Friday, 29 June 2012

0 PERKARA YANG MEMBUATKAN AMALAN JADI TERBALIK



"Akulah sebaik baik sekutu (teman) .Barang siapa mempersekutukan Aku dengan yang lain ,dia (diserahkan) kepada sekutu itu .Wahai sekalian manusia ! Beramallah kamu dengan ikhlas kerana ALLAH .Kerana sesungguhnya ALLAH tidak akan menerima amal seseorang kecuali amal yang ikhlas keranaNya .Janganlah kamu mengucapkan :"Ini demi ALLAH dan demi keberkatan." Perbuatan yang demikian hanya kerana kekeluargaan sahaja dan tidak sedikit pun kerana ALLAH .Dan jangan pula kamu mengucapkan :"Ini demi ALLAH dan demi pemimpin kamu." Amalan seperti itu hanya untuk kehormatan pemimpin kamu sahaja ,dan tidak kerana ALLAH."

                                                                          (Hadis qudsi riwayat al Bazzar dari ad Dahhak)

ALLAH SWT melarang hambaNya mempersekutukanNya ,baik dalam iktikad (kepercayaan) mahupun dalam ibadat ,baik dalam amal perbuatan mahupun dalam perkataan atau ucapan.

Dalam hadis tersebut diberikan contoh agar manusia tidak mengucapkan atau melakukan sesuatu yang cenderung kepada mempersekutukanNya .

Yang menjadi ukuran amalan seseorang ialah "keikhlasannya" .
Membicarakan soal ikhlas mestilah didahului dengan huraian tentang niat ,sebab antara keduanya sangat erat hubungannya ,tak ubah laksana pohon dan benih .

Niat itu adalah titik tolak permulaan dalam segala amal perbuatan ,perjuangan dan lain lain .ia menjadi ukuran yang menentukan tentang baik buruknya sesuatu perkataan atau perbuatan .Fungsi dan peranan niat itu sangat menentukan ,sehingga sebahagian ulama salaf (terdahalu) menyimpulkan :

"Kerap kali amalan kecil menjadi besar kerana baik niatnya ,dan kerap kali pula amalan yang besar menjadi kecil kerana salah niatnya ."

Niat ,iradat atau qasad ialah dorongan yang timbul dalam hati manusia ,yang menggerakkan untuk melaksanakan amal perbuatan ataupun ucapan tertentu .

Kedudukkan niat itu dijelaskan dalam sebuah hadis sebagai berikut :

"Dari Amirul Mukminin Abu Hafsah Umar bin Khattab r.a berkata : "Saya dengar Rasullallah SAW  bersabda : "Sesungguhnya segala amal perbuatan  bergantung kepada niat .Dan sesungguhnya tiap tiap  orang memperolehi sesuatu dengan niatnya .Barang siapa yang berhijrah pada jalan ALLAH dan RasulNya ,maka hijrahnya itu kepada ALLAH dan RasulNya .Barang siapa yang berhijrah kerana ingin memperolehi dunia atau untuk mengahwini seseorang wanita ,maka hijrahnya itu ialah ke arah yang ditujunya itu ."

                                                                                           (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Sababul wurud (sebab datangnya ucapan Nabi itu) ialah ketika Rasullallah SAW berhijrah dari Mekah ke Madinah ,yang kemudian diikuti oleh para sahabatnya .Ada seorang lelaki yang turut sama berhijrah ,Tetapi niatnya hanyalah untuk berkahwin dengan seorang wanita bernama Ummu Qais yang sudah bertekad untuk ikut berhijrah .Kerana wanita itu memberikan syarat bahawa ia bersedia berkahwin di tempat Rasullallah SAW berhijrah (Madinah) ,akhirnya lelaki itu pun turut berhijrah .

Peristiwa itu diketahui orang ,lalu ditanyakan kepada Rasullallah SAW apakah motif demikian itu diterima ,berpahala atau tidak .Baginda menjawab secara umum seperti hadis tersebut .

Menurut hadis itu tiap tiap amal perbuatan mesti berlandaskan niat ,dan nilai amalan yang dikerjakan itu pada sisi  ALLAH bergantung kepada niat orang yang mengerjakannya atau kepada nawaitunya .Jika niatnya baik ,maka amalnya akan diterima .Sebaliknya kalau niatnya ada "udang di sebalik batu ," maka amalnya itu akan ditolak .

Di dalam setiap niat ,yang penting adalah ikhlas .
Erti ikhlas ialah menafikan selain daripada ALLAH ,melaksanakan sesuatu hanya kerana ALLAH dan mengharapkan keredhaanNya sahaja .Tempatnya sama dengan niat iaitu di dalam hati .

Amalan perbuatan yang dilakukan oleh hati ,lisan dan anggota badan bergantung kepada niat orang yang mengerjakannya .Imam Yahya an-Nawawi membahagikan amalan yang baik itu kepada tiga iaitu

1 Amalan hamba sahaya ,iaitu beramal kerana takut kepada ALLAH

2 Amalan saudagar ,iaitu beramal kerana megharapkan pahala dan supaya kelak masuk ke dalam syurga .

3 Amalan manusia merdeka ,iaitu beramal sebagai bakti dan bukti syukur kepada ALLAH atau beramal sebagai satu kewajipan .

Selain itu ada juga amalan yang niatnya bercampur baur ,seperti orang orang yang pergi menunaikan ibadat haji ke Mekah ,selain kerana ibadat juga bermotifkan perniagaan .

Memberikan sedekah kepada orang yang meminta minta selain berniat sedekah ,tetapi juga mengandung motif agar orang tersebut lekas lekas pergi dari perkarangan rumahnya ,dan lain lain sebagainya .

Terdapat banyak ayat ayat Al Quran yang menyebut tentang ikhlas dan terdapat dalam berbagai surah ,antara lain dalam surah Az Zumar dan Al A'raaf malah ada satu surah yang khusus dinamakan Surah Al Ikhlas .

A001
Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;

A002
"Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;

A003
"Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;

A004
"Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya".

                                                                                                                  (Al-Ikhlaas 112:4)

Dalam surah al Bayyinah dikemukakan :

A005
Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah Agama yang benar.

                                                                                                               (Al-Bayyinah 98:5)

Dalam hadis juga banyak disebut tentang ikhlas ,antara lain sebagai berikut :

"Orang orang yang paling bahagia mendapat syafaatKu pada hari kiamat ,ialah orang yang mengucapkan "Lailaha lllallah ," dengan ikhlas dari lubuk hatinya ."

                                                                                                                                (Al Hadis) 

"Sesungguhnya ALLAH tidak melihat bentuk dan kekayaan kamu tetapi Dia memperhatikan hati dan perbuatan kamu ."

                                                                                                                                 (Al Hadis) 

"Pada hari kiamat ,hari yang tidak perlu diragukan lagi ,ada yang berseru : "Barang siapa yang pernah menyekutukan sesuatu kepada ALLAH pada suatu amalan yang telah dilakukannya ,hendaklah ia meminta pahala kepada selain dari ALLAH .Sebab ALLAH sama sekali tidak perlu pada penyekutuan itu 




                                                                                                                                (Al Hadis) 


"Ikhlas dalam melaksanakan agamamu ,nescaya amalmu yang sedikit itu cukup untukmu ."


                                                             (Hadis riwayat Abu Daud dan Hakim dalam Jamius Saghir)

Niat yang tidak ikhlas dinamakan riak ,dan riak termasuk salah satu penyakit rohani yang digolongkan oleh Rasullallah SAW sebagai syirik kecil (ashgar) ,walaupun dalam bentuk yang tidak jelas .Hal inilah yang dimaksudkan dalam akhir hadis qudsi di atas .

Orang yang riak ,amalannya sama dengan orang orang yang menyekutukan ALLAH .Dan menyekutukan itu sendiri ada berbagai bagai bentuk .
Perhatikanlah sabda Nabi SAW :

"Barang siapa yang sembahyang dengan riak ,sesungguhnya ia telah melakukan syirik .Dan barang siapa yang berpuasa dengan riak sesungguhnya ia telah melakukan syirik ,dan demikian juga barang siapa yang bersedekah dengan riak sesungguhnya ia telah melakukan syirik .Kerana ALLAH Azza wa Jalla  berfirman (dalam hadis qudsi) : "Aku adalah penentu yang terbaik bagi orang yang telah menyekutukan sesuatu denganKu .Amal perbuatannya yang sedikit mahupun yang banyak bagi yang disekutukannya dan Aku sama sekali tidak perlu kepadanya ."

                                                                                                                                 (Al Hadis) 

"Akulah sebaik baik Penentu bagi orang yang telah menyekutukanKu .Barang siapa yang telah menyekutukan sesuatu denganKu ,sesungguhnya amalannya sedikit mahupun banyak adalah untuk yang disekutukannya .Dan Aku sama sekali tidak perlu kepadanya ."

(Hadis riwayat Ahmad dan Thayalisi dan at-Tabrani dalam al-Mu'jamul Kabir)

Perlu diketahui bahawa orang yang beramal saleh terang terangan dan dilihat oleh manusia ,jika niatnya supaya dicontohi oleh manusia lain ,tidak termasuk kategori riak .

Apabila kita menghadapi bencana atau kesulitan dalam kehidupan seharian ,seringkali ALLAH memberikan pertolongan ,berkat amalan yang sudah kita lakukan dengan ikhlas .

                          Wahai Tuhan kami ,dengan kurniaanMu 
                          masukkanlah kami ke dalam 
                          golongan orang orang yang 
                          beramal dengan ikhlas 







sumber rujukkan hadis qudsi keluaran Victor Agencie
bab 43 BERAMAL DENGAN IKHLAS KERANA ALLAH ms 355-363


0 comments:

Post a Comment

Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Al-Israa' 17:44)

aku adalah sepertimana sangkaan hambaku dan aku bersama denganya ketika ia mengingati aku .jika ia ingat kepada aku di dalam hatinya ,aku ingat kepadanya di dalam hati ku .dan jika ia ingat kepada ku di khalayak ramai ,nescaya aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai yang lebih baik .dan jika ia mendekati kepada ku sejengkal ,aku pun mendekatinya sehasta .dan jika ia mendekati ku sehasta ,nescaya aku mendekatinya sedepa .dan jika ia datang kepada ku berjalan ,maka aku datang kepadanya sambil berlari
(hadis qudsi riwayat syaikhan dan tarmizi dari abu hurairah ra)

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.(Ar-Ra'd 13:28)

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).(Al-Baqarah 2:152)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts

 

mencari kebenaran Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates