Sunday, 9 September 2012

0 jangan bertangguh ...




Amal merupakan kekuatan iman dan memiliki nilai yang sangat positif dalam menghadapi tentangan hidup dan segala fitnah yang merebak di dalamnya, jika seseorang menginginkan kebahagiaan hidup yang hakiki. Allah subhanahu wa taala telah menjelaskan hal yang demikian dalam al-Quran:
“Bersegeralah kamu menuju pengampunan Rabb dan kepada syurga yang seluas langit dan bumi yang telah dijanjikan bagi orang-orang yang bertakwa kepada Allah.”
(Ali Imran 3: 133)
Imam as-Sa`dy mengatakan dalam tafsirnya di halaman 115: “Kemudian Allah subhanahu wa taala memerintahkan agar bersegera menuju ampunan-Nya dan menuju syurga seluas langit dan bumi. Lalu bagaimana dengan panjangnya yang telah dijanjikan oleh Maha Pencipta itu kepada orang-orang yang bertakwa? Merekalah yang layak menjadi penduduknya dan amalan ketakwaan itulah yang akan menyampaikan dirinya kepada syurga.”
Jelas melalui ayat ini, Allah subhanahu wa taala menyeru hamba-Nya agar bersegera melakukan amal kebajikan dan mendapatkan keredhaan di sisi Allah, serta berusaha untuk mendapatkan Syurga-Nya. (Lihat Bahjatun Nadzirin 1/169).
Allah berfirman:
“Berlumba-lumbalah kamu dalam membuat kebajikan.”
(Al-Baqarah 2: 148)
Dalam tafsir halaman 55, Imam as-Sa`dy mengatakan: “Perintah berlumba-lumba dalam kebajikan merupakan perintah tambahan bagi melaksanakan kebajikan, kerana berlumba-lumba dalam mengerjakan perintah tersebut dengan sesempurna mungkin dan melaksanakannya dalam segala keadaan dan bersegera kepada-Nya.
Barang siapa yang berlumba-lumba dalam kebaikan di dunia, maka dia akan menjadi orang pertama yang masuk ke dalam syurga kelak pada hari kiamat dan merekalah orang yang paling tinggi kedudukannya.”
Dalam ayat ini, Allah dengan jelas memerintahkan hamba-Nya untuk bersegera dan berlumba-lumba dalam melakukan amal soleh. Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda:
“Bersegeralah kamu menuju amal soleh kerana akan terjadi fitnah-fitnah seperti sebahagian gelapnya malam, di mana seorang mukmin apabila berada pada waktu pagi dalam keadaan beriman maka pada petang harinya menjadi kafir dan jika pada petang hari dia beriman maka pada pagi harinya dia menjadi kafir dan dia menawarkan agamanya dengan harta benda dunia.”
(Hadis sahih riwayat Muslim no. 117 dan Tirmidzi)
Dalam hadis ini terdapat banyak pelajaran, antaranya kewajipan berpegang dengan agama Allah dan bersegera untuk beramal soleh sebelum datang hal-hal yang akan menghalangi kita daripada melaksanakannya. Fitnah pada akhir zaman akan datang silih berganti dan ketika berakhir satu fitnah muncul lagi fitnah yang lain. (Lihat Bahjatun Nadzirin 1/170).
Disebabkan kedudukan amal dalam kehidupan begitu besar dan mulia, maka Allah subhanahu wa taala memerintahkan kita untuk meminta segala yang diperlukan dengan amal soleh. Allah berfirman dalam al -Quran:
“Hai orang-orang yang beriman, mintalah tolong (kepada Allah) dengan penuh kesabaran dan solat. Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang bersabar.”
(Al-Baqarah: 153)

0 comments:

Post a Comment

Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Al-Israa' 17:44)

aku adalah sepertimana sangkaan hambaku dan aku bersama denganya ketika ia mengingati aku .jika ia ingat kepada aku di dalam hatinya ,aku ingat kepadanya di dalam hati ku .dan jika ia ingat kepada ku di khalayak ramai ,nescaya aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai yang lebih baik .dan jika ia mendekati kepada ku sejengkal ,aku pun mendekatinya sehasta .dan jika ia mendekati ku sehasta ,nescaya aku mendekatinya sedepa .dan jika ia datang kepada ku berjalan ,maka aku datang kepadanya sambil berlari
(hadis qudsi riwayat syaikhan dan tarmizi dari abu hurairah ra)

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.(Ar-Ra'd 13:28)

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).(Al-Baqarah 2:152)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts

 

mencari kebenaran Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates