Monday, 16 April 2012

0 Keburukan dan kemaksiatan akan datang apabila



Keburukan dan kemaksiatan akan datang apabila hati seseorang berada dalam keadaan jauh dari mengingati Allah SWT. Ibnu Qoyyim al-Jauziyah berkata, “Apabila hati seseorang itu jauh daripada mengingati Allah, maka syaitan dengan serta-merta akan masuk ke dalam hati seseorang dan mempengaruhinya untuk berbuat keburukan”.
Hati yang dimasuki syaitan adalah hati yang sakit. Inilah yang disebut sebagai ciri-ciri orang yang munafik. Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah ayat 10 bermaksud:  “Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya; dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).
Oleh kerana itu, hati seseorang mukmin harus sentiasa dijaga daripada dipengaruhi syaitan, dengan berada dalam sikap taat kepada Allah SWT. Inilah yang disebut sebagai hati yang istiqamah. Imam al-Qurtubi berkata ‘Hati yang istiqamah adalah hati yang senantiasa lurus dalam ketaatan kepada Allah SWT baik berupa keyakinan, perkataan mahupun perbuatan’. Hati insan yang sentiasa terpaut kepada mengingati Allah SWT adalah hati yang dicampakkan kepadanya as-Sakinah iaitu ketenangan.
mutakhir ini, hati umat Islam semakin jauh daripada mencintai Allah. Hati umat Islam ditimpa penyakit al-wahnu iaitu cintakan dunia dan bencikan kematian seperti sabda baginda SAW yang bermaksud: “Hampir tiba suatu zaman di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang kelaparan mengerumuni hidangan mereka. Maka salah seorang sahabat bertanya, apakah kerana jumlah kami yang sedikit pada hari itu?”
“Nabi SAW, menjawab, Bahkan, pada hari itu jumlah kamu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di lautan, dan Allah akan mencabut ‘rasa gentar’ terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan melemparkan ke dalam hati kamu penyakit al-wahnu.
“Seorang sahabat bertanya, apakah itu al-wahnu itu, ya Rasulullah?’ Rasulullah SAW menjawab, ‘cinta dunia dan takut mati’.” (Riwayat Abu Dawud dan Ahmad) .
Imam an-Nawawi dalam Kitab Nashaihul Ibad menukilkan satu riwayat menyatakan bahawa: “Empat faktor yang menyebabkan hati menjadi gelap ialah perut yang sentiasa kenyang dan melebihi had kekenyangan, bersahabat dengan orang yang zalim, lupa akan dosa-dosa silam dan panjang angan-angan, manakala empat faktor yang menyebabkan hati terang iaitu perut yang sentiasa lapar kerana berhati-hati, bersahabat dengan orang salih, mengingati dan menyesali dosa-dosa silam dan pendek angan-angan.”
Jika kita kembali kepada sirah baginda Nabi Muhammad SAW, mengapakah sahabat-sahabat baginda sanggup mengorbankan jiwa raga, turun ke medan perang demi mempertahankan agama Allah sedangkan mereka tidak ditawarkan sebarang ganjaran dan kemewahan.
Mengapakah Sumaiyyah sanggup mengorbankan nyawanya demi mempertahankan akidahnya? Mengapakah Bilal bin Rabah sanggup menahan seksaan dijemur di tengah padang pasir, di bawah terik mentari demi mempertahankan kalimah Ahad, yakni Allah yang Esa? Jawapannya, kerana mereka meletakkan di dalam hati mereka, perasaan cinta kepada Allah melebihi segala galanya dan ikhlas

jadi marilah kita sama sama perbanyakkan mengingati ALLAH swt di dalam hati dengan zikrullah atau solat dengan ikhlas 


0 comments:

Post a Comment

Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Al-Israa' 17:44)

aku adalah sepertimana sangkaan hambaku dan aku bersama denganya ketika ia mengingati aku .jika ia ingat kepada aku di dalam hatinya ,aku ingat kepadanya di dalam hati ku .dan jika ia ingat kepada ku di khalayak ramai ,nescaya aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai yang lebih baik .dan jika ia mendekati kepada ku sejengkal ,aku pun mendekatinya sehasta .dan jika ia mendekati ku sehasta ,nescaya aku mendekatinya sedepa .dan jika ia datang kepada ku berjalan ,maka aku datang kepadanya sambil berlari
(hadis qudsi riwayat syaikhan dan tarmizi dari abu hurairah ra)

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.(Ar-Ra'd 13:28)

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).(Al-Baqarah 2:152)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts

 

mencari kebenaran Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates