Wednesday, 19 September 2012

3 yang mana satu hendak ditunaikan dahulu ...



Alhamdulilah aku bersyukur kerana dapat menjinak-jinakkan diri dengan solat malam
di dalam usaha aku hendak konsisten atau istiqomah dalam menunaikannya
banyak juga perkara-perkara yang menghalang
aku sedari sebenarnya itu hanya ganguan atau bisikkan syaitan yang hendak gagalkan aku daripada menunaikan solat malam
malangnya aku layani juga ajakkan-ajakkan dari nafsu umarah yang sentiasa mahukan kita supaya ingkar kepada ALLAH SWT dan RASULNYA

contohnya
anak bongsu aku baru berusia tiga tahun
selalunya dia tidur dengan 'ummi' tetapi kadang-kadang dia hendak aku tepukkan dia tidur
aku suka pura-pura tidur sambil menepuknya dengan niat anak aku juga akan turut tidur
dan akhirnya aku yang tidur anak aku tak tidur juga
padahal aku menyedari bahawa jika aku tidur dahulu sebelum menunaikan solat malam
aku pasti terlepas untuk menunaikannya

adakalanya aku keletihan
seawal lepas isya aku dah lelapkan mata
dan aku pasti terjaga pada tengah malam kerana dah cukup tidur
amat sesuailah untuk bangun menunaikan solat malam
malangnya
aku melayan lagi bisikkan nafsu umarah yang membisik
"kalau hendak solat malam mesti solat sunat taubat dahulu ,kerana kau banyak lakukan dosa pada siang hari .lepas tu kau solat sunat hajat pula ,minta supaya ALLAH berikan kekuatan dan keikhlasan di dalam nak beribadah kepadaNya .lepas tu barulah kau solat sunat witir .kalau setakat kau nak solat witir ja baik tak payah ".
dan aku pun dengan senang hati mengikut sahaja cadangan daripada nafsu umarah sambil menarik semula selimut dan menyambung tidur tanpa menunaikan solat malam .

begitu juga ketika kelapangan
tidak salah menunaikan solat malam walaupun belum tidur
kerana waktu untuk menunaikan solat malam adalah selepas isya hingga sebelum subuh .
kerana suka melayan bisikkan nafsu umarah
aku seringkali tidur dahulu dan gagal bangun kerana hendak solat di tengah malam yang kununnya lebih afdal

aku terlupa
sebenarnya yang ALLAH SWT mahukan ialah
ikhlas dan istiqomah

di sini nampak betapa aku mengutamakan kehendak diri aku sendiri
daripada aku mengutamakan kehendak ALLAH SWT DAN RASUL
kerana aku mesti sentiasa selaraskan kehendak aku mengikut kehendak ALLAH SWT dan RASUL


"Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu!
(Yaa Siin 36:60)


Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.
(Al-Baqarah 2:208)

Sebagaimana dalam hadis Nabi SAW:
 “Orang yang berjihad ialah orang yang melawan nafsunya” 
HR Tirmizi (no: 1621). Katanya: Hadis Hasan Sahih. 

"Jihad yang paling utama adalah jihad seseorang melawan hawa nafsunya ".
(HR Abu Nu'aim dan Abu an Najjar dari Abu Dzar r.a)








3 comments:

  1. Alhamdulillah...kalau kita mampu melawan, kita adalah insan yg patut bersyukur kerana, Allah sentiasa bersama kita, sama2 kita perbaiki diri InsyaAllah

    ReplyDelete
  2. Cantik di matamu..

    Belum tentu cantik pada sang MATA..

    Renungkan..

    ReplyDelete
  3. baru2 ni aku ada terbaca satu artikel pasal matahari akan terbit dari barat yg dikeluarkan oleh NASA

    sebelum terlambat
    sebelum datangnya kiamatul qubro
    jom kita pakat2 bertaubat

    ReplyDelete

Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Al-Israa' 17:44)

aku adalah sepertimana sangkaan hambaku dan aku bersama denganya ketika ia mengingati aku .jika ia ingat kepada aku di dalam hatinya ,aku ingat kepadanya di dalam hati ku .dan jika ia ingat kepada ku di khalayak ramai ,nescaya aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai yang lebih baik .dan jika ia mendekati kepada ku sejengkal ,aku pun mendekatinya sehasta .dan jika ia mendekati ku sehasta ,nescaya aku mendekatinya sedepa .dan jika ia datang kepada ku berjalan ,maka aku datang kepadanya sambil berlari
(hadis qudsi riwayat syaikhan dan tarmizi dari abu hurairah ra)

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.(Ar-Ra'd 13:28)

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).(Al-Baqarah 2:152)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts

 

mencari kebenaran Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates