجُودِ لِلَّهِ فَإِنَّكَ لاَ تَسْجُدُ لِلَّهِ سَجْدَةً إِلاَّ رَفَعَكَ اللَّهُ بِهَا دَرَجَةً وَحَطَّ عَنْكَ بِهَا خَطِيئَةً
Hendaklah engkau memperbanyak sujud (perbanyak shalat) kepada Allah. Karena tidaklah engkau memperbanyak sujud karena Allah melainkan Allah akan meninggikan derajatmu dan menghapuskan dosamu’.” Lalu Ma’dan berkata, “Aku pun pernah bertemu Abu Darda’ dan bertanya hal yang sama. Lalu sahabat Abu Darda’ menjawab sebagaimana yang dijawab oleh Tsauban padaku.” (HR. Muslim no. 488). Imam Nawawi rahimahullah berkata, “Hadits ini adalah dorongan untuk memperbanyak sujud dan yang dimaksud adalah memperbanyak sujud dalam shalat.” (Syarh Shahih Muslim, 4: 205). Cara memperbanyak sujud bisa dilakukan dengan memperbanyak shalat sunnah.
Ketiga: Akan dekat dengan Rasul shallallahu ‘alaihi wa sallam di surga
Dari Rabiah bin Ka’ab Al-Aslami -radhiyallahu ‘anhu- dia berkata,
كُنْتُ أَبِيتُ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَتَيْتُهُ بِوَضُوئِهِ وَحَاجَتِهِ فَقَالَ لِي سَلْ فَقُلْتُ أَسْأَلُكَ مُرَافَقَتَكَ فِي الْجَنَّةِ قَالَ أَوْ غَيْرَ ذَلِكَ قُلْتُ هُوَ ذَاكَ قَالَ فَأَعِنِّي عَلَى نَفْسِكَ بِكَثْرَةِ السُّجُودِ
“Saya pernah bermalam bersama Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, lalu aku membawakan air wudhunya dan air untuk hajatnya. Maka beliau berkata kepadaku, “Mintalah kepadaku.” Maka aku berkata, “Aku hanya meminta agar aku bisa menjadi teman dekatmu di surga.” Beliau bertanya lagi, “Adakah permintaan yang lain?” Aku menjawab, “Tidak, itu saja.” Maka beliau menjawab, “Bantulah aku untuk mewujudkan keinginanmu dengan banyak melakukan sujud (memperbanyak shalat).” (HR. Muslim no. 489)
Keempat: Shalat adalah sebaik-baik amalan
Dari Tsauban, ia berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
اسْتَقِيمُوا وَلَنْ تُحْصُوا وَاعْلَمُوا أَنَّ خَيْرَ أَعْمَالِكُمُ الصَّلاَةُ وَلاَ يُحَافِظُ عَلَى الْوُضُوءِ إِلاَّ مُؤْمِنٌ
Beristiqamahlah kalian dan sekali-kali kalian tidak dapat istiqomah dengan sempurna. Ketahuilah, sesungguhnya amalan kalian yang paling utama adalah shalat. Tidak ada yang menjaga wudhu melainkan ia adalah seorang mukmin.” (HR. Ibnu Majah no. 277 dan Ahmad 5: 276. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shahih)
Kelima: Menggapai wali Allah yang terdepan
Orang yang rajin mengamalkan amalan sunnah secara umum, maka ia akan menjadi wali Allah yang istimewa. Lalu apa yang dimaksud wali Allah?
Allah Ta’ala berfirman,
أَلَا إِنَّ أَوْلِيَاءَ اللَّهِ لَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ (62) الَّذِينَ آَمَنُوا وَكَانُوا يَتَّقُونَ (63)
Ingatlah, sesungguhnya wali-wali Allah itu, tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati. (Yaitu) orang-orang yang beriman dan mereka selalu bertakwa.” (QS. Yunus: 62-63)
Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah mengatakan,
فَكُلُّ مَنْ كَانَ مُؤْمِنًا تَقِيًّا كَانَ لِلَّهِ وَلِيًّا
Setiap orang mukmin (beriman) dan bertakwa, maka dialah wali Allah.” (Majmu’ Al Fatawa, 2: 224). Jadi wali Allah bukanlah orang yang memiliki ilmu sakti, bisa terbang, memakai tasbih dan surban. Namun yang dimaksud wali Allah sebagaimana yang disebutkan oleh Allah sendiri dalam surat Yunus di atas. “Syarat disebut wali Allah adalah beriman dan bertakwa” (Majmu’ Al Fatawa, 6: 10). Jadi jika orang-orang yang disebut wali malah orang yang tidak shalat dan gemar maksiat, maka itu bukanlah wali. Kalau mau disebut wali, maka pantasnya dia disebut wali setan.
Perlu diketahui bahwa wali Allah ada dua macam: (1) As Saabiquun Al Muqorrobun(wali Allah terdepan) dan (2) Al Abror Ash-habul yamin(wali Allah pertengahan).
As saabiquun al muqorrobun adalah hamba Allah yang selalu mendekatkan diri pada Allah dengan amalan sunnah di samping melakukan yang wajib serta dia meninggalkan yang haram sekaligus yang makruh.
Al Abror ash-habul yamin adalah hamba Allah yang hanya mendekatkan diri pada Allah dengan amalan yang wajib dan meninggalkan yang haram, ia tidak membebani dirinya dengan amalan sunnah dan tidak menahan diri dari berlebihan dalam yang mubah.
Mereka inilah yang disebutkan dalam firman Allah Ta’ala,
إِذَا وَقَعَتِ الْوَاقِعَةُ (1) لَيْسَ لِوَقْعَتِهَا كَاذِبَةٌ (2) خَافِضَةٌ رَافِعَةٌ (3) إِذَا رُجَّتِ الْأَرْضُ رَجًّا (4) وَبُسَّتِ الْجِبَالُ بَسًّا (5) فَكَانَتْ هَبَاءً مُنْبَثًّا (6) وَكُنْتُمْ أَزْوَاجًا ثَلَاثَةً (7) فَأَصْحَابُ الْمَيْمَنَةِ مَا أَصْحَابُ الْمَيْمَنَةِ (8) وَأَصْحَابُ الْمَشْأَمَةِ مَا أَصْحَابُ الْمَشْأَمَةِ (9) وَالسَّابِقُونَ السَّابِقُونَ (10) أُولَئِكَ الْمُقَرَّبُونَ (11) فِي جَنَّاتِ النَّعِيمِ (12) ثُلَّةٌ مِنَ الْأَوَّلِينَ (13) وَقَلِيلٌ مِنَ الْآَخِرِينَ (14)
Apabila terjadi hari kiamat,tidak seorangpun dapat berdusta tentang kejadiannya.(Kejadian itu) merendahkan (satu golongan) dan meninggikan (golongan yang lain), apabila bumi digoncangkan sedahsyat-dahsyatnya,dan gunung-gunung dihancur luluhkan seluluh-luluhnya,maka jadilah ia debu yang beterbangan, dan kamu menjadi tiga golongan. Yaitu golongan kanan. Alangkah mulianya golongan kanan itu. Dan golongan kiri. Alangkah sengsaranya golongan kiri itu.Dan orang-orang yang beriman paling dahulu. Mereka itulah yang didekatkan kepada Allah. Berada dalam jannah kenikmatan. Segolongan besar dari orang-orang yang terdahulu,dan segolongan kecil dari orang-orang yang kemudian.” (QS. Al Waqi’ah: 1-14) (Lihat Al furqon baina awliyair rohman wa awliyaisy syaithon, Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah, hal. 51)
Keenam: Allah akan beri petunjuk pada pendengaran, penglihatan, kaki dan tangannya, serta doanya pun mustajab
Dari Abu Hurairah, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
إِنَّ اللَّهَ قَالَ مَنْ عَادَى لِى وَلِيًّا فَقَدْ آذَنْتُهُ بِالْحَرْبِ ، وَمَا تَقَرَّبَ إِلَىَّ عَبْدِى بِشَىْءٍ أَحَبَّ إِلَىَّ مِمَّا افْتَرَضْتُ عَلَيْهِ ، وَمَا يَزَالُ عَبْدِى يَتَقَرَّبُ إِلَىَّ بِالنَّوَافِلِ حَتَّى أُحِبَّهُ ، فَإِذَا أَحْبَبْتُهُ كُنْتُ سَمْعَهُ الَّذِى يَسْمَعُ بِهِ ، وَبَصَرَهُ الَّذِى يُبْصِرُ بِهِ ، وَيَدَهُ الَّتِى يَبْطُشُ بِهَا وَرِجْلَهُ الَّتِى يَمْشِى بِهَا ، وَإِنْ سَأَلَنِى لأُعْطِيَنَّهُ ، وَلَئِنِ اسْتَعَاذَنِى لأُعِيذَنَّهُ
Allah Ta’ala berfirman: Barangsiapa memerangi wali (kekasih)-Ku, maka Aku akan memeranginya. Hamba-Ku senantiasa mendekatkan diri pada-Ku dengan amalan wajib yang Kucintai. Hamba-Ku senantiasa mendekatkan diri pada-Ku dengan amalan-amalan sunnah sehingga Aku mencintainya. Jika Aku telah mencintainya, maka Aku akan memberi petunjuk pada pendengaran yang ia gunakan untuk mendengar, memberi petunjuk pada penglihatannya yang ia gunakan untuk melihat, memberi petunjuk pada tangannya yang ia gunakan untuk memegang, memberi petunjuk pada kakinya yang ia gunakan untuk berjalan. Jika ia memohon sesuatu kepada-Ku, pasti Aku mengabulkannya dan jika ia memohon perlindungan, pasti Aku akan melindunginya.” (HR. Bukhari no. 2506)
Orang yang senantiasa melakukan amalan sunnah (mustahab) di samping melakukan amalan wajib, akan mendapatkan kecintaan Allah, lalu Allah akan memberi petunjuk pada pendengaran, penglihatan, tangan dan kakinya. Allah juga akan memberikan orang seperti ini keutamaan dengan mustajabnya do’a (Faedah dari Fathul Qowil Matin, Syaikh Abdul Muhsin bin Hamd Al Abad, hadits ke-38).
Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Al-Israa' 17:44)

aku adalah sepertimana sangkaan hambaku dan aku bersama denganya ketika ia mengingati aku .jika ia ingat kepada aku di dalam hatinya ,aku ingat kepadanya di dalam hati ku .dan jika ia ingat kepada ku di khalayak ramai ,nescaya aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai yang lebih baik .dan jika ia mendekati kepada ku sejengkal ,aku pun mendekatinya sehasta .dan jika ia mendekati ku sehasta ,nescaya aku mendekatinya sedepa .dan jika ia datang kepada ku berjalan ,maka aku datang kepadanya sambil berlari
(hadis qudsi riwayat syaikhan dan tarmizi dari abu hurairah ra)

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.(Ar-Ra'd 13:28)

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).(Al-Baqarah 2:152)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts

 

mencari kebenaran Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates