Friday, 11 November 2011

0 pendidikkan bagaimanakah yang diperlukan

semuanya bermula daripada diri kita sendiri
jika sikap kita ingin mencari rahmat dan redha ALLAH swt pasti lah kita akan sentiasa berusaha memperbaiki sikap kita dan akan cuba menyampaikan kepada keluarga kita
tentulah kita akan pastikan keluarga kita tidak tersasar daripada landasan perintah ALLAH swt dan RASULnya
kerana didalam keluarga adalah menjadi tanggungjawab lelaki memimpin hala tuju keluarganya
dan lelaki juga akan disoal oleh ALLAH swt kelak kerana isteri dan anak anak adalah menjadi amanah kepada lelaki bergelar suami


apabila menjadi amanah bererti kaum lelaki yang berkahwin dan mempunyai keluarga mestilah memastikan amanah yang diberikan oleh ALLAH swt kepadanya terjaga mengikut kehendak kehendak ALLAH swt dan RASULnya
bukanya ikut suka atau  mengikut arus sosial semasa
dan jika kaum lelaki dan bapa ini sedar yang dia sedang memikul satu tugas yang sangat berat dari ALLAH swt
maka hendaklah kaum lelaki dan bapa ini menimba pengetahuan supaya tanggungjawab memelihara amanah tadi tidak terabai atau gagal

masalah anak anak nakal berpunca daripada ibu bapa sendiri yang tidak menekankan pendidikan agama dirumah
mungkin ibu bapa sendiri tidak mengamalkan konsep islam yang betul dirumah
jadi apabila anak anak yang masih bersekolah rendah dah pandai merokok
jangan lah kita salahkan budak itu dan tak perlulah kita jumpa tok bomoh untuk buat air supaya budak itu dapat berhenti merokok
kan dah jadi syirik kepada ALLAH swt
kononnya ikhtiar apabila ditanya dia berjumpa dengan bomoh itu
itu lah syirik dan sudah menjadi sebati dengan adat resam orang melayu dan teramat sukar nak pisahkan
kerana kita dah terbiasa dengan tok bomoh sejak dari kecil lagi

senang aja kerana syirik itu ialah meminta pertolongan selain daripada ALLAH swt dan mempercayai ada kuasa selain daripada ALLAH swt
aku sendiri pun sama sejak daripada kecil aku terdedah dengan suasana begini dan aku tidak ajar supaya takut kepada ALLAH swt malah aku lebih takut hantu
aku juga tidak diajar supaya berdoa kepada ALLAH swt apabila dalam kesusahan atau memerlukan sesuatu
pada aku dahulu jika solat sunat hajat itu hanya layak dilakukan oleh orang orang surau atau masjid kerana orang awam macam aku ni tak layak sebab aku tak cukup alim
aku menganggap solat sunat hajat atau solat sunat lain lain itu jika hendak lakukan mestilah kita ini dah jadi orang alim
semuanya kerana aku tidak ditekankan dengan pendidikan agama

nampak tak hanya dengan sedikit penekanan agama jika diabaikan terus jatuh syirik kepada ALLAH swt
pada kaum ibu pasti akan lebih terasa kerana mereka mengandungkan anak membesarkan anak dan sebagainya
tiba tiba si anak tadi balik rumah dan cakap 'ibu ,mak si polan itu lebih pandai masak dan lebih pandai menjaga saya la ibu'
pada masa itu barulah si ibu tadi dapat merasakan betapa kecewanya kerana anak yang dikandungnya sendiri
yang dengan susah payah si ibu tadi membesarkan si anak tadi tetiba si anak memuji mak orang lain
begitu juga dengan sikap ALLAH swt kerana sikap kita ini dipinjamkan oleh ALLAH swt sedikit daripada sikap ALLAH swt
sebab itu ALLAH swt sangat tak dapat bertolak ansur jika makhluknya menduakanya
dan pekara ini juga terjadi pada aku sewaktu isteri aku pergi kursus
aku buatkan susu untuk anak aku tetapi anak aku tak mahu minum
aku pelik juga selang beberapa hari anak aku asyik tak mahu aja minum susu
aku pun bertanya la dengan pengasuh yang menjaga anak anak aku
berapa sukatan susu yang dia buat dan bagaimana
apabila tiba dirumah anak aku tak mahu juga minum juga susu
aku bertanya lagi dengan pengasuh anak aku minum susu tak dirumah dia
minum katanya
disitu aku menjadi kecewa kerana anak aku sendiri lebih sukakan susu buatan pengasuhnya daripada susu yang dibuat oleh bapanya sendiri

itulah sebabnya kenapa kita sebagai ibu bapa mesti menuntut ilmu agama supaya kita sendiri dan keluarga kita tidak menduakan ALLAH swt atau tidak syirik kepad ALLAH swt
 
p/s aku balik kampung raya baru ni  ,anak sepupu aku baru tingkatan satu rasanya dah mula menghisap rokok dan mak sedara aku pergi jumpa tok bomoh supaya budak tu berhenti isap rokok

komen jika ada yang tak kena ya 

wallahhualam

inshaallah

0 comments:

Post a Comment

Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Al-Israa' 17:44)

aku adalah sepertimana sangkaan hambaku dan aku bersama denganya ketika ia mengingati aku .jika ia ingat kepada aku di dalam hatinya ,aku ingat kepadanya di dalam hati ku .dan jika ia ingat kepada ku di khalayak ramai ,nescaya aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai yang lebih baik .dan jika ia mendekati kepada ku sejengkal ,aku pun mendekatinya sehasta .dan jika ia mendekati ku sehasta ,nescaya aku mendekatinya sedepa .dan jika ia datang kepada ku berjalan ,maka aku datang kepadanya sambil berlari
(hadis qudsi riwayat syaikhan dan tarmizi dari abu hurairah ra)

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.(Ar-Ra'd 13:28)

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).(Al-Baqarah 2:152)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts

 

mencari kebenaran Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates