Tuesday, 11 September 2012

0 berkecamuk



Semuanya aku nak ...
aku memenuhi sahaja nafsu yang meruntun supaya makan beraneka makanan
tanpa segan silu dan rasa bersalah aku melihat dengan ghairahnya wanita-wanita seksi
al quran mula aku pinggirkan dari hari ke hari
solat fardu aku semakin lengahkan
hinggakan tidak menunaikan solat malam
ingatan aku pada ALLAH SWT di dalam hati juga semakin kurang
segalanya berkecamuk
apa yang aku praktikkan di sepanjang ramadhan lepas
tidak mudah rupanya untuk dikekalkan pada bulan selain ramadhan
begitu rakus aku dapat merasai nafsu umarah selepas selesai puasa enam

Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud : "Wahai akal mengadaplah engkau." Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik. Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah." Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau." Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau." Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau." Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku." Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa.Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahawa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah.

dan aku seperti tiada kekuatan ,menurut sahaja walaupun yang hak itu jelas dan yang batil itu juga jelas
inilah gara-gara hati sudah dikuasai oleh nafsu umarah
satu sahaja kesimpulan yang aku dapat pada permasalahan ini
iaitu meneruskan puasa sunat isnin dan khamis dengan ikhlas
dan memperbanyakkan mengingati ALLAH SWT di dalam hati atau solat juga dengan keikhlasan
mudah-mudahan hijab di hati dapat dibersihkan dengan izin ALLAH SWT


Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.
(Al-Baqarah 2:208)

Saiyidina Ali berkata: "Adapun Allah s.w.t suka di muka bumi ini bejana-bejana; iaitulah hati manusia. Sebaik-baik hati ialah yang bersih, tegas dan lunak. Kemudian beliau menjelaskan pula; Maksudnya, bersih dalam keyakinan, tegas dalam urusan agama, dan lunak dalam pergaulan dangan kaum Muslimin."
Yang dimaksudnya dengan keyakinan, ialah keteguhan dan penguasaan iman di hati, sehingga menimbulkan ketenangan, sebagaimana yang dipohonkan oleh Nabi Ibrahim a.s. kepada Allah Ta'ala sesuai dengan apa yang diceritakan kepada kita oleh Al-Quran: Allah berkata kepada Nabi ibrahim: Apakah engkau tidak percaya? Jawab Nabi Ibrahim: "Bahkan, agar hatiku menjadi tenang." (Al-Baqarah:260)
Kini nyatalah, bahawasanya keyakinan itu puncak keimanan dan kesudahannya.
Dalam sebuah Hadis tersebut: "Keyakinan itu adalah keseluruhan iman."
Lantaran itu, tiada sesuatu yang diturunkan oleh Allah Ta'ala dari langit yang sifatnya lebih mulia dan lebih berharga daripada keyakinan. Memadailah jika keyakinan itu saja menjadi hartabenda manusia.

Sabda Rasulullah s.a.w: "Pohonkanlah keyakinan dan keselamatan dari Allah Ta'ala, kerana tiada sesuatu kurnia yang lebih utama sesudah keyakinan daripada keselamatan."
Yang dimaksudnya dengan tegas dalam agama, ialah berpegang-teguh dengannya serta bersedia membelanya, berani berkat benar walaupun pahit, dan tiada gentar orang untuk mempertahankan yang hak. Dengan sifat inilah, Allah Ta'ala telah memuji pecinta-pecintaNya dalam Al-Quran: "Mereka berjihad (membela) di jalan Allah dan mereka tiada gentar celaan orang yang suka mencela." (al-Maidah:54)
Seterusnya hendaklah anda membaca ayat-ayat yang sebelumnya juga.

Rasulullah s.a.w pernah mensifatkan Saiyidina Umar Ibnul-Khattab dengan sifat yang sama dalam sebuah sabdanya: "Orang yang amat teguh dalam menjalankan perintah Allah ialah Umar. Semua kata-katanya benar, lantaran itu ia tidak punya rakan di antara orang ramai."
Benarlah Saiyidina Umar adalah orang yang amat tegas di antara kaum Muslimin dalam menjalankan perintah Allah s.w.t., dan berpegang teguh dalam menguruskan semua urusan agama, terhadap dirinya sendiri mahupun orang lain. Beliau dijadikan contoh dan tauladan dalam keadilan, dan dalam memerintah mengejarkan kebajikan dan mencegah melakukan kejahatan. Beliau sentiasa berdiri atas yang hak dan benar terhadap rakan dan lawan. Moga-moga Allah Ta'ala redha terhadapnya dan redha terhadapnya dan redha sama terhadap para sahabat Rasulullah s.a.w umumnya.


Read more: http://cahayamukmin.blogspot.com/2008/09/sebaik-baik-hati-yang-bersih-dan-lunak.html#ixzz264zDV6N8




0 comments:

Post a Comment

Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Al-Israa' 17:44)

aku adalah sepertimana sangkaan hambaku dan aku bersama denganya ketika ia mengingati aku .jika ia ingat kepada aku di dalam hatinya ,aku ingat kepadanya di dalam hati ku .dan jika ia ingat kepada ku di khalayak ramai ,nescaya aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai yang lebih baik .dan jika ia mendekati kepada ku sejengkal ,aku pun mendekatinya sehasta .dan jika ia mendekati ku sehasta ,nescaya aku mendekatinya sedepa .dan jika ia datang kepada ku berjalan ,maka aku datang kepadanya sambil berlari
(hadis qudsi riwayat syaikhan dan tarmizi dari abu hurairah ra)

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.(Ar-Ra'd 13:28)

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).(Al-Baqarah 2:152)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts

 

mencari kebenaran Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates