Sunday, 17 June 2012

0 masanya pasti sampai ...


Imam asy-Syaukani menyenarai hadith-hadith dan riwayat-riwayat berkenaan Imam Mahdi, dan beliau mengatakan: "...jumlah kesemua hadith dan riwayat yang dapat kita kumpulkan mencapai darjat 'mutawatir' bila ditelaah secara mendalam..." [Kitab al-Fath ar-Rabbani asy-Syaukani]

Menurut sebuah hadith, zaman umat Nabi Muhammad SAW terbahagi kepada lima bahagian mengikut kerangka masa. 
"Masa kenabian itu ada di tengah-tengah kalian, adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia mengkehendaki untuk mengangkatnya. Seterusnya adalah masa Khilafah yang mengikut jejak kenabian (Khilafah 'ala minhaj an-nubuwwah), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia mengkehendaki untuk mengangkatnya. Seterusnya masa kerajaan yang menggigit (Mulkan 'Adhan), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia mengkehendaki untuk mengangkatnya. Setelah itu masa kerajaan yang menyombong (Mulkan Jabariyyan), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia mengkehendaki untuk mengangkaynya. Seterusnya adalah masa Khilafah yang mengikut jejak kenabian (Khilafah 'ala minhaj an-nubuwwah). Kemudian baginda (Nabi) diam." {1} 
Kelima-lima bahagian kerangka masa zaman umat Nabi Muhammad SAW hampir sempurna semuanya, dimana hanya tinggal bahagian kelima yakni zaman Khilafah - dipimpin oleh seorang pemuda yang dimuliakan Allah SWT dalam satu malam - Imam Al-Mahdi. Betapa besarnya harapan umat Islam terhadap pemimpin Khilafah di akhir zaman ini, hinggakan muncul pula golongan dalam umat Islam yang begitu taksub hingga membawa mereka menjurus kepada kesesatan.
1) Muncul pihak yang mendakwa "seseorang" itu adalah Al-Mahdi yang dinanti-nantikan berdasarkan HANYA beberapa ciri-ciri inidividu itu.
2) Ada juga individu yang mendakwa dirinya adalah Al-Mahdi yang dinanti-nantikan.
Walhal, telah wujud ijma' dikalangan ulama Ahl Sunnah Wal Jamaah (mengenai hadith-hadith sahih) tentang Al-Mahdi yang mana wajib untuk kita percaya kepadanya. 
AL-MAHDI TERMASUK PERSOALAN AQIDAH 
Dalam pegangan Ahli Sunnah wal Jamaah, Imam Mahdi termasuk di dalam soal aqidah Islam. Umat Islam wajib mpercayai dan meyakini sebagaimana yang telah dikhabarkan secara mutawatir di dalam hadith-hadith Nabawi. Firman Allah SWT dalam Surah al-Hasyr secara jelas menyebut, maksudnya :
Dan apa yang dibawa oleh Rasul kepada kamu hendaklah kamu ambil dan apa yang ditegahnya hendaklah kamu jauhi." (Surah al-Hasyr:7) 
Berdasarkan ayat diatas, jelaslah, apa sahaja yang dibawa dan dikhabarkan oleh Rasulullah SAW wajib diimani. Dan menafikan apa yang diucap atau diperakui oleh Rasulullah SAW (seperti mengatakan bahawa al-Mahdi bukan termasuk soal aqidah) samalah seperti menafikan beriman kepada Rasulullah SAW. Walhal, setiap apa yangg dikhabarkan oleh Rasulullah SAW tentang sesuatu perkara adalah berdasarkan kepada wahyu yang diturunkan oleh Allah SWT.
Ibn Hazm dalam Kitab Muratibul Ijma' menjelaskan bahawa : 

"Ulama Islam telah Istifaq dan Ijma', bahawa sabdaan Rasulullah apabila telah sah dan benar bahawa itu adaah sabda Rasulullah dengan yakin, maka ia wajin kita ikuti." 

Al-'Allamah Syeikh Muhammad Zahid al-Kautsar ketika mengulas perkataan Ibn Hazm di dalam kitabnya Nadzratun Ibaratun : 

"Dihukum KAFIR sesiapa yang ingkar dengan hukum yang ada ijma' (sepakat) padanya dengan ijma' yaqini (kesepakatan yang diyakini), bukan ia diiktibarkan kufur dari segi ijma', bahkan dihukum kafir dari segi ia engkarkan perkara yang tersabit (muktamad) dalam agama dengan ilmu dharuri dan ijma' yaqini itu mestilah ia bersandarkan kepada AL-QURAN dan HADITH MUTAWATIR, maka orang yang engkar akan hukum yang tsabit dgn al-Quran atau hadith mutawatir bukan sahaja ia engkarkan ijma', bahkan ia engkarkan al-Quran dan hadith mutawatir." 

Manakala, Al-'Allamah As-Safarini, di dalam kitab tauhidnya yang terkenal, ad-Duratul Mudhiyatu Fi Aqidatil Firqatil Mardhiya ketika memberi komentar tentang pengzahiran Imam Mahdi menyebut : 

"Adapun beriman dengan keluarnya Imam Mahdi itu adalah wajib sebagaimana yang telah ditetapkan pada ilmu ahli tauhid dan telah dituliskan dalam aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah." 

Persidangan Jamaah Ulama, Majlis Agama Islam Kelantan turut mengeluarkan fatwa yang berbunyi : 

"Setelah mengkaji dan berbincang dgn panjang lebar. Maka Jamaah Ulama bersetuju memfatwakan seperti berikut : 1. Orang Islam sayugia (wajib sentiasa) beri'tiqad lahirnya Imam mahdi akan datang. 2. Imam yang dimaksudkan itu berupa khalifah yang memerintah dunia 3. Imam al-mahdi adalah daripada keturunan Rasulullah SAW yg akan dibai'ahkan di antara Rukun Hajar al-Aswad dan Maqam Nabi Ibrahim {2} 4. Tentang dimanakah duduknya Imam Mahdi itu. Hanya Allah sahaja yang lebih mengetahui" {3}

0 comments:

Post a Comment

Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Al-Israa' 17:44)

aku adalah sepertimana sangkaan hambaku dan aku bersama denganya ketika ia mengingati aku .jika ia ingat kepada aku di dalam hatinya ,aku ingat kepadanya di dalam hati ku .dan jika ia ingat kepada ku di khalayak ramai ,nescaya aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai yang lebih baik .dan jika ia mendekati kepada ku sejengkal ,aku pun mendekatinya sehasta .dan jika ia mendekati ku sehasta ,nescaya aku mendekatinya sedepa .dan jika ia datang kepada ku berjalan ,maka aku datang kepadanya sambil berlari
(hadis qudsi riwayat syaikhan dan tarmizi dari abu hurairah ra)

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.(Ar-Ra'd 13:28)

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).(Al-Baqarah 2:152)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts

 

mencari kebenaran Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates