Monday, 3 October 2011

0 hudud







aku tidak bertauliah nak bercakap pasal agama
jangan tangkap ya
tetapi apa yang aku paham daripada aku lalui sendiri
zaman jahiliah aku dulu dimana aku main langgar ja hukum hakam agama
dan sekarang alhamdulillah aku mula mengenal islam dalam erti kata sebenar

kerana dulu aku sendiri pun tak tegakan islam dalam diri aku
jadi bagaimana aku nak tegakan islam pada orang lain
orang paling dekat pada masa tu ialah awek aku (sekarang isteri)
suka suka ja nak pakai tudung dan nak buka tudung
aku pulak yang izinkan tak yah pakai tudung

kalau pada keluarga mak ayah dan kakak adik aku tu lagi jauh la aku nak tegur
dan yang lagi bestnya
apa yang aku buat salah disisi agama mereka tak kata salah pun pada aku
malah mereka buat macam perbuatan aku tu benar disisi islam

tetapi sekarang bila aku dah mula menegakan islam didalam diri aku
mereka kata macam macam pulak
maknanya orang orang sekeliling kita ni suka berkongsi kemungkaran
daripada nak mencegahnya
mereka lebih rela anak anak rosak akhlak daripa anak anak menegakan agama didalam diri
kununnya ketinggalan zaman (jumud) jika bersungguh sungguh dalam agama
bagi mereka setakat dah solat dah baca al quran dah puasa dah bayar zakat
ok la

tetapi mereka terlupa
kerana mereka membaca al quran tetapi mereka tidak membaca terjemahannya
jadi mereka tidak paham apa yang ALLAH swt berfirman
kerana solat yang sempurna itu mencegah kita dari fahsyak dan mungkar
jadi adakah kita selalu periksa solat kita
adakah kita makin menentang kemungkaran pada diri kita
adakah kita makin menentang kemungkaran disekeliling kita
jika belum atau kita masih setuju dengan kemungkaran
bermakna solat kita masih tak sempurna
jika belum sempurna kena lah cari guru dan berguru supaya solat kita sempurna
barulah islam akan tertegak didalam diri kita

kerana dalam surah (Al-'Ankabuut 29:45)

Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan. (Al-'Ankabuut 29:45)

dan sebenarnya tak payah kita tunggu negeri kelantan nak laksanakan hukum hudud
tak payah kita tunggu kerajaan amporno setuju dengan hukum hudud

hudud bermula pada diri kita
apabila kita mula menegakkan islam didalam diri kita
bererti kita dah mula melaksanakan hukum hudud
kita mesti menjadi marah apabila isteri tidak menutup aurat
jika anak anak buat salah mesti hukum dengan setimpal
bermakna hudud bermula dirumah
dan tidak akan ada penentangan jika sesapa pun nak laksanakan hukum hudud

sama ja aku dulu pun tak setuju dengan perlaksanaan hukum hudud
sebab aku pun tak bersungguh sungguh menegakkan islam didalam diri aku sendiri

0 comments:

Post a Comment

Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Al-Israa' 17:44)

aku adalah sepertimana sangkaan hambaku dan aku bersama denganya ketika ia mengingati aku .jika ia ingat kepada aku di dalam hatinya ,aku ingat kepadanya di dalam hati ku .dan jika ia ingat kepada ku di khalayak ramai ,nescaya aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai yang lebih baik .dan jika ia mendekati kepada ku sejengkal ,aku pun mendekatinya sehasta .dan jika ia mendekati ku sehasta ,nescaya aku mendekatinya sedepa .dan jika ia datang kepada ku berjalan ,maka aku datang kepadanya sambil berlari
(hadis qudsi riwayat syaikhan dan tarmizi dari abu hurairah ra)

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.(Ar-Ra'd 13:28)

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).(Al-Baqarah 2:152)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts

 

mencari kebenaran Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates