hari ini sudah 16 syawal bererti sudah 15 hari kita di tinggalkan oleh bulan ramadhan
bagaimana pula dengan ibadah sunat kita di sepanjang bulan ramadhan yang lalu
adakah kita dapat kekalkan sehingga hari ini atau kita tinggalkan juga bersama ramadhan
sama-samalah kita memeriksa dan perbaharui semula niat kita
"Daripada Aisyah r.ha Nabi Muhammad SAW bersabda
"Wahai manusia lakukanlah amalan mengikut keupayaan kamu .Sesungguhnya ALLAH tidak jemu sehinggalah kamu jemu .Amalan yang paling ALLAH sukai ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit ."
[Riwayat Bukhari dan MUslim]
Sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad) mengetahui bahawasanya engkau bangun (sembahyang Tahajjud) selama kurang dari dua pertiga malam, dan selama satu perduanya, dan selama satu pertiganya; dan (demikian juga dilakukan oleh) segolongan dari orang-orang yang bersama-samamu (kerana hendak menepati perintah yang terdahulu) ...
(Al-Muzzammil 73:20)
Sebenarnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa), dan lebih tetap betul bacaannya.
(Al-Muzzammil 73:6)"Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan .Barang siapa yang hijrahnya menuju kepada ALLAH dan RASULNYA ,maka hijrahnya kepada ALLAH dan RASULNYA .
Barang siapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwini ,maka hijrahnya kearah perkara yang ditujuinya itu ."
[Riwayat Bukhari dan Muslim]
Nabi SAW bersabda
Syaitan mengikat tengkuk seseorang di antara kamu ketika tidur dengan 3ikatan .Dan setiap ikatannya terdapat .."malam yang panjang untukmu ,tidurlah ."
Bilamana kamu bangun dan zikir kepada ALLAH ikatan itu lepas ,bila kamu wuduk ikatan [kedua] terlepas dan ketika solat ikatan ketiga terlepas .
"2rakaat solat yang dikerjakan hamba di malam hari lebih baik daripada dunia seisinya .Andaikan aku tidak kuatir memberatkan umatku ,aku pasti mewajibkan 2rakaat untuk mereka ."
[Riwayat Jabir r.a]
Kata Al Mughirah bin Syu'bah r.a
Rasullallah SAW berdiri [beribadah] malam hari sampai kaki baginda bengkak-bengkak .Ditanyakan kepada baginda ,"bukankah ALLAH sudah menjamin ampunan dosa-dosamu yang dahulu dan yang dosa-dosa yang akan datang ."
Rasullallah SAW menjawab ,"aku hanya ingin menjadi seorang hamba yang bersyukur ."
Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".
(Ibrahim 14:7)
Terdapat beberapa faktor lain yang dapat menjana sikap istiqamah dalam beribadat:
- Ilmu yang mantap tentang ibadah tersebut.
- Bersahabat dengan orang yang istiqamah
- Menghayati sirah orang-orang yang istiqamah
- Mujahadah melawan nafsu5. Doa memohon pertolongan daripada ALLAH SWT
0 comments:
Post a Comment