Sunday, 6 November 2011

0 selamat hari raya aidiladha


Nabi Ismail menjawab: “Wahai ayahku, kerjakanlah apa yang diperintahkan. Insya-Allah
ayah akan mendapatkan aku sebagai orang yang sabar, iaitu terhadap apa yang
diperintahkan kepada ayah untuk menyembelih aku.”
Tatkala Nabi Ibrahim mendengar kata-kata puteranya, baginda tahu bahawa doanya
kepada Allah sudah dikabulkan iaitu: “Rabbi Hablii Minash Shalihiin (Ya Tuhanku,
berikanlah kepada anak yang soleh).”

Kemudian Nabi Ismail berkata kepada ayahnya: “Wahai ayah, aku sampaikan beberapa
pesan kepada ayah. Hendaklah ayah mengikat tanganku supaya aku tidak bergerak-gerak
yang mungkin menyakitkan ayah;
“Hendaklah wajahku dihadapkan ke tanah supaya ayah tidak melihat lalu menimbulkan
kasih sayang ayah kepadaku;
“Hendaklah ayah melipatkan kain ayah supaya tidak tercemar dengan darah, meskipun
sedikit hingga mengurangi pahala aku dan mungkin juga diketahui oleh ibu sehingga dia
menjadi susah.
“Hendaklah ayah menajamkan pisau ayah, lagi pula mempercepatkan jalannya di atas
leher aku, supaya tidak terlalu sakit kerana mati itu sakit sekali.
“Hendaknya ayah membawa bajuku kepada ibu sebagai tanda kenangan daripadaku serta
sampaikan salam aku kepadanya dan katakan kepadanya: ‘Bersabarlah engkau terhadap
perintah Allah’ dan jangan ayah beritahukan kepadanya bagaimana ayah menyembelih
aku, serta bagaimana pula ayah mengikat tanganku.
“Hendaklah ayah tidak memasukkan anak-anak ke rumah ibu supaya dia tidak terlalu
sedih mengenangkan aku. Dan ayah mengetahui anak seperti aku hendaklah ayah tidak
melihatnya hingga nanti ayah menjadi susah dan duka.”
Nabi Ibrahim berkata: “Sebaik-baik penolong adalah engkau wahai anakku, untuk
melaksanakan perintah Allah SWT.”
Kemudian ketika kedua-duanya sudah menyerah bersedia, ertinya bersedia melaksanakan
perintah Allah, Nabi Ibrahim membaringkan Ismail seperti kambing yang disembelih.
Ada yang menceritakan Nabi Ibrahim menelungkupkan wajah Ismail dengan isyaratnya
supaya tidak melihat sesuatu yang menimbulkan kasih sayangnya, hingga dapat
menghalang baginda daripada melaksanakan perintah Allah.
NABI Ibrahim sedia untuk mengorbankan anaknya, Nabi Ismail seperti yang diperintah
oleh Allah.
Kedua-duanya sudah menyerah bersedia, ertinya bersedia melaksanakan perintah Allah.
Nabi Ibrahim kemudian membaringkan Ismail seperti kambing yang disembelih.
Ada yang menceritakan Nabi Ibrahim menelungkupkan wajah Ismail dengan isyaratnya.
Perkara ini supaya tidak melihat sesuatu yang menimbulkan kasih sayangnya, hingga
dapat menghalang baginda daripada melaksanakan perintah Allah
more...
Perintah itu dilaksanakan pada sisi batu besar di Mina. Ada yang menerangkan di suatu
tempat yang dekat dengan Mina.
Nabi Ibrahim meletakkan pisau pada leher puteranya, maka baginda memotongnya
dengan sangat kuat sekali, namun ia masih tidak mampu memutuskan leher anaknya.
Sesungguhnya, Allah membuka tutup mata malaikat di langit dan laut. Ketika malaikat
melihat bahawa Nabi Ibrahim menyembelih puteranya iaitu Nabi Ismail, mereka
tersungkur sujud kepada Allah.
Kemudian Allah berfirman bermaksud: “Perhatikan olehmu sekalian kepada hamba-Ku,
bagaimana dia melakukan pisau di atas leher puteranya untuk mencari atau mengharap
keredaan-Ku, sedang kalian dulu semua mengatakan sesuatu ketika Aku berfirman:
‘Sesungguhnya, Aku akan menjadikan di bumi ini seorang khalifah.’ Engkau berkata:
‘Apakah Engkau menciptakan orang yang akan berbuat kerosakan di bumi, dan akan
menumpahkan darah, sedang kami sekalian mensucikan Engkau?”
Kemudian Nabi Ismail berkata: “Wahai ayahku, lepaskan ikatan tali tanganku dan kakiku
supaya Allah tidak memandang aku sebagai orang yang terpaksa, ertinya terpaksa dalam
mentaati perintah Allah. Bahkan letakkan pisau itu di atas leher aku supaya malaikat tahu,
bahawa putera Ibrahim itu mentaati perintah Allah dengan ikhtiar iaitu dengan pilihannya
sendiri atau dengan sukarela.”
Maka, Nabi Ibrahim pun meluruskan dua tangan Ismail dan dua kakinya tanpa ikatan,
serta memalingkan wajah ke tanah, lalu menggerakkan pisaunya dengan sekuat
tenaganya.
Pisau itu membalik dan tidak boleh memotong leher Ismail dengan izin Allah.
“Wahai ayahku, kekuatan kamu menjadi lemah kerana masih ada cintamu kepadaku,
kerana itu ayah tidak boleh menyembelih aku,” kata Nabi Ismail.
Maka, Nabi Ibrahim memukul pisau itu pada batu dan batu itu pecah menjadi dua.
“Wahai pisau, engkau mampu membelah batu tetapi kamu tidak mampu memotong leher
anakku,” kata Nabi Ibrahim.
Pisau itu berkata dengan izin Allah: “Wahai Ibrahim, engkau mengatakan ‘potonglah’
sedang Tuhan seru sekalian alam berfirman: ‘Jangan engkau potong’. Maka bagaimana
aku mentaati engkau, sedang aku harus menderhakai Tuhan engkau?”
Kemudian Allah berfirman bermaksud: “Dan Kami menyeru: Hai Ibrahim, sungguh
engkau membenarkan mimpi. Ertinya, apa-apa yang engkau perlihatkan daripada
beberapa pemandangan, hingga tampak bagi hamba-Ku, bahawa engkau sungguh-
sungguh memiliki keredaan-Ku daripada kecintaan kamu terhadap anakmu.
“Dan adalah engkau dengan demikian itu, termasuk golongan orang yang taat kepada
perintah-Ku. Sungguh, ini adalah ujian yang nyata, iaitu penyembelihan itu adalah ujian
yang nyata untuk mengetahui antara yang ikhlas, dari yang tidak ikhlas atau juga ujian
yang nyata sulit sekali, kerana tidak ada yang sesulit itu.
“Maka, Kami selamatkan orang yang disuruh membunuhnya dengan sembelihan besar
dari syurga, iaitu kambing kibas yang dulu dikorbankan oleh Habil yang diterima
daripadanya. Dan korban kambing itu tetap berada di syurga, hingga Nabi Ismail ditebus
atau digantikan dengan kambing itu.
“Kerana itu, kami perintahkan kepada Jibril yang datang dengan membawa kambing
kibas, ketika Nabi Ibrahim meletakkan pisaunya yang terakhir kali pada leher puteranya
itu.”
Malaikat Jibril berseru untuk mengagungkan Allah dan kagum terhadap perbuatan
Ibrahim seraya berucap: “Allahu, Akbar, Allahhu Akbar.”
Maka, Nabi Ibrahim membalasnya dengan ucapan: “Laa Ilaha Illallaahu Allahu Akbar.”
Dan Nabi Ismail pun menyambutnya: “Allahu Akbar wa Lillahil Hamdu.”
Maka, Allah menganggap baik kalimat ini, lalu mewajibkan kita sekalian
mengucapkannya kerana mengikuti jejak Nabi Ibrahim.

0 comments:

Post a Comment

Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Al-Israa' 17:44)

aku adalah sepertimana sangkaan hambaku dan aku bersama denganya ketika ia mengingati aku .jika ia ingat kepada aku di dalam hatinya ,aku ingat kepadanya di dalam hati ku .dan jika ia ingat kepada ku di khalayak ramai ,nescaya aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai yang lebih baik .dan jika ia mendekati kepada ku sejengkal ,aku pun mendekatinya sehasta .dan jika ia mendekati ku sehasta ,nescaya aku mendekatinya sedepa .dan jika ia datang kepada ku berjalan ,maka aku datang kepadanya sambil berlari
(hadis qudsi riwayat syaikhan dan tarmizi dari abu hurairah ra)

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.(Ar-Ra'd 13:28)

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).(Al-Baqarah 2:152)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts

 

mencari kebenaran Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates