Friday, 14 September 2012

0 tahukah anda persamaan zikir dan memandu ?



...dalam masa yang sama aku mesti memusing stereng kereta untuk membelok
sebelum itu aku harus menyalakan lampu isyarat
gear juga harus ditukar kepada gear rendah supaya kereta tidak tersengguk-sengguk
mana hendak tekan brek mana hendak tekan klac lagi
cermin pandang sisi juga harus dijeling takut-takut ada kenderaan lain di sebelah
tak ketinggalan cermin pandang belakang
semuanya itu aku harus lakukan
tangan bergerak dan kaki juga bergerak serentak

tetapi apabila lama kelamaan kita dah biasa memandu kereta
sambil memandu pun masih boleh 'bersms'
masih boleh makan dan minum
dan yang lebih handal lagi
siap boleh pakai stoking dan gulung rokok

kata 'senior' aku ...
zikir atau mengingat ALLAH SWT di dalam hati juga begitu
pada mulanya memang kekok sebab kita asyik berbual dengan diri sendiri dan dah terbiasa sangat dengan perkara itu
memang akan terputus daripada mengingati ALLAH SWT
sedar-sedar kita dah sembang semula dengan diri kita sendiri
sambung semula berzikir di dalam hati
bila ada masalah sikit terputus lagi zikir
kemudian sambung lagi zikir dalam hati
jalan 'jem' terputus lagi zikir
siap maki hamun pulak tu sebab ada pulak pemandu yang potong 'queue' kita
kemudian sambung lagi zikir dalam hati
begitulah seterusnya bagi yang ingin membersihkan hati iaitu amanah daripada ALLAH SWT kepada kita

malangnya apabila kita tidak pernah melatih hati supaya sentiasa mengingati ALLAH SWT atau berzikir di dalam hati
keadaannya sama seperti kita mula-mula belajar memandu kereta

akan tetapi lama kelamaan
jika kita dah selalu memaksa hati sentiasa mengingati ALLAH SWT di dalam hati
walau apa jua keadaan
hati sentiasa berzikir
cuma diubah-ubah zikirnya mengikut keadaan semasa
klik sini

sambil makan boleh berzikir
sambil mandi pun berzikir
sambil menonton televisyen pun mengingati ALLAH SWT
sampai bila berhenti berzikir di dalam hati
terasa pulak sunyi atau tiada apa yang hendak dibuat

sama jugalah keadaannya seperti kita baru belajar memandu kereta


1. Firman Allah Ta'ala Surah Al-Baqarah 152.......

"Ingatlah kamu kepadaKu nescaya Aku ingat kepadaMu dan bersyukurlah kepadaKu dan jangan kamu mengingkari (nikmat)Ku."

2. Firman Allah Ta'ala Surah Al-Ahzab 41-42.......

"Hai orang-orang yang berIman, berzikirlah (dengan menyebut nama) Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepadaNya di waktu pagi dan petang."

3. Firman Allah Ta'ala Surah Ab-Nisa' 103.......

"Maka apabila kamu telah menyelesaikan solat (mu), ingatlah Allah di waktu berdiri, di waktu berdiri, di waktu duduk dan diwaktu berbaring."

Dan Sunnah yang menjadi dalil dianjurkannya banyak berzikir itu, antara lain :-

1. Hadis At-Turmizi dan Ibnu Majah dan disahihkan oleh Al-Hakim, dari Abu Darda' (marfu')......

"Tiadakah kuberitahukan kepada kamu tentang amalmu yang paling bersih disisi Tuhanmu dan paling tinggi (mengangkat) darjatmu, dan lebih baik bagimu dari (berperang) melawan musuh, lantas kamu memenggal batang leher mereka dan merekapun memenggal batang lehermu?"

Para Sahabat menjawab......."Bahkan."

Rasulullah S.A.W. pun bersabda......."zikurullah."

2. Hadis Muslim dari Abu Hurairah, menyatakan bahawa Rasulullah bersabda.......

"Tiada satu kaum (kalangan) duduk berzikir mengingati Allah pada suatu majlis, melainkan Malaikat mengelilingi dan rahmat meliputi mereka dan Allah mengingat mereka, termasuk orang (yang dekat) disisiNya."

3. Hadis Bukhari.......

"Sesungguhnya bagi Allah itu ada Malaikat yang berkeliling di jalan-jalan, mencari orang-orang yang berzikir. Apabila mereka mendapati satu kaum (kalangan) yang berzikir kepada Allah, mereka berseru......."Ayuh, mari kepada hajat kamu."

Lantas Rasulullah S.A.W. bersabda......"Maka malaikat-malaikat itu mengelilingi (melindungi) mereka dengan sayap-sayapnya sampai ke langit dunia."


0 comments:

Post a Comment

Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Al-Israa' 17:44)

aku adalah sepertimana sangkaan hambaku dan aku bersama denganya ketika ia mengingati aku .jika ia ingat kepada aku di dalam hatinya ,aku ingat kepadanya di dalam hati ku .dan jika ia ingat kepada ku di khalayak ramai ,nescaya aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai yang lebih baik .dan jika ia mendekati kepada ku sejengkal ,aku pun mendekatinya sehasta .dan jika ia mendekati ku sehasta ,nescaya aku mendekatinya sedepa .dan jika ia datang kepada ku berjalan ,maka aku datang kepadanya sambil berlari
(hadis qudsi riwayat syaikhan dan tarmizi dari abu hurairah ra)

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.(Ar-Ra'd 13:28)

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).(Al-Baqarah 2:152)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts

 

mencari kebenaran Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates