Sunday, 20 November 2011

0 cara paling berkesan nak menentang dajal

bukan aku nak kata ustaz ustaz di luar sana tak bagus
dan aku pulak tak bertauliah nak cakap pasal agama
cuma aku sangat tak puas hati apabila ustaz ustaz cakap pasal bertakwa kepada ALLAH swt
menyeru kita supaya kembali kepada ALLAH swt
mentaati ALLAH swt dan menjauhi segala larangan ALLAH swt  dan RASUL nya



masalah nya ustaz ustaz selalu tidak menyatakan bagaimana caranya yang berkesan
kerana aku dahulu seorang yang sangat engkar kepada ALLAH swt
apabila aku pergi solat jumaat aku mendengar khutbah hanya sebagai syarat
kekadang tak ingat pun apa yang aku dengar masa khutbah jumaat
dan aku selalu tercari cari bagaimana cara yang paling sesuai supaya aku dapat mentaati segala perintah ALLAH swt dan kekasihnya

kerana aku orang muda
aku tak mahu jika aku beragama aku mesti memakai jubah memakai sarban memakai celak di mata
aku nak beragama tetapi aku masih boleh meneruskan aktiviti aktiviti yang aku gemari selagi tidak melanggar hukum syarak
kerana aku percaya bahawa islam itu tidak mengongkong seseorang itu ,selagi berlandaskan al quran dan hadis kita bebas buat apa sahaja asalkan ia tidak melalaikan kita daripada mengingati ALLAH swt

surah ali imran 3:103
dan berpegang lah kamu sekalian dengan tali ALLAH ,dan jangan lah kamu berpecah belah ,dan ingat lah nikmat ALLAH atas kamu ,ketika kamu bermusuh musuhan ,lalu ia jinakkan antara hati hati kamu ,lantas dengan nikmat nya kamu jadi bersaudara ,padahal dahulunya kamu di atas pinggir lubang neraka ,tetapi ia selamat kan kamu daripadanya .demikian lah ALLAH menerangkan ayat ayat nya kepada kamu mudah mudahan kamu dapat petunjuk .

huraiannya
untuk agama ALLAH swt iaitu islam itu bangkit akhir akhir zaman untuk mengembalikan kegemilangan islam ,untuk menegakkan hukum dan rukun ALLAH swt di seluruh alam ini ,untuk menegakkan hak ALLAH swt dan RASUL nya di muka bumi ini ,untuk mengembalikan pemerintahan ALLAH swt atau kerajaan ALLAH swt ,untuk membebaskan ummah dari perhambaan dajal dan sekutu sekutunya dan untuk membawa ummah kembali mentauhidkan ALLAH swt ,umat islam tiada lain pilihan kecuali satu iaitu kembali bersatu bukan dengan dengan politik ,kebangsaan ,kaum ,pakatan atau apa jua bentuk ,hanyalah dengan penyatuan hati atau ukhwah hati .sebagaimana firman ALLAH swt dalam surah ali imran ayat 103 di atas .itu lah kaedahnya ,jalan sebagaimana di kehendaki ALLAH swt dan telah di laksanakan ,di amalkan ,di praktikkan  oleh junjungan besar nabi muhammad saw 1400 tahun dahulu .tiada cara lain .yakinlah

ukhwah rasa kasih sayang sesama islam itu akan lahir di hati hati manusia apabila hati manusia itu jinak .hati itu jadi jinak apabila hati itu banyak mengingati ALLAH swt atau berzikrullah

al bakarah 2:152
lantaran itu INGATLAH KEPADAKU ,nescaya aku ingat kepada kamu ,dan hendaklah kamu syukur kepada ku ,dan jangan lah kamu lupa budi ku

al ra'ad 13:28
yang beriman dan tenteram hatinya LANTARAN INGAT KEPADA ALLAH ,ketahuilah ! dengan INGAT KEPADA ALLAH lah ,bisa tenteram hati (manusia)

al ahzab 33:21
sesungguhnya adalah bagi kamu pada (diri) rasullallah itu satu tauladan yang baik ,bagi orang yang percaya kepada ALLAH dan hari kemudian dan INGATLAH ALLAH (ingatan) yang BANYAK

al jumaah 62:10
dan INGATLAH akan ALLAH SEBANYAK BANYAKNYA ,mudah mudahan kamu menang

ali imran 3:190-191
orang yang berakal itu ,ialah yang MENGINGAT ALLAH sambil  berdiri duduk dan berbaring

an nisa 4:103
lantas apabila kamu telah selesai solat hendaklah kamu INGAT akan ALLAH sambil berdiri duduk dan berbaring  

al araf 7:205
dan SEBUTLAH TUHANMU DALAM HATI dengan merendah diri dan takut ,dan dengan tidak keras suara ,pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau jadi daripada orang orang yang lalai

al ahzab 33:35
sesungguhnya laki laki dan perempuan yang muslim (hingga) laki laki dan perempuan  yang BANYAK INGAT KEPADA ALLAH ,ALLAH sediakan untuk mereka keampunan dan ganjaran yang besar

ALLAH swt telah anugerahkan suatu kedudukan yang istimewa kepada yang mengingatinya .nabi saw bersabda ahli abid itu telah mengatasi semuanya ,mereka bertanya ,siapakah orang orang yang teristimewa itu ,oh nabi ALLAH ? baginda menjawab ,iaitu laki laki dan perempuan yang INGAT ALLAH tak putus putus -muslim

abu musa melapurkan ,perumpamaan orang orang yang mengingati ALLAH swt dan yang tidak mengingatinya adalah antara suatu yang hidup dan yang mati -bukhari

-zikir yang paling utama
-istigfar dan taubat

an nur 24:31
dan bertaubatlah kamu kepada ALLAH hai orang orang yang beriman  semoga kamu berjaya

hud 11:3
minta ampun kepada tuhanmu dengan beristigfar dan kembali kepadanya

at tahrim 66:8
hai orang orang yang beriman ,taubatlah kamu kepada ALLAH dengan taubat yang ikhlas

abu hurairah r.a berkata saya telah mendengar rasullallah saw bersabda ,demi ALLAH sesungguhnya saya membaca istigfar dan taubat kepada ALLAH setiap hari lebih dari tujuh puluh kali -bukhari

al agharrbi yassar al muzani r.a berkata ,rasullallah saw bersabda ,hai sekalian manusia bertaubatlah kamu kepada ALLAH dan istigfar kepadanya  maka sesungguh saya bertaubat setiap hari seratus kali -muslim

-selawat
al ahzab 33:56
sesungguhnya ALLAH dan para malaikatnya berselawat atas nabi .hai orang beriman selawatlah atasnya dan ucaplah salam dengan salam yang sempurna

abdullah bin amr bin al as r.a meriwayatkan rasullallah saw bersabda ,barang siapa berselawat kepadaku dengan satu selawat nescaya ALLAH dan para malaikatnya berselawat keatasnya dengan sepuluh selawat -muslim

rasullallah saw bersabda ,sesungguhnya selawat terhadap nabi saw termasuk yang memberatkan timbangan-muslim

-kalimah tauhid (la ilaha illallah muhammad ar rasullallah)
sabda nabi saw ,kalau sekiranya tujuh petala langit dan bumi dan segala isinya di  letakkan pada satu piring timbangan sedang kalimah tauhid di letakkan pada sebelah lain ,nescaya kalimah tauhid itu akan melebihi berat langit dan bumi

dari abu hurairah r.a sabda nabi saw ,orang yang paling bahagia mendapat syafaatku di kiamat kelak ialah orang yang mengucapkan kalimah tauhid dengan ikhlas-bukhari

sabda nabi saw ,barang siapa mengucapkan kalimah tauhid dengan ikhlas dari hatinya nescaya ia masuk syurga

ALLAH swt berfirman dalam hadis qudsi  dari ali bin abi talib ,kalimah tauhid adalah benteng pertahananku ,barang siapa yang memasuki syurga ia aman dari siksaanku-hqr abu naim ibnu najjar ibnu asakir

dari muadz bin jabal nabi saw bersabda ,anak kunci syurga itu ialah itikad dan ikrar kalimah tauhid -al bazzar dan ahmad

akhir sekali perbanyakkanlah mengingati ALLAH swt dengan istigfar dan selawat dan kalimah tauhid dengan penuh KEIKHLASAN kerana ALLAH swt memerintahkan kita agar IKHLAS dalam itikad dan ibadah .amal tanpa IKHLAS itu tiada nilai di sisi ALLAH swt

al bayinnah 98:5
padahal tidak mereka diperintahkan melainkan supaya mengabdi kepada ALLAH dengan mengIKHLASkan agama kerananya

al mukmin 40:14
maka kamu sembahlah ALLAH swt serta mengIKHLASkan agama kepadanya meskipun benci orang orang kafir

az zumar 39:11
katakanlah sesungguhnya aku di suruh supaya  aku menyembah ALLAH serta mengIKHLASkan agama baginya

az zumar 39:14
katakanlah hanya ALLAH aku sembah serta mengIKHLASkan agamaku baginya

firman ALLAH swt dalam hadis qudsi
akulah sebaik baik teman .barang siapa mempersekutukan aku  bersama yang lain dia di serahkan kepada teman itu .wahai sekalian manusia  beramallah dengan IKHLAS KERANA ALLAH kerana sesungguhnya ALLAH tidak akan menerima amal seseorang kecuali amal yang berdasarkan IKHLAS kerananya-hqr bazaar sumber ad diahhak

sabda nabi saw ,BERTULUS IKHLASLAH dalam melaksanakan agamamu nescaya amalmu yang sedikit itu cukup untukmu-abu dawud hakim

wallahhualam

inshaallah ....




0 comments:

Post a Comment

Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Al-Israa' 17:44)

aku adalah sepertimana sangkaan hambaku dan aku bersama denganya ketika ia mengingati aku .jika ia ingat kepada aku di dalam hatinya ,aku ingat kepadanya di dalam hati ku .dan jika ia ingat kepada ku di khalayak ramai ,nescaya aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai yang lebih baik .dan jika ia mendekati kepada ku sejengkal ,aku pun mendekatinya sehasta .dan jika ia mendekati ku sehasta ,nescaya aku mendekatinya sedepa .dan jika ia datang kepada ku berjalan ,maka aku datang kepadanya sambil berlari
(hadis qudsi riwayat syaikhan dan tarmizi dari abu hurairah ra)

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.(Ar-Ra'd 13:28)

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).(Al-Baqarah 2:152)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts

 

mencari kebenaran Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates