Daripada Abu Hurairah, katannya , Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud:
"Sesungguhnya ALLAH tidak melihat kepada rupa dan hartamu ,tetapi ALLAH melihat kepada hati dan amalmu yang ikhlas"
[Riwayat Muslim]
Hati menurut ilmu perubatan adalah darah hitam yang beku, mempunyai bentuk tersendiri yang letaknya di sebelah kiri dada. Bagaimanapun Imam al-Ghazali mengatakan bahawa hati menurut pandagan ilmu tasawuf adalah unsure halus bersifat metafizik yang berada dalam bentuk hati yang bersifat jasmani.
Katanya, “Saya hairan denagn manusia yang sangat mengutamakan kebersihan dan keindahan tubuh sedangkan hatinya tidak merak bersihkan daripada kotoran batin dan maksiat, padahal Allah hanya memandang hati mereka.
Firman ALLAH bermaksud:
"Demi diri (manusia) dan yang menyempurnakanNya (ALLAH) ,lalu diilhamkan (ALLAH) kepadanya mana yang buruknya dan mana yang baiknya ,Sesungguhnya telah menanglah orang yang membersihkan (jiwanya) ,dan merugilah orang yang mengotorinya"
[Surah Asy- Syams : 7-10]
Hati diibaratkan sebagai tuan dan jasad adalah hambanya sebagai pemimpin yang mengatur rakyatnya.Maka hati adalah asa atau pusat yang mengatur dan menggerakkan semua kegiatan. Jika hati baik, maka akan baiklah kelakuan seseorang itu. Jika sebaliknya, maka buruklah peribadi seseorang itu.
Sesungguhnya hati adalah nilain ALLAH yang paling utama dalam setiap amalan yang telah kita lakukan.
Ibnu Qayyim berkata : "sesiapa yang ingin jernih hatinya hendaklah dia mengutamakan ALLAH swt daripada hawa nafsunya ,kerana hati yang dilumuri dengan hawa nafsu terlindung daripada ALLAH sekadar bergantungnya kepada hawa nafsunya"
Hati adalah bejana ALLAH dibumiNya maka cintailah kepadanya, lembutkkanlah, tergakkanlah dan bersihkanlah. Jika hati disibukkan denagan mengingati ALLAH, hari akhirat, diberi makan dengan zikir, diberi minum dengan permikiran, dilindungi dari kerosakan nescaya ia akan melihat keajaiban-keajaiban dan diilhami dengan hikmah.
beruntungnya bagi hati-hati yang tunduk kepada ALLAH...dan berjaya menindas hawa nafsunya.
Hati adalah bejana ALLAH dibumiNya maka cintailah kepadanya, lembutkkanlah, tergakkanlah dan bersihkanlah. Jika hati disibukkan denagan mengingati ALLAH, hari akhirat, diberi makan dengan zikir, diberi minum dengan permikiran, dilindungi dari kerosakan nescaya ia akan melihat keajaiban-keajaiban dan diilhami dengan hikmah.
beruntungnya bagi hati-hati yang tunduk kepada ALLAH...dan berjaya menindas hawa nafsunya.
Dari Abdullah Ibnu Umar r.a meriwayatkan, ´´ Sesungguhnya hati ini dapat berkarat sebagaimana berkaratnya besi bila tekena air.´´ Beliau ditanya, ´´Wahai Rasulullah, bagaimana cara membersihkannya ?´´ Rasullah s.a.w bersabda, ´´Memperbanyak mengingat maut dan membaca Al-qur´an.´´
[Riwayat Baihaqi]
bagaimana jika hati kita telah hilang?
menurut Imam Ghazali,
“ Carilah hatimu di tiga tempat..
Carilah hatimu sewaktu bangun membaca Al-Quran.
Jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat.
Jika tidak engkau temui, carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati.
Jika engkau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru, kerana
hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati.”
jadi aku berpesan kepada diri aku sendiri dan kepada pembaca
perbanyakkanlah mengingati ALLAH swt di dalam hati dengan zikrullah atau solat dengan ikhlas
wallahhualam
inshaallah ...
0 comments:
Post a Comment