Saturday, 29 October 2011

0 permulaan cara nak melaksanakan sesuatu


Kalimah LAAILAHAILLALLAH, jika benar2 difahami maksud yang tersurat dan tersirat itu, mampu mempengaruhi hidup insan yang menghayati dan benar2 bermuamalah dengannya. Insan ini pasti dapat menempuh hidup dengan perhitungan dan pertimbangan mengikut neraca yang sebenar, pasti setiap gerak dan diamnya adalah realisasi dari ikrar kalimah itu sendiri, dan pastinya dapat memberi kekuatan, keteguhan,kesabaran, keberanian dan keyakinan yang luar biasa dalam apa saja yang ditempuhnya…SubhanaAllah, kalaulah kita dapat semua ni!!!



Contoh mana nak kita ceduk untuk kita jadikan tauladan? Bunyinya terlalu sempurna dan terlalu sukar bagi manusia biasa macam kita… kalau Rasulullah saw, Baginda seorang yang maksum!! namun jangan kita lupa akan para sahabat Baginda yang merupan insan biasa seperti kita juga. Di situlah letak suri tauladan yang perlu kita ambil untuk dicontohi dalam kehidupan kita sehari-hari.

Apakah dia ciri-ciri keimanan yang ada pada para sahabat yang bergelar ‘Generasi Al Quran’ sehingga Allah swt memuji mereka dalam Al Quran dan menjanjikan mereka syurga diwaktu mereka masih hidup lagi?

Antaranya;

1. Cepat menyahut seruan Allah swt.
Menurut Syed Qurb, ianya adalah tindakan yang memenuhi
fitrah yang bersih bagi memenuhi seruan dakwah yang haq dan
lurus. terdapat indikasi kejujuran, kelapangan, kobaran
semangat, pengetahuan yang benar dan satu sambutan
cetusan kalbu yang hebat atas kebenaran yang nyata.

Lalu bagaimana nak kita dapatkan ciri pertama ini, untuk kita hayati dalam kehidupan kita? Ianya tak lain adalah dari makrifah yang sahih tentang adanya Allah sebagai Rabb dan Illah kita. Natijah dari makrifah yang sahih tadi, akan timbul mahabbah yang sangat dalam terhadap Allah. Dan makin tinggi mahabbah seseorang pada Allah, makin cepat dia menyambut seruan, kerana mahabbah melahirkan ketaatan. Sebagaimana cinta kasih kita pada kekasih, sedaya mungkin kehendaknya dipenuhi.

(قُلۡ إِن كُنتُمۡ تُحِبُّونَ ٱللَّهَ فَٱتَّبِعُونِى يُحۡبِبۡكُمُ ٱللَّهُ وَيَغۡفِرۡ لَكُمۡ ذُنُوبَكُمۡ‌ۗ وَٱللَّهُ غَفُورٌ۬ رَّحِيمٌ۬ (٣١

Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (31) (Ali Imran:31)

2. Gementar hati terhadap Allah.
Seperti yang termaktub dalam Al Quran, Surah Al Anfal : 2

إِنَّمَا ٱلۡمُؤۡمِنُونَ ٱلَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ ٱللَّهُ وَجِلَتۡ قُلُوبُہُمۡ وَإِذَا تُلِيَتۡ عَلَيۡہِمۡ ءَايَـٰتُهُ ۥ زَادَتۡہُمۡ إِيمَـٰنً۬ا وَعَلَىٰ رَبِّهِمۡ يَتَوَكَّلُونَ ( ٢

Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna
imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan
sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka dan apabila dibacakan
kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah
iman dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah. (2)

Natijah dari perasaan gementar ini membawa kita menjauh dan menyelamatkan diri dari kemaksiatan kepada Allah. Merasai ‘ihsan’ Allah atas kita di mana saja kita berada, dan akhirnya kita sentiasa berwaspada dan berhati-hati takut melanggar perintah Allah swt. Benarlah hadis Rasulullah saw yang bermaksud;

“Sesungguhnya orang mukmin itu melihat dosanya seolah-olah
batu besar terhempap atas kepalanya, manakala orang yang fasik
itu melihat dosanya seperti seekor lalat yang hinggap atas
hidungnya, lalu dihalau lalat itu.”

3. Tawakkal kepada Allah.
Tawakkal adalah puncak kepasrahan dan penyerahan segala
urusan kepada Allah swt. Tawakkal ini hanya dapat diperolehi
setelah adanya tsiqah (kepercayaan) dan rasa ketergantungan
kepada Allah.’TIDAK ADA DAYA DAN UPAYA KECUALI DARINYA’.

Perlu diingatkan juga bahwa, ini bukan beerti kita tinggalkan ikhtiar, kerana ikhtiar adalah menifestasi ketaatan kepada Allah, manakala tawakkal itu berada di hati, iaitu iman kepada Allah. contoh unggul boleh diambil dari kisah Siti Hajar ditinggalkan Nabi Ibrahim a.s di Mekah, bila katanya;
” Adakah Allah memerintahkan kamu tinggalkan kami di sini?”
” Ya”, jawab Nabi Ibrahim a.s.
” kalau begitu, Dia tidak akan mensia-siakan kami.”

4. Besertakan amal soleh.
Di dalam Al Quran, lebih dari 50 tempat membicarakan
hubungan iman dengan amal soleh, antaranya dalam
Surah At Tin : 6.

(إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ فَلَهُمۡ أَجۡرٌ غَيۡرُ مَمۡنُونٍ۬ (٦

Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka
mereka beroleh pahala yang tidak putus-putus. (6)

Kerana keimanan menghasilkan amalan. dan merupakan satu pendustaanjika keimanan tak menghasilkan amalan, dan bukanlah dikira sebagai amal soleh bila tidak dilandaskan kepada keimanan. sesungguhnya, ‘iman itu berkurang dan bertambah, bertambah dengan ketaatan dan berkurang dengan kemaksiatan’.

5. Mencintai Mukmin (Ukhuwah fillah)
dalam Islam, batas ukhuwah adalah seluas wilayah aqidah. Sahabat bersaudara kerana Allah dan bermusuh kerana Allah. Persaudaraan dalam Islam bukanlah sesuatu yang dibuat-buat atau dipaksa. Ianya datang dari Allah jua. dalam Surah Ali Imran:103,

وَٱعۡتَصِمُواْ بِحَبۡلِ ٱللَّهِ جَمِيعً۬ا وَلَا تَفَرَّقُواْ‌ۚ وَٱذۡكُرُواْ نِعۡمَتَ ٱللَّهِ عَلَيۡكُمۡ إِذۡ كُنتُمۡ أَعۡدَآءً۬ فَأَلَّفَ بَيۡنَ قُلُوبِكُمۡ فَأَصۡبَحۡتُم بِنِعۡمَتِهِۦۤ إِخۡوَٲنً۬ا وَكُنتُمۡ عَلَىٰ شَفَا حُفۡرَةٍ۬ مِّنَ ٱلنَّارِ فَأَنقَذَكُم مِّنۡہَا‌ۗ كَذَٲلِكَ يُبَيِّنُ ٱللَّهُ لَكُمۡ ءَايَـٰتِهِۦ لَعَلَّكُمۡ تَہۡتَدُونَ (١٠٣) 

Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang Neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliah), lalu Allah selamatkan kamu dari Neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayatNya. (103)

Ini bermakna, tabiat ukhuwah adalah hasil dari iltizam pada tali deen Allah swt. Tiada ukhuwah tanpa iman dan iman pasti akan menumbuhkan ukhuwah. Begitu banyak kisah-kisah para sahabat yang mendahulukan sahabat lain dari diri dan keluarga mereka sendiri, dan boleh menjadi cermin bagi kita mengukur tahap dan semangat ukhuwah diri sendiri.

Inilah antara ciri-ciri keimanan yang terdapat dalam contoh tauladan para sahabat Nabi saw, radhianllahu an, yang sewajarnya menjadi kayu ukur kita menilai di mana tahap keimanan diri kita sendiri.

Semoga sentiasa diberikan Allah taufiq dan hidayahNya dalam menjalani kehidupan kita seharian.

sila komen jika ada yang tak kena ya

wallahhualam

0 comments:

Post a Comment

Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Al-Israa' 17:44)

aku adalah sepertimana sangkaan hambaku dan aku bersama denganya ketika ia mengingati aku .jika ia ingat kepada aku di dalam hatinya ,aku ingat kepadanya di dalam hati ku .dan jika ia ingat kepada ku di khalayak ramai ,nescaya aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai yang lebih baik .dan jika ia mendekati kepada ku sejengkal ,aku pun mendekatinya sehasta .dan jika ia mendekati ku sehasta ,nescaya aku mendekatinya sedepa .dan jika ia datang kepada ku berjalan ,maka aku datang kepadanya sambil berlari
(hadis qudsi riwayat syaikhan dan tarmizi dari abu hurairah ra)

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.(Ar-Ra'd 13:28)

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).(Al-Baqarah 2:152)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts

 

mencari kebenaran Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates