Tuesday, 10 April 2012

0 anak+rezeki+yakin



a. Setiap anak yang lahir itu telah dijamin dan ditulis rezekinya di sisi Allah. 

Mereka sudah tidak ragu dan risau langsung pasal soal ini. Soal rezeki adalah urusan Allah s.w.t. yang tidak boleh diragukan lagi. Tidak boleh buruk sangka pada Allah dalam apa hal jua termasuk dalam soal rezeki. Yang tinggal bagi seorang ketua keluarga (bapa) ialah berusaha mendapatkan rezeki itu, kemudian bertawakkal kepada Allah s.w.t. 

Ertinya kalau ada suami isteri atau ibu bapa yang merancang mengurangkan anak kerana takut tiada jaminan rezeki anak-anak, maka pegangan dan kepercayaan itu boleh merosakkan akidah mereka. Itu adalah satu pandangan yang jahil, sesat dan menyeleweng. Macam orang-orang kafir Quraisy yang membunuh anak perempuan kerana takut sial atau takut ditimpa kemiskinan. 

Dalam satu hadis, Rasulullah s.a.w. menyatakan bahawa setiap orang anak yang lahir membawa bersamanya kemuliaan. 

b. Anak adalah penyambung keturunan. 

Dari Abu Hafsah (Sayidina Umar r.a.) bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Janganlah kamu meninggalkan doa agar memiliki anak, sebab apabila seseorang meninggal dunia dan tidak memiliki satu anak pun, maka terputuslah namanya (di atas bumi ini).” (Riwayat At-Tabrani) 

c. Doa anak soleh itu tidak terputus. 

Anak sekiranya dibentuk menjadi anak yang soleh, insya-Allah akan menjadi aset yang sangat berharga pada kedua-dua ibu bapa khasnya apabila kedua-duanya sudah bersemadi di pusara kelak.

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila mati anak Adam, terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sadaqah (amal) jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang selalu mendoakannya.” (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.) 

Maka lagi ramai anak yang dapat dididik dan dibentuk menjadi anak yang soleh dan solehah, maka lagi banyaklah aset dan saham yang dimiliki oleh ayah dan ibu. Perbezaan di antara pasangan yang mahu menambah anak dan mahu menjarakkan tadi hanyalah sekitar bagaimana merancang dan mentadbir anak-anak itu. Dan perancangan mereka itu bertujuan memelihara dan menjaga maslahah-maslahah tertentu.


aku hairan kenapa orang zaman sekarang boleh menyatakan bahawa 
cukuplah dua orang anak sahaja 
kerana memerlukan duit yang banyak untuk membesarkan mereka 


persoalannya 
di manakah letaknya keyakinan kita kepada ALLAH swt 
bahawa ALLAH swt yang memberikan rezeki 
kita pulak yang pandai pandai menentukan rezeki anak anak kita 
merancang tak salah 
tetapi tak mahu anak ramai kerana takut tak cukup perbelanjaan itu yang salah 
salah kerana kita mendahului ALLAH swt 


kalau dah tahu tak cukup 
kita sebagai ibu bapa mestilah berusaha mencari rezeki dan bertawakkal kepada ALLAH swt
bukannya mengharapkan rezeki datang bergolek 
dan kalau dah tak mampu tu buatlah cara tak mampu
jangan pulak beli barang barang keperluan yang mahal mahal 


macam mana nak datangnya keyakinan kepada ALLAH swt 
jika mengingat ALLAH pun jarang jarang 
oleh itu marilah kita sama sama perbanyakkan mengingati ALLAH swt di dalam hati kita dengan zikrullah atau solat dengan ikhlas 

wallahhualam 

insyaallah ...

0 comments:

Post a Comment

Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Al-Israa' 17:44)

aku adalah sepertimana sangkaan hambaku dan aku bersama denganya ketika ia mengingati aku .jika ia ingat kepada aku di dalam hatinya ,aku ingat kepadanya di dalam hati ku .dan jika ia ingat kepada ku di khalayak ramai ,nescaya aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai yang lebih baik .dan jika ia mendekati kepada ku sejengkal ,aku pun mendekatinya sehasta .dan jika ia mendekati ku sehasta ,nescaya aku mendekatinya sedepa .dan jika ia datang kepada ku berjalan ,maka aku datang kepadanya sambil berlari
(hadis qudsi riwayat syaikhan dan tarmizi dari abu hurairah ra)

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.(Ar-Ra'd 13:28)

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).(Al-Baqarah 2:152)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts

 

mencari kebenaran Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates