Friday, 31 August 2012

0 bebas yang bagaimana

Mencari perkataan merdeka tidak ditemui dalam kamus islam sebaliknya mungkin kemerdekaan ditemui dalam islam jika dilihat pada konsep dan pemahaman bagaimana  bentuk pengertian merdeka yang ingin dimaksudkan . Kemerdekaan bermaksud kebebasan dan kemampuan melakukan sesuatu tanpa sekatan atau halangan atau kongkongan belenggu oleh sesuatu .Jika dilihat pada takrif bahasa mengenai merdeka mungkin agak sukar mengaitkannya dengan islam pada suatu aspek iaitu kebebasan . Ini kerana kedatangan islam sebagai agama yang diutuskan oleh ALLAH SWT sememangnya merupakan sesuatu sistem peraturan syariat yang mendidik  manusia dan membataskan...

Tuesday, 28 August 2012

0 salah fokus

Sesungguhnya, Nabi Muhammad SAW diutus ALLAH dengan misi menyampaikan kalimah Tauhid [la'illah ha'illallah], iaitu agar manusia mengesakan dan menyembah ALLAH SWT semata-mata dan tidak menyembah selain daripada ALLAH. Seorang Muslim wajib beriman atau mempercayai bahwa ALLAH SWT itu wujud. Sebagaimana semua makhluk dan lain-lain yang tidak mungkin terjadi dengan sendirinya tanpa ada pembuatnya seperti mana langit, bumi, bintang, matahari, manusia, dan lain-lain. Tentu ada yang membuatnya, iaitu ALLAH SWT  “Kawannya (yang mukmin) berkata kepadanya sedang dia bercakap-cakap dengannya: “Apakah kamu kafir kepada (Tuhan) yang menciptakan...

Saturday, 25 August 2012

1 bagaimana kita melaluinya

Dan sesungguhnya akan kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa (pengikut) dan buah-buahan (biji-bijian). Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. Yaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan ‘Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepadanyalah kami akan kembali’. Meraka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk. (Al Baqarah : 155-157 )  Ujian kehidupan adalah satu yang pasti ketika kita menongkah arus kehidupan. Itu lumrah sebagai khalifah ALLAH di muka bumi....

Friday, 24 August 2012

0 masalah untuk diselesaikan ...

Sabar dan redha mudah diucap, tetapi sukar untuk dilaksanakan. Menzahirkan sabar dan redha tidaklah semudah memetik ranting kering. Mungkin kita kata bahawa kita sabar dan redha, tetapi…Sebaliknya kita sering merungut kesusahan, kepayahan hidup, kesedihan dan sebagainya. Mungkin kita kata bahawa kita sabar dan redha, tetapi…Kita mula meninggalkan perkara yang baik yang telah menjadi kebiasaan yang dahulunya kita suka lakukan.Tiada bergaul mesra, bergurau senda dengan keluarga, sahabat dan sebagainya.Seolah – olah kebahagiaan dunia hilang punah semuanya. Mungkin kita kata kita sabar dan redha, tetapi…Kita mula menjauhkan diri, rasa...

Tuesday, 21 August 2012

0 kemenangan dan cubalah kita kekalkan

Ramadan yang diberkati baru sahaja meninggalkan kita. Sebulan berlalu terasa begitu pantas. Sebaik sahaja bermula 10 terakhir Ramadan, junjungan kita Nabi Muhammad SAW dan para sahabat, tabi'in dan salihin mulai merasa hiba, sedih dan pilu. Bulan yang kita lalu penuh nikmat ini akan pergi. Bulan yang sarat dengan keredhaan, rahmat dan pengampunanNya ini akan berlalu. Tidak ada jaminan kita akan menemuinya lagi pada tahun mendatang. Ramadan ini hakikatnya bulan luar biasa. Dibulan yang rahmat ini, begitu mudah kita menahan lapar dan dahaga selama sebulan. Juga, kita begitu selesa melaksanakan solat tarawih dan amal ibadat...

Tuesday, 14 August 2012

2 bangga

Pendapatan aku tak seberapa akan tetapi apabila aku dapat memiliki barang-barang 'branded' yang aku idamkan aku rasa teramat bangga ketika memakai atau menggunakannya padahal ada sebahagian dari barang-barang tersebut adalah barang terpakai apatah lagi jika aku mampu membeli yang baru tentulah sifat bangga aku akan menjulang-julang bagitu juga dalam kehidupan berkeluarga aku bangga dengan isteri aku aku bangga mempunyai anak-anak yang comel keadaannya dengan mak dan ayah aku pun sama aku akan beritahu orang yang baru aku temui bahawa inilah kedua mak dan ayah aku aku tak pernah tak mengaku bahawa kedua orang tua itu bukan mak dan ayah...

Friday, 10 August 2012

0 adakah kehidupan kita berlandaskan al Quran ?

Wahyu pertama kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s disempurnakan pada malam ke-6 bulan Ramadhan,  manakala kitab Zabur kepada Nabi Daud a.s pada malam 21 Ramadhan yang jaraknya antara satu kitab itu 500 tahun.  Kemudian Injil diturunkan kepada Nabi Isa a.s pula diturunkan pada malam ke-12 bulan Ramadhan yang jaraknya 1200 tahun.Al-Quran diwahyukan pada malam 27 Ramadhan kepada Nabi Muhamad SAW di gua Hiraq yang jarak dengan Injil selama 600 tahun.  Persoalan di sini  Adakah kita terfikir jarak antara kitab Taurat dan kitab Zabur diturunkan oleh ALLAH SWT hanya sekitar 500 tahun  ertinya dalam jangkamasa 500 tahun...

Thursday, 9 August 2012

0 bagaimana mencari kehendak ALLAH SWT di dalam al quran

Rasulullah s.a.w sangat bersungguh-sungguh mengajarkan al-Quran kepada kaum Muslimin. Pendidikan al-Quran berkembang dengan sangat pesat setelah baginda s.a.w dan kaum Muslimin berhijrah ke Madinah.  Jika Rasulullah s.a.w sangat bersungguh-sungguh mengajarkan al-Quran, kaum Muslimin pula sangat bersungguh-sungguh mempelajarinya.  Sebahagian daripada kaum Muhajirin yang berhijrah ke Madinah terpaksa tinggal di luar kota Madinah, di satu kawasan yang bernama Sunuh, kira-kira 20 km dari masjid Rasulullah s.a.w. Di sana mereka mendirikan rumah-rumah dan menguruskan kebun-kebun.  Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar adalah...

Wednesday, 8 August 2012

0 kehidupan berlandaskan al quran

Betapa dahulu jahilnya diri aku mengenai Al Quran sedangkan ALLAH SWT  telah hadirkan ia sebagai petunjuk jalan untuk mendekatkan diri kepadaNya. Dahulunya hanya sekadar mengaji Al Quran tanpa memahami maksud terjemahan ayat Al Quran itu sendiri. Mungkin ada ramai di kalangan kita tidak peka akan hal ini.  Soalan mudah untuk kita semua sekiranya kita ini benar–benar menghayati Al Quran itu. Jika sukar untuk kita menjawabnya, maka sama–samalah kita muhasabah diri kita kembali. Bagi mereka yang dapat menjawabnya, sama–samalah kita saling ingat mengingati. 1.    Surah yang ke 11 ? 2.    Dalil...
Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Al-Israa' 17:44)

aku adalah sepertimana sangkaan hambaku dan aku bersama denganya ketika ia mengingati aku .jika ia ingat kepada aku di dalam hatinya ,aku ingat kepadanya di dalam hati ku .dan jika ia ingat kepada ku di khalayak ramai ,nescaya aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai yang lebih baik .dan jika ia mendekati kepada ku sejengkal ,aku pun mendekatinya sehasta .dan jika ia mendekati ku sehasta ,nescaya aku mendekatinya sedepa .dan jika ia datang kepada ku berjalan ,maka aku datang kepadanya sambil berlari
(hadis qudsi riwayat syaikhan dan tarmizi dari abu hurairah ra)

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.(Ar-Ra'd 13:28)

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).(Al-Baqarah 2:152)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts

 

mencari kebenaran Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates