Saturday, 8 October 2011

1 jangan main sangka sangka





pernah tak periksa apakah kategori islam kita
bunyi macam kelakar kan
tetapi itulah realiti pada zaman sekarang
dimana kita menganggap yang kita sudah menjadi penganut agama islam
kerana kita dilahirkan didalam keluarga islam
itu bukan bererti bahawa kita sudah menjadi penganut agama islam
itu dinamakan islam baka

kita tidak mengamalkan pun tuntutan agama malah lagi banyak melanggar peraturan peraturan didalam agama islam
kalau buat pun kerana sesuatu
bukanya kerana ALLAH swt
hanya setakat di kad pengenalan aja lah tertulis agama islam

lagi satu islam sangka
iaitu rajin jugak la beribadah
tetapi ikut suka suka dia la
kalau masa rajin tu lebih la sikit ibadah siap buat pekara pekara sunat lagi
seperti puasa isnin dan khamis
tapi kalau tiba masa sibuk atau tengah mewah
habis ditinggalkannya
sampai yang fardu pun tercicir

sebenarnya bukan apa
kita ni suka sangka
beramal sikit ja dah sangka yang kita ni dah beriman
mudah sangat tertipu dan ditipu oleh nafsu umarah atau bisikan syaitan didalam diri kita sendiri

Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata. (Al-Baqarah 2:208)

jelas ALLAH swt berfirman
bahawa kita ni mesti taat dan patuh pada setiap perintah ALLAH
dan mesti menjauhi segala yang dilarang oleh ALLAH swt
jadi janganlah kita buat apa yang sedap pada kita aja
seperti ada hadis hadis rasullallah mengenai kucing
nama nama kucing baginda
bab tu ja kita nak ikut dan lagi satu bab berpoligami
hah semua orang tau yang baginda rasullallah saw beristeri banyak
dan pandai pulak cakap dalam al quran boleh kawin empat

kenapa bab bab tertentu aja kita nak ikut

marilah kita buat sesuatu kerana kita paham kenapa kita mesti buat
seperti solat ,kenapa kita harus solat
bukannya main solat aja kerana mak bapa solat
bila kita paham
barulah kita akan buat dengan bersungguh sungguh sesuatu pekara
dan disitu lah keikhlasan akan timbul
maka kita akan merasa kemanisan beragama
betapa seronoknya dan untung menjadi penganut agama islam

1 comments:

  1. akhirnya...settle sudah..mesti rasa syok tak terhingga kan..

    ReplyDelete

Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Al-Israa' 17:44)

aku adalah sepertimana sangkaan hambaku dan aku bersama denganya ketika ia mengingati aku .jika ia ingat kepada aku di dalam hatinya ,aku ingat kepadanya di dalam hati ku .dan jika ia ingat kepada ku di khalayak ramai ,nescaya aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai yang lebih baik .dan jika ia mendekati kepada ku sejengkal ,aku pun mendekatinya sehasta .dan jika ia mendekati ku sehasta ,nescaya aku mendekatinya sedepa .dan jika ia datang kepada ku berjalan ,maka aku datang kepadanya sambil berlari
(hadis qudsi riwayat syaikhan dan tarmizi dari abu hurairah ra)

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.(Ar-Ra'd 13:28)

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).(Al-Baqarah 2:152)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts

 

mencari kebenaran Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates