Thursday, 3 November 2011

0 kita main agak agak pulak ...


agak agak la kalau kereta baru kita ubah suai sana ubah suai sini
lama kelamaan akan menjejaskan tak sistem asal kereta tersebut, dan kereta tersebut akan rosak atau tidak
apabila dah rosak
jika kita hendak dapatkan semula sentuhan asal seperti keluar dari kilang
kita mestilah pergi ke kilang asal untuk perbaikinya
kerana hanya pembuat kereta tersebut yang tahu membetulkan kerosakkan dengan tepat



sama juga dengan masakan
agak agak la jika kita pandai pandai menokok tambah pada masakan yang dah sedap dan secukup rasa
masakan tersebut akan jadi lain tak rasanya atau akan rosak tak masakan tersebut
kerana yang memasak itu adalah seorang tukang masak yang sangat handal seantero dunia
kenapa kita yang tak tahu apa apa ni pandai pandai nak main tambah tambah pulak ikut sesuka hati sendiri dalam sesuatu pekara yang kita tak arif
kan lebih baik makan ja terus dan menikmati hidangan tersebut
sama juga dengan kereta tadi
kan lebih baik guna ja seperti mana  keadaan asal keluar dari kilang

kalau ada yang beralasan nak kereta sukan tu
tak reti reti nak kumpul duit dan terus beli yang sukan
kalau dah tak ada duit tu buat la cara tak ada duit
jangan ikut kan nafsu

sama la dengan kita sebenarnya yang suka mengikut nafsu yang kita sendiri tak kenal yang selalu bercakap cakap kat dalam diri kita sendiri
kita ingatkan kita berfikir
walhal kita sedang berdialog dengan diri kita sendiri
itu lah bahayanya
bahayanya ialah kita akan ujud sikap keakuan
iaitu sikap yakin pada diri sendiri dan bukanya yakin pada ALLAH swt
kerana dalam setiap pekara kita akan merujuk hanya pada diri kita sendiri yang kita tak kenal sebenarnya
kita dah terlupa hendak merujuk kepada ALLAH swt al quran atau hadis atau bermohon petunjuk daripada ALLAH swt
sifat ini juga akan menjadikan kita syirik kepada ALLAH swt iaitu syirik khafi (tersembunyi)
dan sebab itu lah kita mesti sentiasa mengingati ALLAH swt didalam hati
apabila kita banyak berzikir pada ALLAH swt didalam hati
secara automatik kita akan berhenti bercakap dengan diri kita sebenarnya
dan apabila dalam kesulitan kita akan terus bermohon pada ALLAH swt untuk cari jalan penyelesaian kerana kita dah terbiasa mengingati ALLAH swt didalam hati

cuba
berhenti baca entri
dengar apa dalaman kita berkata
dan cuba banyakkan berzikir
dengan pula apa dalaman kita berkata

kerana kejadian kita pada empat bulan didalam kandungan ibu kita ALLAH swt telah tiupkan sebahagian roh nya pada kandungan ibu kita dan beserta dengan qarin (teman/umarah)
qarin itu lah yang kita tak kenal dan yang selalu kita berbual sebenarnya
hanya dengan banyak mengingati ALLAH swt sahaja dapat membezakan antara ajakan yang baik dan ajakan yang buruk

asasnya tetap pada apa yang disampaikan oleh junjungan besar kita muhammad saw daripada wahyu ALLAH swt iaitu al quran 30 juzuk
kerana sifat para nabi ialah menyampai kalimah ALLAH swt
bukannya mengajar
sebab itu jika nabi saw mengajar tentu lah al quran itu akan menjadi lebih daripada 30 juzuk
tetapi sikap kita zaman sekarang ini yang suka menyangka dah pandai
suka suka ja menokok tambah didalam hukum hakam ALLAH
malah ada yang tak mahu ikut atau laksanakan terus pun ada

itu lah hebatnya kita pada zaman ini
jika ALLAH swt dah berfirman didalam al quran
aku telah sempurnakan agama islam sebagai agama ku
maka kita harus ikut sahaja sebagaimana nabi saw tunjukkan melalui hadis hadis dan sirah
pasti akan rosak agama islam jika kita pandai pandai menokok tambah
jika didalam al quran ALLAH swt firman pasal hudud maka laksanakanlah hudud
dan jika yang tidak ada ALLAH swt berfirman didalam al quran jangan lah kita buat pulak
sama juga dengan al hadis
jika didalam hadis ada nabi saw bersabda ,kita ikut lah
dan jika tak ada nabi saw bersabda ,jangan lah kita pandai pandai adakan pulak

disebabkan hati yang dikuasai oleh umarah (qarin) kerana tidak mengingati ALLAH swt
kalau berzikir pun bukanya ikhlas tetapi mengharapkan sesuatu
tak ada maknanya
masalah hati lah kita dizaman sekarang
dah tak ada orang yang tekan kan pasal kebersihan hati pasal menjaga hati
kerana hati itu ialah raja didalam badan manusia
jika hati itu rosak maka rosak lah keseluruhan perwatakkan manusia itu
kerana sesuatu niat datang dari hati
barulah perlaksanaan terjadi
seperti niat nak lakukan pekara baik seperti nak solat maka tubuh badan akan laksanakan solat
dan jika niat nak lakukan maksiat pasti tubuh badan akan laksanakan maksiat
disinilah pentingnya mengingati ALLAH swt didalam hati setiap masa
kerana hanya dengan banyak mengingati ALLAH swt sahaja hati akan menjadi tenang
baru lah niat niat yang baik akan terlaksana

aku teringat satu sirah selepas perang badar kalau tak salah
para sahabat sedang bergembira kerana telah menang didalam peperangan tersebut
tetapi rasullallah bersabda
jangan kamu gembira dahulu
kenapa tanya salah seorang sahabat ,bukankah kita telah menang didalam peperangan dan hampir syahid
bersabda lagi baginda saw
ada lagi jihad yang labih besar
terkejut para sahabat mendengar kata kata rasullallah bahawa ada jihad yang lebih besar daripada syahid dalam peperangan
jadi bertanya lagi para sahabat kepada baginda saw
jihad apakah ya rasullallah
jawab baginda rasullallah
jihad akhbar iaitu jihad melawan hawa nafsu sendiri

terang terang kita boleh nampak pada zaman sekarang ini
anak anak muda yang rosak akhlak bercampur tak kira muhrim
semuanya daripada didikkan ibu bapa
jika ibu bapa sendiri tak amalkan
bagaimana nak sampaikan pula kepada anaknya
jadi dibiarkan sahaja anaknya mengikut arus sosial semasa

tak rumit sebenarnya
kita mulakan dengan diri kita dahulu
perbanyakkan mengingati ALLAH swt didalam hati disamping menjaga solat fardu
buatlah dengan ikhlas tanpa mengharapkan sesuatu hanya mengharapkan rahmat dan redha dari ALLAH swt sahaja
inshaallah hala tuju kita akan dilorong oleh ALLAH swt
lepas itu barulah kita ajak isteri kita suami kita  kemudian anak anak kita mak ayah dan mentua kita
jika lagi semangat
ajaklah jiran jiran kita dan seterusnya sekampung kita ajak
baru lah islam akan tertegak

maka marilah kita kembali kepada ALLAH swt kerana kita dah rosak
hanya dengan mendekatkan diri kepada ALLAH sahaja dapat membetulkan diri kita yang tak betul ini
kerana ALLAH swt yang ciptakan kita
jadi kepada nya lah kita kembali mencari rahmat dan redha
bukanya rahmat dan redha dari makhluk


komen lah jika ada yang tak berkenan ya

wallahualam

inshaallah

   

0 comments:

Post a Comment

Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Al-Israa' 17:44)

aku adalah sepertimana sangkaan hambaku dan aku bersama denganya ketika ia mengingati aku .jika ia ingat kepada aku di dalam hatinya ,aku ingat kepadanya di dalam hati ku .dan jika ia ingat kepada ku di khalayak ramai ,nescaya aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai yang lebih baik .dan jika ia mendekati kepada ku sejengkal ,aku pun mendekatinya sehasta .dan jika ia mendekati ku sehasta ,nescaya aku mendekatinya sedepa .dan jika ia datang kepada ku berjalan ,maka aku datang kepadanya sambil berlari
(hadis qudsi riwayat syaikhan dan tarmizi dari abu hurairah ra)

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.(Ar-Ra'd 13:28)

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).(Al-Baqarah 2:152)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts

 

mencari kebenaran Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates