Thursday, 13 October 2011

0 adakah kita meyakininya




berdoa tak semestinya didalam masjid selepas solat dan mengangkat tangan
berdoa sama juga dengan mohon iaitu bermohon kepada ALLAH swt apabila kita inginkan sesuatu
atau sebelum kita memulakan sesuatu
hanya didalam hati

contoh sebelum melakukan sesuatu atau memulakan perjalanan samada atas kereta atau motorsikal
mohon lah kepada ALLAH swt ,ya ALLAH selamat kan lah perjalanan ku lindungilah aku
daripada malapetaka bahaya .ya ALLAH permudahkan lah urusan ku atau apa apa sahaja
yang kita inginkan dan tak semestinya didalam bahasa arab .mohon aja apa yang kita
inginkan pada masa tu



itu lah tandanya kita sentiasa mengingati ALLAH swt didalam hati dan yakin akan kekuasaanya
sentiasa mendahulukan ALLAH swt dalam apa jua keadaan
kerana aku dulu beranggapan jika hendak berdoa mestilah mengangkat tangan
takkan pulak nak berdoa dan mengangkat tangan jika kita menaiki bas teksi atau kenderaan awam yang lain
kan jadi pelik tu jika orang nampak dan macam nak tunjuk la pulak yang kita ni alim

hanya didalam hati sebenarnya
dan tak perlu tunjuk pada orang pun
dengar macam pelik kan ,sebab kita diajar dari kecil jika hendak berdoa mesti angkat tangan
tetapi pokok utama ialah
adakah kita yakin dengan permohonan tu

maksud aku
adakah kita meyakini kekuasaan ALLAH swt
adakah kita meyakini bahawa ALLAH lah yang mampu mengubah segalanya
adakah kita meyakini sesungguhnya tiada kuasa selain ALLAH yang mampu memelihara kita daripada segala malapetaka bahaya

kerana dulu aku sendiri pun tak pernah yakin pada apa yang aku doakan
aku tak yakin kepada ALLAH swt
aku hanya ucap dimulut bahawa tiada tuhan yang disembah melaikan ALLAH dan MUHAMMAD itu pesuruh ALLAH tetapi dihati aku menolak akan kenyataan itu
kerana aku tidak pernah mendidik hati
kerana aku tidak pernah membersihkan hati
kerana aku tidak pernah memberikan makanan kepada hati iaitu zikrullah
aku tidak pernah terfikir bahawa hati itu amanah daripada ALLAH swt kepada kita
dan kita harus menjaga kebersihan hati kita seperti mana permulaan ALLAH swt berikan kepada kita semasa kita didalam perut ibu kita

jadi aku berdoa sebab orang lain berdoa selepas solat
aku berdoa sebab aku diajar begitu sejak dulu
dan aku tak akan berdoa jika aku tidak solat

tetapi ALLAH itu maha pengasih dan penyayang
kerana ketika kami (aku dan awek) keluar bersiar siar di 'shopping complex'
awek aku tertinggal topi keledar diatas motorsikal
apabila kami nak beredar kami dapati topi keledar masih ditempat asal dan tak hilang
tidak seperti kejadian sebelumnya dimana kami tinggal topi keledar diatas motorsikal dekat tempat letak motorsikal 'shopping complex' tetapi siap berkunci
malangnya topi keledar itu hilang

dan sebenarnya pada kejadian dimana kami tertinggal topi keledar tanpa berkunci
kami bermohon pada ALLAH swt supaya memelihara motorsikal dan topi keledar tidak hilang
dan pada kejadian kami mengunci topi keledar
kami tidak bermohon pada ALLAH swt supaya memelihara motorsikal dan topi keledar kami
itu lah bukti ALLAH swt kepada kita jika kita meyakini kekuasaan ALLAH dan sentiasa bermohon mengharapkan perlindungan daripadanya
tetapi ingat solat itu tiang agama

sila komen ya jangan malu malu


wallahualam

inshaallah ...

0 comments:

Post a Comment

Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Al-Israa' 17:44)

aku adalah sepertimana sangkaan hambaku dan aku bersama denganya ketika ia mengingati aku .jika ia ingat kepada aku di dalam hatinya ,aku ingat kepadanya di dalam hati ku .dan jika ia ingat kepada ku di khalayak ramai ,nescaya aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai yang lebih baik .dan jika ia mendekati kepada ku sejengkal ,aku pun mendekatinya sehasta .dan jika ia mendekati ku sehasta ,nescaya aku mendekatinya sedepa .dan jika ia datang kepada ku berjalan ,maka aku datang kepadanya sambil berlari
(hadis qudsi riwayat syaikhan dan tarmizi dari abu hurairah ra)

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.(Ar-Ra'd 13:28)

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).(Al-Baqarah 2:152)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts

 

mencari kebenaran Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates