Tuesday, 18 October 2011

0 pastikan kita tak terlepas pandang

apabila kantoi 'speed trap' aku biasanya akan mintak dilepaskan dengan memberi rasuah kepada pihak yang membuat sekatan jalanraya
aku gemar memandu laju ,pantang dipintas oleh pemandu lain pasti aku akan mengejar
tak nak mengaku kalah ,kawan kawan aku balik kampung mengambil masa 4jam
tapi aku 3jam aja
sebenarnya bangga la aku sebab cepat sampai dan handal la memandu kununnya

dan aku percaya ramai diluar sana yang gemar 'window shopping'
samada membeli atau tidak itu terpulang pada keadaan kewangan mereka
tetapi tidak pada aku
aku akan terus membeli jika aku minat pada sesuatu benda
jarang aku berfikir panjang kerana aku tiada masalah kewangan pada masa tu
pada aku apa yang aku hendak aku mesti dapat
tak kira lah apa saja cuma kalau yang mahal sangat mungkin lambat sikit aku membelinya

tapi apabila waktu solat aku akan solat sama seperti orang lain
apabila tiba bulan ramadan aku akan berpuasa sama seperti orang lain jugak
sebelum menyambut hari raya aidilfitri aku juga akan membayar zakat fitrah seperti kebiasaan orang lain

malangnya semua pekara ibadah yang aku buat tu hanya lah ikut ikutan daripada mak ayah datuk nenek dan masyarakat sekeliling aku
aku solat kerana 'ritual' aja ,kalau sibuk atau sakit aku senang senang ja tinggalkan solat
dirumah tu kalau tak solat nampak sangat pelik sebab dah besar panjang
puasa pulak suka suka ja nak berbuka tanpa alasan kukuh
masa berpuasa pun tengok perempuan dengan ghairah ,mana ada nak jaga sah batal puasa
nak ganti pada taun seterusnya ,jangan harap lah
cuma 'part' bayar zakat aja aku tak pernah 'miss'
itu pun sebab takut rezeki aku kena tarik bukannya ikhlas kerana ALLAH

sebenarnya aku nak berkongsi disini
tak payah la kita nak buat garis panduan untuk berhibur

kan lebih baik kita ikut cara junjungan kita muhammad saw
menyampai kan tauhid kepada sahabat sahabat dan kepada penduduk mekah pada awalnya
iaitu menjaga kebersihan hati dengan perbanyakkan mengingati ALLAH swt
meletakkan ALLAH  swt paling tinggi didalam hati kita
selain berhala berhala duniawi yang kita sembah sekarang ini
seperti rumah kita
kereta kita motor besar kita
aksesori kita yang mahal mahal
anak anak kita yang comel comel
isteri kita yang cantik

kerana selagi keutamaan kita kepada duniawi selagi itulah kita tak dapat nak membendung godaan godaan yang datang
jadi tak guna lah jka kita buat undang undang dunia bagaimana nak berhibur dan sebagainya
sebab apabila hati kotor dan tak pernah mengingati ALLAH swt kita akan bulat bulat mengikut hawa nafsu akal fikiran logik kita
alhamdulilah sekarang aku dah mula dapat mengawal perasaan ketika memandu
dalam membeli belah pun aku membeli hanya yang perlu sahaja

dan jika keutamaan kita adalah ALLAH swt
inshallah kita sendiri yang dapat mengelak dari terjebak dengan ajakan syaitan
tak kira lah hiburan ka apa ka ,selagi pekara itu bertentangan dengan al quran dan hadis pasti hati kita menentang untuk kita melakukannya
hanya kerana kita dah mentauhidkan ALLAH di hati dan menjaga solat fardu dengan ikhlas

sekarang ini baru aku dapat membezakan bagaimankah solat aku dahulu
bagaimana seronoknya menyambut bulan ramadan
dan membayar zakat kerana paham duit itu untuk orang yang lebih memerlukan

 komen jangan lupa ya ...

wallahhualam

inshallah ...

0 comments:

Post a Comment

Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Al-Israa' 17:44)

aku adalah sepertimana sangkaan hambaku dan aku bersama denganya ketika ia mengingati aku .jika ia ingat kepada aku di dalam hatinya ,aku ingat kepadanya di dalam hati ku .dan jika ia ingat kepada ku di khalayak ramai ,nescaya aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai yang lebih baik .dan jika ia mendekati kepada ku sejengkal ,aku pun mendekatinya sehasta .dan jika ia mendekati ku sehasta ,nescaya aku mendekatinya sedepa .dan jika ia datang kepada ku berjalan ,maka aku datang kepadanya sambil berlari
(hadis qudsi riwayat syaikhan dan tarmizi dari abu hurairah ra)

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.(Ar-Ra'd 13:28)

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).(Al-Baqarah 2:152)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts

 

mencari kebenaran Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates