Tuesday, 25 October 2011

0 jika ini kita tak faham bagaimana nak laksanakan hukum


semua orang nak barang barang yang paling tinggi kualitinya
samada barang aksesori sendiri
barang aksesori kereta motorsikal
barang perabut
hinggalah ke barang di bilik mandi
tak kira dengan apa cara sekali pun mesti nak dapatkan yang terbaik dan paling tinggi kualitinya
kalau yang berusaha sungguh sungguh dengan cara halal tu kira ok jugak la
ini ada yang sanggup buat apa saja
asalkan dia dapat apa yang dia inginkan



sebenarnya kita mesti mengikut sesuatu garis panduan atau peraturan atau cara untuk mendapatkan sesuatu
kita tak pernah terlepas daripada undang undang
samada dalam berkerja
dijalanraya
dipasaraya
dirumah
dimasjid atau dimana mana sahaja selagi kita berada didunia
selagi itulah kita terikat dengan undang undang
cuma terpulang pada kita lah nak mengikutnya atau tidak

tetapi kenapa bila waktu kerja boleh pulak kita ikut dan patuh kepada peraturan yang telah ditetapkan oleh syarikat
mungkin kerana kita takut di buang kerja jika melanggar peraturan syarikat
atau mungkin kerana kita takut gaji tak naik atau bonus kena potong atau lambat naik pangkat
dan bila dijalanraya pulak
patuh ja kita ikut lampu isyarat ,padahal bukanya ada polis pun yang nampak jika simpang yang tak ada kamera litar tertutup
begitulah terikatnya kita pada sesuatu peraturan

begitu juga dalam kita mencari rahmat dan redha ALLAH swt
kita hanya perlu selaraskan kehendak kita dengan kehendak ALLAH swt
kerana hidup kita tak bermakna tanpa rahmat dan redha dari  ALLAH swt
memang kita mampu memiliki anak anak dan isteri yang comel cantik dan bijak
mungkin juga kita berpendapatan besar
mungkin kita mampu memiliki rumah yang besar
mungkin kita mampu memiliki kereta dan motorsikal yang besar
padahal sebenarnya kita dah dilantakkan oleh ALLAH swt

firman ALLAH swt
biarkan mereka makan dan bersenang lenang dengan kemewahan dunia dan dilalaikan oleh angan angan (daripada bertaubat dan insaf) ,kemudian mereka akan mengetahui kelak (bencana perbuatan mereka) surah al hajar 15:3

tidakkah kita mengetahui bahawa syurga itu bertingkat tingkat
dan tak mahukah kita menghuni syurga yang paling tinggi sekali
kenapa didunia ja kita nakkan benda benda yang paling tinggi kualitinya
kenapa untuk kehidupan kita yang kekal abadi kita tak mahu berusaha bersungguh sungguh untuk dapatkannya

bukannya susah pun
kita hanya perlu sentiasa selaraskan kehendak kita dengan kehendak ALLAH swt didalam setiap pekara
sama seperti kita berkerja dan mematuhi peraturan syarikat
sama juga ketika kita berada dijalanraya mesti mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa

bezanya kehendak ALLAH swt
kita mesti perbaiki diri dengan membaca al quran dan baca terjemahannya disana kita akan ketahui apakah kehendak kehendak ALLAH swt terhadap diri kita ,jika kita tidak membaca al quran dan terjemahannya kita tidak akan mengetahui
dan kita cuba amalkan semampu yang mungkin didalam kehidupan seharian apa yang kita paham daripada ayat yang kita baca ,bukannya sibuk mencari kesalahan orang lain
kerana itulah akhlak nabi junjungan kita muhammad saw
baginda sentiasa selaraskan kehendak baginda dengan kehendak ALLAH swt disamping mengamalkan kefahaman kefahaman al quran didalam kehidupan seharian baginda
termasuklah melaksanakan hukum hukum daripada ALLAH swt seperti yang tercatat didalam al quran

daripada aisyah ,bertanya sahabat kepada aisyah
apakah akhlak rasullallah saw wahai aisyah
al quran lah akhlak rasullallah saw
hadis soheh buhari muslim

ertinya disini al quran itu untuk dibaca kemudian difahami dan diamalkan didalam kehidupan apa yang kita faham
bukannya sekadar buku sejarah yang dipamerkan didalam almari hanya dibuka apabila ada kematian

sila komen jangan segan

wallahhualam

inshaallah ...







0 comments:

Post a Comment

Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Al-Israa' 17:44)

aku adalah sepertimana sangkaan hambaku dan aku bersama denganya ketika ia mengingati aku .jika ia ingat kepada aku di dalam hatinya ,aku ingat kepadanya di dalam hati ku .dan jika ia ingat kepada ku di khalayak ramai ,nescaya aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai yang lebih baik .dan jika ia mendekati kepada ku sejengkal ,aku pun mendekatinya sehasta .dan jika ia mendekati ku sehasta ,nescaya aku mendekatinya sedepa .dan jika ia datang kepada ku berjalan ,maka aku datang kepadanya sambil berlari
(hadis qudsi riwayat syaikhan dan tarmizi dari abu hurairah ra)

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.(Ar-Ra'd 13:28)

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).(Al-Baqarah 2:152)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts

 

mencari kebenaran Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates