Wednesday, 6 June 2012

0 kesan menghayati





"Puasa yang paling disukai oleh Allah ialah puasa Nabi Daud, Baginda berpuasa sehari dan berbuka sehari" - Riwayat Bukhari dan Muslim.

Bagaimanapun Nabi SAW tidak banyak berpuasa melainkan dalam bulan Syaaban. Ini adalah kerana persediaan Nabi SAW menyambut Ramadhan. [3]

Ada riwayat yang baginda pernah berpuasa sebulan sepnuh pada bulan Syaaban dan bukan pada bulan Rejab. 

Hadith yang bermaksud: 

Aisyah ra meriwayatkan kepadanya dengan berkata, “Nabi saw tidak pernah berpuasa dalam satu bulan lebih banyak dari bulan Syaaban. Nabi saw berpuasa bulan Syaaban semuanya." Nabi saw bersabda, “Beramallah dengan mengikut kemampuan kamu, kerana sesungguhnya Allah tidak akan jemu sehingga kamu yang jemu”. Aisyah ra menyambung,“Solat yang paling disukai Nabi saw ialah solat yang dikerjakan berterusan walaupun sedikit. Adalah Nabi saw apabila solat, dia mengerjakannya secara konsisten” [4]

 jika tidak dihayati kita tidak akan nampak keindahan islam di dalam kehidupan seharian .itu lah sebab musabab kita harus menghayati setiap perkara .tidak boleh membuta tuli dalam membuat keputusan .akan tetapi apabila kita dah terbiasa menghayati al quran dan hadis di dalam kehidupan kita ,kita pasti tidak akan terburu buru di dalam apa jua keadaan .kerana kita mula nampak di mana yang harus di selaraskan dengan kehendak ALLAH SWT .
begitu juga dengan al hadis ,setiap perbuatan dan sabda baginda rasullallah SAW ada hikmahnya .jadi kita harus menghayati untuk mendapatkan maksud yang tersirat dan tersurat .dan perkara ini benar benar terjadi pada diri aku sendiri ,di mana satu masa dahulu aku tidak pernah tahu bulan bulan di dalam kalender hijrah .yang aku tahu hanya bulan ramadhan itupun sebab semua orang berpuasa .
apabila mula dihayati aku mula memahami kenapa nabi muhammad SAW berpuasa pada seawal bulan syawal seperti hadis di atas .kerana aku agak cerewet dengan tandas ,bukannya apa kerana rutin aku setiap pagi mesti buang air besar tapi bila tiba bulan puasa pemakanan aku lari dari rutin harian .jadi proses buang air besar aku pun  lari .yang lagi merumitkan ialah lepas sahaja berbuka puasa pasti nak buang air besar tak kira tempat  .dan jika aku tak cukup makan maksudnya makan sikit sahaja waktu berbuka dan tak bersahur .pada kesokkan harinya pasti aku diserang migrain yang serius tahap muntah muntah .
barulah aku nampak keindahan islam yang ditunjukkan oleh baginda rasullallah SAW kerana apabila tiba pada bulan syaban aku dah boleh mula melatih diri aku untuk dapatkan 'tune' berpuasa .alhamdulilah sekarang tiada masalah lagi apabila tiba bulan ramadhan .cuma masalah untuk menjaga seluruh anggota berpuasa termasuk hati aku masih gagal .mata masih mahu melihat perempuan seksi .
hari ini 15 rejab bererti tinggal 15 hari lagi untuk menyambut kedatangan syawal .mudah mudahan dapatlah sama sama kita persiapkan diri untuk menyambut bulan yang ditunggu tunggu iaitu bulan ramadhan al mubarak inshaallah  






0 comments:

Post a Comment

Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Al-Israa' 17:44)

aku adalah sepertimana sangkaan hambaku dan aku bersama denganya ketika ia mengingati aku .jika ia ingat kepada aku di dalam hatinya ,aku ingat kepadanya di dalam hati ku .dan jika ia ingat kepada ku di khalayak ramai ,nescaya aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai yang lebih baik .dan jika ia mendekati kepada ku sejengkal ,aku pun mendekatinya sehasta .dan jika ia mendekati ku sehasta ,nescaya aku mendekatinya sedepa .dan jika ia datang kepada ku berjalan ,maka aku datang kepadanya sambil berlari
(hadis qudsi riwayat syaikhan dan tarmizi dari abu hurairah ra)

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.(Ar-Ra'd 13:28)

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).(Al-Baqarah 2:152)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts

 

mencari kebenaran Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates