Thursday, 24 November 2011

0 fikirkanlah

aku  menghalau pelanggan dek kerana menegur aku memakai tali macam gelang di tangan
pandai pulak dia nak bersyarah dekat aku pasal agama
dah la barang yang dia tanya tadi dia tak mahu beli
letih aku menerangkan satu persatu

itu lah sikap aku satu masa dahulu yang panas baran tak tentu pasal
bukanya reti nak sabar atau renung dahulu kenapa sesuatu pekara terjadi pada diri aku
suka sangat melenting tanpa berfikir panjang
dalam nak membuat sesuatu keputusan aku selalu terburu buru
akhirnya aku selalu mendapat musibah hasil daripada keputusan aku yang berlandaskan nafsu itu



itu lah akibatnya apabila bertuhankan nafsu
aku tidak pernah memikirkan bahawa setiap kejadian yang menimpa diri aku adalah teguran daripada ALLAH swt secara tak langsung
dalam ALLAH swt menegur aku melalui orang lain pun aku masih sombong
tak mahu menerima teguran
sedangkan ada hadis dari nabi ,terimah teguran walaupun ianya datang dari seorang budak
akibat daripada hati yang tidak pernah di didik tidak pernah di isi dengan zikrullah

banyak pekara dalam kehidupan kita yang selalu ALLAH swt menyentap nikmat kununnya di dunia
akan tetapi kita tidak sedar dan terus mengulangi pekara yang sama dan masih tidak mahu tunduk kepada ALLAH swt dan kekasihnya
kerana kita menyangka bahawa dengan usaha diri kita sendiri lah kita berjaya hingga ke tahap sekarang
bukanya dengan rahmat dan redha dari ALLAH swt atau kasih sayang ALLAH swt kepada hambanya

aku selalu memandang hina pada orang yang penampilan yang kurang kemas
walhal itu lah ALLAH swt menzahirkan pada aku bahawa itu lah diri aku sebenarnya
dengan muka yang hitam tidak ada nur cahaya ALLAH
itu lah cermin diri yang ALLAH swt tunjukan pada kita
tetapi kita selalunya tidak memandang orang itu adalah 'reflek' dari diri kita yang ALLAH swt zahirkan

jadi marilah kita selalu mencerca diri kita sendiri daripada kita seronok dengan pujian daripada orang ramai
kerana hanya dengan selalu menganggap diri itu teruk lah baru kita akan selalu bermohon pertolongan  kepada ALLAH swt dalam setiap pekara dan kita akan selalu cuba memperbaiki diri kita yang lemah dan daif ini
tetapi jka kita merasakan yang diri kita dah sempurna
habis lah
apa lagi yang kita nak minta tolong kerana kita dah ada semuanya

komen ...

wallahhualam ...

inshaallah ...



0 comments:

Post a Comment

Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Al-Israa' 17:44)

aku adalah sepertimana sangkaan hambaku dan aku bersama denganya ketika ia mengingati aku .jika ia ingat kepada aku di dalam hatinya ,aku ingat kepadanya di dalam hati ku .dan jika ia ingat kepada ku di khalayak ramai ,nescaya aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai yang lebih baik .dan jika ia mendekati kepada ku sejengkal ,aku pun mendekatinya sehasta .dan jika ia mendekati ku sehasta ,nescaya aku mendekatinya sedepa .dan jika ia datang kepada ku berjalan ,maka aku datang kepadanya sambil berlari
(hadis qudsi riwayat syaikhan dan tarmizi dari abu hurairah ra)

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.(Ar-Ra'd 13:28)

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).(Al-Baqarah 2:152)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts

 

mencari kebenaran Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates