Monday, 10 October 2011

1 sikap




pada mulanya kami singgah sungei wang plaza dengan menaiki motorsikal
biasa la hari minggu keluar 'dating' dengan awek
tahu tahu jalah nak parkir dikawasan tu walaupun motorsikal
agak susah sikit kerana sesak dan ada pulak yang mengutip bayaran tanpa tauliah



aku pusing pusing dan nampak ada satu tempat yang kosong
jadi aku pun meletakkan motorsikal disitu dan beredar dengan cepat
kerana kuatir akan dikutip bayaran oleh penjaga yang tak bertauliah tu

kami pun pergilah bersiar siar
tanpa aku perasan rupanya kunci motorsikal telah terjatuh
dan apabila sampai di tempat letak motorsikal
aku mencari cari kunci didalam kocek seluar
aku jadi panik sekejap kerana kunci telah hilang

tiba tiba penjaga yang tak bertauliah tu menghampiri kami
seraya bertanya
cari kunci motorsikal ka bang
alamak aku dengan segan segan malu bercampur tak tentu arah
menjawab ya apabila melihat lelaki cina itu memegang kunci motorsikal aku
dan dia selamba berkata
tadi saya nak mintak seringgit untuk jaga motorsikal abang ,abang cepat cepat lari
sekarang macam mana ,tanya lelaki cina tu

aku masih nak pertahankan kesombongan aku pada masa tu walaupun aku dah benar benar kantoi
aku menjawab
bukanya saya tak mahu bayar tetapi saya mau jalan jalan dulu nanti masa nak balik baru la saya bayar pada kamu
lelaki cina kata lagi
tapi nampak abang macam sombong ja tadi macam tak mahu bayar

dia mula main harga jika aku nak dapatkan semula kunci motorsikal
setelah dipujuk pujuk dan tawar menawar
akhirnya aku berjaya dapatkan kunci motorsikal dengan harga rm5

persoalannya bukan rm5 atau dapat semula anak kunci motorsikal
persoalannya ialah sikap aku pada masa tu yang kedekut dan sombong kerana pentingkan diri sendiri tanpa memikirkan kebesaran ALLAH swt
bukanya nak bersyukur dengan melafazkan alhamdulillah kepada ALLAH swt
kerana walaupun kunci motorsikal dah hilang akan tetapi ALLAH swt tidak menzalimi aku
yalah aku tak perlu balik ambil anak kunci dirumah
kan dah cukup mudah tu ,malah ada makhluk ALLAH datang menghantar pulak lagi terus kepada aku
kerana sifat sombong yang menebal didalam hati
aku tak dapat nak menilai betapanya besarnya rahmat ALLAH swt pada aku pada masa tu walaupun aku tidak menjaga solat fardu dengan sempurna
nak cerita pasal pekara sunat teramat jauh la masa tu

jadi dalam kita mengharungi kehidupan seharian adakah pernah terdetik dihati kita tentang rahmat dan redha ALLAH swt kepada diri kita yang penuh kemungkaran ini
walaupun tak solat dapat jugak berpendapatan besar
walaupun solat ikut sesuka hati dapat jugak memiliki kereta besar
walaupun solat tapi tak pernah pikirkan pasal ikhlas kah aku solat pun masih dapat tinggal dirumah besar
walaupun solat tapi tak pernah nak menjaga kebersihan hati ,ALLAH swt temukan juga dengan jodoh yang cantik dan sepadan dan kurniakan anak anak comel didalam hidup kita

marilah kita saja saja fikirkan bagaimana pula jika kita sentiasa mengingati ALLAH swt didalam hati dan menjaga solat fardu disamping pekara pekara sunat dan sunah nabi saw
bagaimana pula ya rahmat dan redha ALLAH swt pada kita
yalah walaupun kita dalam kemungkaran
ALLAH swt masih kurniakan kita macam macam

itulah dia sombong yang amat dashat yang kita tak perasan sebenarnya
dah la sombong dengan makhluk ALLAH
dengan pencipta kita pun kita sombong jugak
jenis apa la agaknya ya

disini aku nak berkongsi supaya kita semua kembali kepada ALLAH swt dengan mentauhidkan kalimah LA'ILLAH HA'IL LALLAH MUHAMMADA RASULLALLAH dihati kita disamping kita mula menjaga solat fardu

jangan segan jika nak beri komen ...

inshaallah ....

1 comments:

  1. Benar tu.. memang kita selalu sombong pada Allah.. sebenarnya kita tak perlu sombong ... Allah malah mengalakkan kita memohon pada Nya setiap waktu.. cuma kita yg makhluknya yang tidak sedar diuntung...

    ReplyDelete

Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Al-Israa' 17:44)

aku adalah sepertimana sangkaan hambaku dan aku bersama denganya ketika ia mengingati aku .jika ia ingat kepada aku di dalam hatinya ,aku ingat kepadanya di dalam hati ku .dan jika ia ingat kepada ku di khalayak ramai ,nescaya aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai yang lebih baik .dan jika ia mendekati kepada ku sejengkal ,aku pun mendekatinya sehasta .dan jika ia mendekati ku sehasta ,nescaya aku mendekatinya sedepa .dan jika ia datang kepada ku berjalan ,maka aku datang kepadanya sambil berlari
(hadis qudsi riwayat syaikhan dan tarmizi dari abu hurairah ra)

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.(Ar-Ra'd 13:28)

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).(Al-Baqarah 2:152)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts

 

mencari kebenaran Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates