Friday, 7 October 2011

0 mesti selaraskan





pernah sekali aku tumpang sepupu aku balik kampung
dia berpelajaran tinggi dan latar belakang keluarga orang kuat masjid
tetapi bukan itu menjadi ukuran didalam agama
kerana tidak semestinya berpelajaran tinggi bererti ilmu agama juga turut tinggi
dan jika keluarga orang kuat masjid kita pun turut dah beriman secara automatik

itulah fenomena sekarang ini
beranggapan diri dah pandai dan berpengetahuan dalam segala hal termasuk agama apabila pencapaian akademik cemerlang

kenapa jika kita jumpa ahli kaji bintang kita akan dengar penjelasan darinya mengenai fakta fakta bintang tanpa komen
begitu juga jika kita jumpa ahli ahli didalam bidang profesional masing masing
kita akan akur setiap penjelasan daripa ahli tersebut

tetapi kenapa apabila masuk bab agama aja
semua orang nak bercakap
sedangkan itu bukan bidang dia pun
dan dia tahu pun sikit sikit ja
mengolah dengan akal logik nafsu sendiri lagi banyak daripada mengikut nas dan dalil dari al quran dan hadis
dah ada yang didalam bidang agama pulak
bukanya nak tegakan hak ALLAH swt dan RASUL dahulu
hak majikan ditegakan demi kantung sendiri

inilah masalah yang dipandang remeh
kerana ,kita berbalik kepada cerita sepupu aku

kami borak pasal awek
kerana pada masa itu kami berdua masih bujang
jadi dia kata
'kita tak boleh curang pada isteri atau menduakan isteri ,bagaimana jika si isteri pulak lakukan pekara yang sama kepada kita iaitu menduakan kita dengan kekasih gelapnya'

dalam hati aku
'huh gila orang sekarang cakap pasal hukum ALLAH swt sesuka hati tanpa usul periksa'

apa suka suka kah ALLAH swt izinkan lelaki berpoligami sampai 4orang isteri
dan bagaimana pulak yang dikatakan adil didalam berpoligami
takkan ALLAH swt nak kita rosak atau pecah belah dengan hukum hukum nya didalam kitab al quran yang dah lengkap sempurna dan ditunjukkan pula cara cara mempraktikannya oleh junjungan besar kita muhammad saw
dan ada firman dari ALLAH swt didalam al quran
bahawa kita lah yang menzalami diri kita sendiri

(Azab seksa) yang demikian itu ialah disebabkan apa yang telah dilakukan oleh tangan kamu sendiri, kerana sesungguhnya Allah tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-hambaNya. (Al-Anfaal 8:51)

kerana kita tidak selaraskan kehendak kita dengan kehendak ALLAH swt
kita banyak selaraskan kehendak kita dengan kehendak nafsu kita yang diolah oleh akal logik kita yang semberono
kalau ALLAH swt dah tetapkan wanita mesti taat dan patuh kepada suami
taat dan patuh ja lah ,jangan lah dok banyak karenah lagi
tetapi hanya kepada suami yang beriman yang berpegang teguh kepada al quran dan al hadis

macam mana nak selaraskan kehendak kita dengan kehendak ALLAH swt
baca al quran pun tak nak baca terjemahan al quran lagi la jauh
kalau yang baca al quran pulak dia baca terjemahan tu sebagai sejarah
bukanya untuk dirinya sendiri
kalau ALLAH kata hai bani israil ,oh itu untuk orang orang israil
bukannya untuk dirinya yang dah ada sifat sifat orang israil
begitulah seterusnya
apa yang ALLAH swt firman kan didalam al quran tu semuanya untuk diri kita sendiri sebenarnya
jangan la dok tuding kat orang lain
sebab tu sampai sekarang umat islam berpecah belah disana sini
kerana tidak martabatkan al quran sebagai panduan didalam kehidupan seharian
yang dimartabatkan ialah akal logik nafsu diri sendiri yang semberono

ok kita sambung sekali lagi
aku terangkan pada dia begini sebenarnya
rasullallah saw tentu tentu orang beriman jadi baginda mampu membimbing isteri isteri baginda manjadi wanita solehah
bukannya baginda memilih yang ini diajar lebih dan yang itu diajar kurang kerana sebab sebab tertentu
baginda adil didalam membimbing kesemua isteri isteri baginda

dan kita pulak
adakah kita dah jadi lelaki beriman atau soleh yang mampu membimbing isteri menjadi wanita solehah disisi ALLAH swt dan RASUL nya
bukanya solehah disisi makhluk

komen lah jika ada yang salah ...

wallahhualam
inshaallah

0 comments:

Post a Comment

Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Al-Israa' 17:44)

aku adalah sepertimana sangkaan hambaku dan aku bersama denganya ketika ia mengingati aku .jika ia ingat kepada aku di dalam hatinya ,aku ingat kepadanya di dalam hati ku .dan jika ia ingat kepada ku di khalayak ramai ,nescaya aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai yang lebih baik .dan jika ia mendekati kepada ku sejengkal ,aku pun mendekatinya sehasta .dan jika ia mendekati ku sehasta ,nescaya aku mendekatinya sedepa .dan jika ia datang kepada ku berjalan ,maka aku datang kepadanya sambil berlari
(hadis qudsi riwayat syaikhan dan tarmizi dari abu hurairah ra)

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.(Ar-Ra'd 13:28)

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).(Al-Baqarah 2:152)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts

 

mencari kebenaran Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates