Monday, 14 November 2011

0 mulakanlah sekarang

aku singgah farmasi guardian tengah hari tadi nak beli uphamol 650 kerana di serang migrain
masa aku baru aja masuk pintu premis itu aku ternampak ada tiga orang budak perempuan
dalam linkungan 9-10 tahun
seorang daripada nya  berdiri depan kaunter dan lagi dua orang jauh sikit daripada kaunter
di kaunter pulak tak orang juruwang

maka si budak tadi pun mengambil barang dan masukan kedalam kocek nya tanpa membuat pembayaran
apabila mak nya datang dari sebelah dalam premis dan bertanya kepada anak anak nya
kamu semua nak apa apa ...
semua anak anaknya menjawab tak nak apa apa mak ...



itu lah akibatnya apabila kita tidak mendidik anak anak di rumah dengan menekankan ilmu agama
kita tak pernah melatih diri kita mengamalkan amal makruh dan nahi mungkar iaitu
mengajak yang baik dan mencegah yang mungkar
kerana islam itu bermula daripada kita yang mengamalkanya
kerana islam itu agama praktik iaitu buat baru tahu dan tak buat tak tahu

bukanya pergi jumpa tok bomoh mintak air untuk budak jadi baik
bukanya harapkan budak dah belajar disekolah dan kita ibu bapa boleh lepas tangan
dah la lepas tangan tak mengajar anak anak ilmu agama
yang si ibu bapa pun tak pernah nak dalami ilmu agama untuk diri sendiri

mungkin dah rasa selesa dengan apa yang dah di kecapi sekarang ini
mungkin pada nya jika dah solat lima waktu dah okey la tu
tapi dia periksa tak qualiti solatnya bagaimana
adakah solat nya dapat mencegah nya daripada fahsyak dan mungkar

atau mungkin dah rasa selesa kerana dah berpendapatan besar
tapi adakah itu menandakan yang kita berada di dalam rahmat dan redha ALLAH swt
kerana di murah kan rezeki dengan banyak  duit

hidup kita ini mesti ada tujuan atau hala tuju
tak salah kita memilih dunia tetapi jangan di pinggirkan hal akhirat
kerana dunia itu umpama jambatan menuju akhirat
jadi bila menuju ke sesuatu destinasi kita mestilah membawa bekal
sama saja jika kita nak balik kampung  tu pasti kita akan membeli makanan ringan untuk di jamah semasa dalam perjalanan dan kita mesti pastikan dahulu bajet yang cukup baru kita balik kampung
sama juga perjalanan menuju alam kekal kita di akhirat ,kita mesti sentiasa selaraskan kehendak kita dengan kehendak ALLAH swt dan RASULnya didalam kita menjalani kehidupan seharian

bagaimana jika nyawa kita di cabut lebih awal sedangkan kita belum membuat persiapan yang cukup
kerana kita tak tahu dan siapa pun tak tahu bila dia akan mati meninggalkan dunia yang fana ini
kerana jika nak balik kampung kita akan memastikan bajet yang cukup baru kita balik ke kampung
akan tetapi jika nak mati adakah kita akan tunggu ibadah dah cukup baru kita nak mati
atau nak tunggu tua dulu baru nak mula beribadah

itu semua mainan syaitan yang tak pernah berhenti mengajak kita supaya kufur kepada ALLAH swt
supaya dia ada kawan di dalam neraka kelak
jadi tak payah lah kita nak tunggu tua dahulu baru nak mula beribadah baru nak berjinak jinak dengan tikar sejadah baru nak pegang tasbih
mula lah sekarang
kerana hanya dengan banyak mengingati ALLAH swt sahaja hati akan menjadi tenang
mengingati ALLAH swt itu samada bersolat atau pun berzikir
yang paling penting ialah keIKHLASan
buat sahaja kerana ALLAH swt dan tidak mengharakan apa apa ganjaran
kecuali mengharapkan hanya rahmat dan redha dari ALLAH swt

wallahhualam

inshaallah ...  

komen jika ada yang salah ya

0 comments:

Post a Comment

Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Al-Israa' 17:44)

aku adalah sepertimana sangkaan hambaku dan aku bersama denganya ketika ia mengingati aku .jika ia ingat kepada aku di dalam hatinya ,aku ingat kepadanya di dalam hati ku .dan jika ia ingat kepada ku di khalayak ramai ,nescaya aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai yang lebih baik .dan jika ia mendekati kepada ku sejengkal ,aku pun mendekatinya sehasta .dan jika ia mendekati ku sehasta ,nescaya aku mendekatinya sedepa .dan jika ia datang kepada ku berjalan ,maka aku datang kepadanya sambil berlari
(hadis qudsi riwayat syaikhan dan tarmizi dari abu hurairah ra)

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.(Ar-Ra'd 13:28)

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).(Al-Baqarah 2:152)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts

 

mencari kebenaran Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates