Thursday, 6 October 2011

1 kembalilah ke pangkal jalan






kitab yang mula mula ALLAH swt turunkan sebagai panduan kepada hambanya ialah kitab taurat
iaiatu ketika nabi musa as didalam bahasa ibrani

selang lebih kurang 400 tahun kerana umat manusia pada masa itu dah terlalu melampau melanggar hukum hukum ALLAH swt

maka ALLAH swt turunkan lagi satu kitab supaya hambanya dapat memperbaiki kesalahan lampau
iaitu kitab zabur
diturunkan pada nabi daud as didalam bahasa qibti

tetapi itulah sifat manusia sememangnya keras kepala dan tak pernah nak akur kepada penciptanya

disebab sayangnya ALLAH swt kepada hambanya supaya hambanya sentiasa berada didalam landasan yang betul
maka ALLAH swt turunkan lagi satu kitab selang lebih kurang 400 tahun jugak
iaitu kitab injil

diturunkan kepada nabi isa as didalam bahasa suryani

apakandaya nafsu sentiasa mendahului kita daripada kita menurut pekara yang hak disisi ALLAH swt dan rasulnya
maka jangan lah kita menyalahkan ALLAH swt jika kita masih menzalimi diri kita sendiri

untuk menyempurnakan segala hukum hukum ALLAH swt sebagai panduan kita hidup di muka bumi
ALLAH swt turunkan kitab yang terakhir
iaitu kitab suci al quran juga lebih kurang 400 tahun lamanya daripada kitab injil

diturunkan kepada junjungan kita muhammad saw
didalam bahasa arab

jadi cuba la kita fikir
dalam jarak 400 tahun manusia menjadi engkar luar biasa sesat barat hingga ALLAH swt turunkan kitab baru supaya manusia kembali kepangkal jalan

berapakah usia kitab al quran diturunkan kepada rasullallah saw hingga sekarang ?
dah 1432 tahun
agak agak la kita ni masih dijalan yang benar ke
sedangkan orang terdahulu hanya 400 tahun ja dah haru biru jadinya

jadi marilah kita sama sama fikirkan
dan marilah kita sama sama kembali kepangkal jalan
iaitu kembali mentauhidkan ALLAH swt dihati kita setiap masa
dan kembalilah kita kita kepada ajaran al quran dan hadis seperti kehendak ALLAH swt dan rasulnya
bukannya mengikut kehendak kita sesuka hati
yang seronok dengan kita kita ikut
kalau tak seronok dengan kita kita tinggalkan

wallahualam
inshaallah

1 comments:

Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Al-Israa' 17:44)

aku adalah sepertimana sangkaan hambaku dan aku bersama denganya ketika ia mengingati aku .jika ia ingat kepada aku di dalam hatinya ,aku ingat kepadanya di dalam hati ku .dan jika ia ingat kepada ku di khalayak ramai ,nescaya aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai yang lebih baik .dan jika ia mendekati kepada ku sejengkal ,aku pun mendekatinya sehasta .dan jika ia mendekati ku sehasta ,nescaya aku mendekatinya sedepa .dan jika ia datang kepada ku berjalan ,maka aku datang kepadanya sambil berlari
(hadis qudsi riwayat syaikhan dan tarmizi dari abu hurairah ra)

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.(Ar-Ra'd 13:28)

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).(Al-Baqarah 2:152)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts

 

mencari kebenaran Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates